Friday, November 4, 2011

stress itu perlu ke ?


S-T-R-E-S-S !! perlu ke ada perkataan tu dalam kamus hidup kita ? oke oke stress tu sebenarnya mengajar kita macam mana kita nak handle suatu keadaan, ya tengok keupayaan kita sama ada kita boleh selesaikan suatu masalah atau tidak. Bagi gua, stress itu perlu, kalau tak ada stress dalam kehidupan agak aneh bukan ? sedikit sebanyak dapat pupuk sifat sabar dan tabah dalam perut gua. lol

So kalau korang stress, pergi tidur yakni mujarab lalala

Thursday, October 20, 2011

Tak boleh ke bela berudu ?

Zaman kanak-kanak gua dipenuhi dengan lumpur tanah di badan, wangi  jangan cakap la. Selalunya lepas habis sekolah, gua dengan adik laki gua selalu merayau dekat satu lombong ni, lombong apa tah. Masa tu gua baru lagi pindah, umur pun tak bape nak matang. Adik gua lengkap beruniform sekolah plus beg sekolah lagi pergi  redah lumpur, memang terbaik. Memang mintak terajang free dari bapak kami balik rumah nanti.

Apa yang kitorang buat dekat sana, dok tangkap berudu. Gua ingat anak ikan, nampak comel kan. Jadi gua dengan adik gua yang naif ni tangkap la dalam setengah botol nutrigen yang RM1.70 tu.  Basah lecun juga la kami berdua, dengan unifrom putih, yakni warna coklat lumpur tu melekat di baju. Nasib gua dah tukar baju T-shirt. Botol itu kami simpan dalam beg adik gua, untuk mengelakkan dari dihidu mak bapak kami.

Malam itu, kami keluarkan la botol itu. Siap tukar air lagi sebab sebelum tu air lumpur. Terasa aneh juga ketika itu,  sebab berudu ada kaki. kami saling berpandangan. Ikan ada kaki? Lepas itu, adik perempuan gua,yakni agak bijak di kalangan 3 beradik ni. Lalu berkata

"Eh, ini....... bukan berudu ke?" tanya adik perempuan gua

"Haah, aku dengan man pergi tangkap dekat bawah bukit tu" ujarku konfiden. Adik laki gua hanya mengiakan saja.

"Korang tau tak berudu ni apa, nanti dia jadi katak la. korang nak bela katak ke? Tanya adik perempuanku cemas

Gua dan adik lakiku terkejut. Lor, berudu bila dah besar jadi katak ke, tak tahu. Naif sungguh. Lalu gua buang semua berudu yang ditangkap tadi. Yaikkss, gelinya.. hahaha












Monday, October 3, 2011

Best ke hidup single ?



Hello blogger yang masih single macam gua !! Gua tak boleh tido la malam ni sebab dah terlajak tido petang tadi *menangis. Jadi gua pun ambil lah kesempatan ini untuk tulis entri.

hei pakwe kat luar sana, ngorat lah I. I single ni, ada sesiapa berminat ? lalalala ~ tak manis betol la intro gua LOL. Oke, gua main-main je oke. heh

Best ke hidup single ini ? memang best, duet save, top up 3 bulan sekali, tak serabut ,tak ada air mata, tak banyak drama, lakonan tak menjadi dan bla bla bla. Bila kapel mesti drama banyak kan, gaduh sane gaduh sini, haha.

Tapi kalau single lama-lama pun tak best juga kan ? Rasa macam loser je. *tak terasa tak terasa. o.O

P/S: uolls pula sampai bila pula nak hidup single ? *yang dah ada tu senyap je la heh

Wednesday, September 28, 2011

sadis

Kekadang kita rasa hidup ini macam tak adil
berat sebelah, kena tindas, kena buli, kena maki
hubungan dengan keluarga pula makin renggang dan tegang
bila start cakap terus rasa nak gaduh
dengan kawan pun macam tu juga
asal jumpa nak gaduh

pot pet pot pet pot pet
bukan tak nak terima atau dengar nasihat
cuma banyak sangat benda ada kat dalam kepala ni
SERABUT oke
 bagi ruang sikit boleh tak

kisah hidup agak menyedihkan
di pulau, di sisih, di pandang rendah
bukannya goyang kaki sahaja, ada usaha apa
pergi sana sini tanya bagai macam orang gila
nasib tak menyebelahi
sebab tak ada rezeki

Monday, September 19, 2011

Dear stalker ... p/s

  sumber gambar: pak cik gugel

Petang u oll ! kan gua dah cakap, gua mesti nak update lagi. Gua memang kepoh sket. Sket je tak banyak. Gua nak cakap pasal stalker stoking ni. hahaha. Stalker? tahu kan? siapa yang tak tahu memang tak urban langsung la. Pergi kemas baju balik kampung OK. *tetibe moody sambil korek hidung

OK. Alkisahnya.Ada lah sorang mamat ni. Gua kenal mamat ni . Kitorang kawan macam biasa. Then dia suka gua, but gua biasalah mestilah tak suka mamat tu. Gua tak layan sangat la. Then one day lepas dah bertahun-tahun, dia stalk gua. Guna number lain, menyamar jadi orang lain la. bla bla bla  Well, gua tak faham dengan dia ni. Baru-baru ni, dia asyik ganggu hidup gua. Gua tukar number, dia cari sampai dapat. Tak tahu la macam mana dia dapat kan. Tak dapat jumpa direct, guna orang lain. Kamon ! get a life la bro. Gua dah berterus terang dengan dia. But dia still tak faham. Gua anggap dia ada masalah mental. Harassment tau ! boleh kena saman ni. Tapi malas nak kecoh, so buat duno je la. Tetapi sampai sekarang keep koling, kaco, stalk FB gua. Gua lupe pula nak privatekan FB time tu. Lantas gua private FB gua. Banyak pic gua dalam tu. Omai ! *kipas-kipas. Mamat ni stalk dengan banyak cara *malas nak cerita

Bahaya la mamat ni. Lagi bahaya sebab mamat ni sekampung dengan gua. Omai ! Harap-harap dia lupakan gua.Jumpa kaunseling . Apa yang gua tak faham pasal dia, sepanjang 4-5 tahun, gua tak pernah layan dia. Apatah lagi jumpa. Tapi dia still mengharap dekat gua dan sangat obses dengan gua walaupun dah di explain x100 gua tak suka ! gua tak suka ! mental kan ? lol. Baru-baru ni mamat ni mesej gua dia kata nak masuk minang. Hey, I rela single daripada kene kahwin dengan mamat psycho freak ni. Karang boleh jadi isu domestic violence kalau gua accept mamat ni. I think this guy is mental. Part yang scary bila dia keep cari gua sampai dapat. Banyak lagi yang scary tapi malas nak cerita nanti jadi emo tak pasal-pasal.

So motif cerita ni ahhhhhhhhhhhh gua saje je nak cerita. Antara pengalaman kurang ngeri gua alami. kalau ada orang stalk u olls macam ni, apa u oll buat? tak kisah la yang kenal or stranger. ce citer ce citer ...


A New Beginning

Hello blogger ! wah lame gila gua tak online. Hampir setahun kot. Gila tipu aku ni ! Hari ini tetibe rasa nak online. Banyak masalah sejak beberapa bulan ni. Baru-baru ni gua memang depress. Dengan dukacitanya ingin memaklumakan bahawa gua tak dapat sambung belajar balik. Baru gaya nak sambung degree! Uwaaa ! kejamnya govern buat gua macam ni.ehem ehem ! Malas nak tunggu tahun depan. Lama sangat dah tunggu. Kerja je lah sampai ke tua.

Gua nak reset otak gua, nak buka cerita baru pula. Yang lepas tu lepas lah, tak boleh nak patah balik dah pun. dem ! its already too late to do that. Itu sahaja berita ringkas dari gua. heh ! Harap-harap gua kembali aktif berblogging lepas ni. Banyak benda nak cakap ni. See ya net time. ja neh o.O

Wednesday, August 17, 2011

Suatu ketika di bulan ramadhan



Salam ramadhan

Alhamdulillah~ kenyang berbuka tadi. Kitorang berbuka "Soto" tadi. Slurppp habis la tadi. Licin mangkuk, nasib baik mangkuk tu pun tak sekali masuk perut gua tau, nanti tak pasal pasal kena admit ICU pula duh. Tapi gua tak amik pun gambar makanan tadi, sebab gua tak amik kos photography so tak penting. Ada kaitan ke ? Azan bekumandang je tadi, terus ku capai mangkuk saiz extra extra large dan isi ketulan-ketulan nasi empet, banyak tau gua amik. Sah perut gua perut kerbau, selagi boleh sumbat, sumbat. Nanti kempunan sapa nak jawab, eceh. 

Nafsu makan time puasa memang dasyat, dari mana entah aura tu datang huh. Padahal, gua baru je operate gigi bongsu, yeah, gua hilang 6 batang gigi tau. Braces punya pasal eceh, terpaksa lah korbankan lagi 2 batang gigi. Semangat betul nak makan bila gigi sakit lol. Part paling best, braces tak kuat lagi, tapi gua dah start makan ayam. Guess what, bracket braces tu patah, walaoooo ~ nasib baik tak kena marah dengan doktor. Doktor dah ler garang macam hamster, maklumlah doktor govern. Eh ? 

Duduk rumah bersama famili time bulan puasa memang syurga, sebab boleh tolong makan apa yang mak masak. Eh tolong masak la. Anak dara kena la tolong masak, nanti saham jatuh. puihh. Dengar adik beradik bergaduh baling kerusi meja di hujung minggu sangat tenang tau. Apatah lagi jumpa sedara mara di kampung, lagi happening. 

So motif topik hari ni ? gua nak cakap pasal gua berbuka soto je tadi. Dah melalut jadi kisah lain pula. Hokeh la. Bai

Saturday, July 9, 2011

Bersih 9/7/2011

BERSIH!! Jom bersihkan bilik gua yang semak dengan habuk-habuk berkeliaran ni wakaka! Esok mesti ramai duduk rumah je sebab sesi bersih-bersih dijalankan kan kan?


Apa-apa pun harap-harap rancangan bersih 2.0 ni berjalan dengan aman la yer!! Peace no war!!


Saya sayang negara saya! 

Tuesday, June 28, 2011

Friday, April 1, 2011

Kuku aku panjang, kuku kau pendek.

sumber gambar: curi google

Salam gentle readers
Masa gua sekolah rendah dulu kan, gua selalu terfikir. Kenapa kuku gua panjang? Orang lain punya tak sama macam gua. Kuku diorang bulat-bulat comel. Cikgu gua dulu suka rotan gua sebab kuku gua panjang. Kadang-kadang gua tak paham, apa salah gua,nante? Gua dah potong sependek mungkin.

Kuku gua secara semula jadi jenis kuku gelas.Cikgu gua pula jenis suka suruh gua ketip kuku sampai pendek sampai gua tak boleh nak bukak jari-jari gua ni, ngilu kot, peh sakit jangan cakap la. Kuku gelas bagi potong sama pendek dengan kuku cawan, dem ngilu beb. Gua  Bila gua dah matang (ehem-ehem), orang kata kuku gelas itu cantik jarinya (tersenyum bangga). Tak adalah bangga, cuma teringat pula kejadian ni masa gua kecik-kecik dulu. Kenapa kuku gua tak sama macam orang lain, hua3~

Monday, March 7, 2011

Apa punya jawapan daaa~

Hello readers~ lama gua tak update ini blog. Rehat sejenak dari dunia blog. Ekeh keh~ Erm gua nak story la sikit masa gua jawab exam dulu tak ada lah gua jawab merapu-rapu jawapannya. Paling teruk pun gua tulis "MAAF, i 'm dumb" atau pun "saya tak tahu nak jawab apa" atau "saya tak sempat baca" atau pun sedapkan hati, tulis balik soalan tu dalam kertas jawapan. Ahah, kantoi la pula. OK la, gua mahu share seket gambar-gambar yang gua jumpa ni. Gua memang tak tahan gelak baca jawapan mereka ini. Memang sengal punya orang daa, ahaha~



 








 Gua amik dekat : 2leep.com

Tuesday, March 1, 2011

Tolong kurangkan meniru


Gambar: Pok Cik Google bagi

Gua ada paper psikologi pada hari itu. Gua tak tahu la gua dah bersedia ke tidak kerana malam sebelum itu gua dan member-member seronok main nyorok-nyorok dan bersembang mengata orang,hak3~Lagaknya seperti dah pernuh ilmu di perut. Hari yang dinantikan muncul jua, gua pula lupa nak bawa pensel lopak Selemon feveret gua, ADESS~ apa kejadah la time ni gua tak bawa pen. nak tulis pakai apa, pakai tahi hidung? nasib baik la ada member gua yang baik hatinya meminjamkan pen kepada gua. Setakat pen je pun.

2 kelas ada test time tu, kelas gua dan kelas sebelah. paper yang sama dan pengajar yang sama. Time tu pula penghawa dingin kelas gua rosak, panas tak terkata.  Jadi, Encik Syam (bukan nama sebenar tak tipu) gabungkan kelas kami dengan kelas sebelah, Peh memang macam ikan sardin dalm tin,macam tengah naik bus rapid time hujung minggu dikelilingi mat bangla. kelas dah la kecil campur pula kami yang ramai ni. Tambah tolak darab bahagi beratus la jadinya dalam kelas yang gila sempit tu. kerusi tak cukup, duduk atas lantai. Gua terus carik port paling belakang duduk share sebontot dengan member gua, rasa macam nak terjatuh pun ada. Bontot beliau besar agaknya, keh3~

Encik Syam terus tersenyum melihat gelagat kami yang terhimpit-himpit itu. Hati gua berkata, senang meniru nampaknya. Gua tarak hal punya. Akhirnya, kertas-kertas soalan diedarkan. Ada pula yang tak dapat sebab tak cukup. Pensyarah kami pun pergilah fotostat di bawah. Apa lagi, misi meniru dimulakan~ Wah bahagianya, macam menang TOTO (Haram tau) Semua berbincang dan mengeluarkan nota sebaik sahaja Encik Syam keluar dari kelas itu. Sebelum keluar, beliau berpesan kepada kami, kurangkan meniru ye, saya percaya kamu semua.ERKKK~ Kurangkan instead of Jangan~ Terbaekk la,HAHA~

Akhirnya, semua dapat keputusan yang cemerlang, A dan ke atas, hak3~
thank you SIR!!

Sunday, February 27, 2011

Eh eh,ada misai la

Hello again~ Siapa mahu mug bermisai? Angkat tangan cepat. limited edition ni. Siapa cepat, dia dapat. Keh3~







Friday, February 25, 2011

Aku dan biskut meri punya cerita


Sumber: ihsan dari pak cik Google


Suka makan biskut meri? pekena dengan air oren Ok juga kan, apa kejadah,keh3~ Masa kecil-kecil dulu gua suka makan biskut meri, kalau dapat satu bungkus makan sorang-sorang, tak nak bagi orang lain makan, nanti habis,kedekut betul, biskut meri je pun~

 Kezen gua amik tin biskut meri, pakat nak makan ramai-ramai sambil tengok TV. Makan punya makan, dah tinggal sikit, gua la makan tak henti-henti. gua ni pelahap, tak baca bismillah ler tu masa makan, tangan tu asyik nak masuk kat dalam tin je. Ambil satu dan satu lagi dan lagi dan tak henti-henti. Sedap sangat biskut meri tu, padahal rasa tak da benda. Erm akhirnya tinggal la sisa biskut meri tu, tetibe tak semena-menanya seekor cicak yang kacak rupanya berlari keluar dari tin tu.

BLURPP~ tersendawa gua tengok cicak tu keluar, gua rasa gua makan lebih setengah balang, adehh~ WTH cicak tu keluar di saat gua dah kenyang. Paiseh betul la cicak tu, kembang je rasa tekak gua. Kami saling berpandangan sesama sendiri, then gelak besar. Gua terkedu sebab gua makan banyak gila kot~ Belek punya belek tin tu, ada seekor lagi dalam balang tin tu, tapi dah tak bernyawa START dari kitorang makan rupa-rupanya, KENAPA tak cek awal-awal? Sebab mayat cicak tu ada kat dasar balang tin tu, HAHAHA~ fobia setahun tak makan biskut meri lepas itu, keh3~

Wednesday, February 23, 2011

Saya mahu belon BESAR punya!!!

Hello peeps~
Lu oll penah main tiup buih belon tak? pakai sabun tu~ BOO~ kalau tak pernah main, nampak sangat zaman kanak-kanak lu oll tak best,keh3~ OK2, berbalik kepada cerita, lu oll kenal tak Samsan Bubbleman, tak kenal pun~ Gua pun tak kenal juga, gua baru kenal, keh3~ Siapa beliau ni, nama pun "bubbleman", tiup buih belon la. Ini brader kan femes tau dalam industri belon,siap ada company tau, Bubble Inc. Hebat tau brader ni, dia tiup belon paling besar tau, sapa berani lawan? keh3~







wah~ hebatkan, macam mana boleh tiup sampai besar. Kata brader ni,biarlah rahsia,keh3~ Ada tekniknya, tapi gua tak tahu. Dia cuma bagi tau gua, dia guna sabun dengan air, keh3~ Selain itu, brader ni kata dia ada guna gula sket secukup rasa, glycerin, corn syrup, kacau hingga sebati. Lepas tu tiup la sampai kembung perut,keh3~ KATANYA la, gua jot down je ,hehehe~

Sumber: Bubbleman


Ada apa dengan FACEBLOG?

Salam 1 malaysia~Jom pakat ramai-ramai join FACEBLOG ni





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Monday, February 21, 2011

Bantal itu sangat busuk tapi saya tak boleh tidur tanpa bantal busuk saya


Sumber: Ihsan dari Pok Cik Google

Bantal busuk?Smelly pillow, kata m-a-t salleh~ euwww~ apakah? Buat apa nak simpan bantal busuk kat bilik,ekeh keh~  buat naik bau yang tak menyenangkan je kan,bla bla bla~Ada orang kalau tak ada bantal busuk tak boleh tidur?Sejak dia lahir sampai ler ke kahwin tak basuh bantal? YE KE? Gua pakai cakap je,ekeh~ Bajet nak bantal busuk yang PURE punya, terbaek la konon.  Mitos betol la~ Apa? Adakah bantal busuk itu merangsang suatu hormon supaya boleh tidur? Wat the fish~ Siapa dalang yang wujudkan bantal busuk itu,gua mahu maki hamun dia, ekeh keh~ dulu gua pun ada juga, TIPU lah kalau gua kata gua tak pernah ada (nada mengada), paiseh kantoi sudah,bukak pekung di lubang hidung,ekeh keh~~Perempuan la suka ada bantal busuk ni kan, ikut kata hati gua la, laki-laki gua tarak tahu, mungkin lagi teruk dari kaum perempuan kot? Eheh~

Saturday, February 19, 2011

Saya suka bayang-bayang saya

Salam 1 Malaysia~
huh~~ 
korang tau kan apa itu bayang-bayang,jangan mengada nak rasa buku lima gua kalau kata tarak tahu,ekeh~ Orang sekarang ni bayang-bayang pun boleh buat seni kan,bayang sendiri, bukan ke benda ni dah lama,nampak sangat gua ketinggalan,huaaa~ OK, gua nak kongsi sket gambar-gambar yang awsome ini,mari kita saksikan,yabidabiduuuu~~








Sumber: Funzu.com

Wednesday, February 16, 2011

Sehingga menjilat ibu jari kaki~

Apa benda yang sampai menjilat jari tu?
Apa lagi,KEK la~ Siapa tak sukakan kek? Majoriti suka kan? Gua pun suka makan kek, gua dapat makan kek bila hari jadi je,hari lain beli roti,ekeh keh~ Tapi ini kek kan gua tengok pun enggak mahu,tidak bisa~ 1 abad gua loya. Lu oll ada bran mahu try ini kek? perisa baru,only in Western,ahuha~ Limited edition tau, rezeki jangan ditolak, sila pilih hari jadi kek anda. Mau yang mana, sila buat tempahan di no 01X-XXXXXXX, sementara stok masih ada. OK~ Adios



Ini kek sesuai untuk hari kekasih,ahaha~
perisa s-t-o beri mungkin??
bloody valentine~






Agak-agak lu oll, apa rasa hidung ini?
terbayangkan adik lu oll kene flu attack,keh3~


this cake- must try
keh keh

Sumber: ihsan dari Pok Cik Google

Serabut la otak aku

Salam satu malaysia
Di sini gua ingin mengambil kesempatan terhadap kamu semua, ekeh keh, gua gurau manja je, chillex OK~ Macam ini, gua nak bagi tau ni, follower gua dah mencecah 300 orang, satu penghargaan yang amat besar bagi gua.Melompat-lompat kegirangan seperti kanak-kanak terencat akal. Kecoh la gua ni, blogger lain follower 1 juta pun tak kecoh macam gua,kekekeh~ Ala, gua tahu la blog gua tak gempak macam blogger lain, santai dan besh yang amat. Tapi ada juga yer orang yang sudi follow blog gua, gua terharu (sambil mengesat mata yang tak basah)mengada. Beribu berjuta terima kasih kepada semua blogger di luar sana. Terima kasih lagi kepada follower yang 1,2,3,4.... dan seterusnya. Sayang kamu,eceh~ Tanpa kamu, tak adalah follower yang 300 ni yer. Harap lu oll terus sokong blog gua yang tak seberapa ni yer

Tanpa membuang masa lagi kerna masa itu emas, ikut ayat s-k-e-m-a, gua ingin memberikan tanda penghargaan kepada follower gua yang ke-300 ini. Follower 1,2,3,4...299,diharap jangan jeles. Diberi nama Aran, tengok muka nampak ganas,tengok hati gua tarak nampak,ekeh keh terima kasih kerana menjadi follower gua yang ke-300.  Gua tarak hadiah untuk diberi, cukuplah sekadar entri ini, OK~ tak puast hati cakap sekarang,ekeh keh~

Orite~ mari kita sama-sama terjah blog beliau ya. Blog beliau akuserabut ya, nampak serabut,ekeh keh~ gurau je, i like the header,s-m-a-r-t kot, entri pun besh-besh~ kepada blogger-blogger di luar sana,jangan malu jangan segan menerjah empunya blog ini yer. Tak nak cakap banyak-banyak,nanti gua terpesong dan mencarut,ekeh keh~Terima kasih atas sokongan anda~ Harap Aran baca entri yang direka khas untuk Aran ni tau. Keluar sebaldi peluh untuk gua menulis ini entri, ekeh keh~


THE END

Tuesday, February 15, 2011

Ilustrasi kapur yang STYLO~

Salam satu Malaysia ya kamu semua,PEACE sambil tunjuk jari yang comel

OK2, gua tertarik la ilustrasi yang dicipta oleh JULIAN BEEVER dengan KURT WENNER ni, gua salut ah ini 2 brader, gila stylo lukisan diorang, sure nampak real~ thumb's up!! hanya menggunakan kapur sahaja the gambar totally nampak real. Pandai diorang memilih sudut dalm melakar kreativiti diorang ini,H-E-B-A-T!! Gua pun tak pandai la, setakat lukis orang lidi tu gua terer la beb,keh3 Adik gua lukis pun s-e-m-a-t lagi dari gua,walauwehhh~ Tak pe, gua boleh belajar selo-selo kan,uhukz uhukz terbatuk pula gua ni, nanti gua mintak 2 brader ni ajar gua, korang jangan dengki kalau suatu hari nanti gua femes amos,gua tak layan la korang,ekeheh~ OK, usah melayan kebengongan gua ni. Ayuh kita terjah ilustrasi ilustrasi yang dicipta ciptu oleh 2 brader ni

 Gua tabik la dekat ini dua orang.

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

15 Awesome Chalk Artworks by Julian Beever and Kurt Wenner

 Orait~ korang ada bran mahu lakar ini lukisan? gua bet lu oll,ahuhahuha

Sumber: Ihsan dari Pok Cik Google