Wednesday, November 10, 2010

Stand up!!


Wee~ Stand Up semua!! haha~
haa~ korang mesti dah tengok kan cerita ni, syok siot cerita ni...
4 orang jejaka yang memang saya minat kot (gatal,haha~)


Macam ni ceritanya, Shohei Asai (Kazunari Ninomiya),Kengo Iwasaki/Kenken (Tomohisa Yamashita), Hayato Urahara (Hiroki Narimiya) dan ,Koji Enami (Shun Oguri) adalah empat pemuda yang berkawan sejak kecil. Kini, pada usia 17 tahun, diorang sama2 menyandang gelaran DB4 (4 dotte Boys), disebabkan hanya mereka berempat yang masih teruna di sekolah (kononnya la).

Antara mereka berempat, Kenken sorang je dah ada awek, Shoko. Tapi awek dia ni serius belajar je.Kenken ni Train Otaku, suka kira kereta api, lawak kot. Koji pula Kapten bola sepak sekolah dia dan kira paling popular di kalangan perempuan, tapi sayang dia ni ada masalah komunikasi bila berdepan dengan jantina berlainan. Hayato ni pula paling bersemangat ar nak carik awek tapi selalu kena sepak terajang oleh sekumpulan awek pimpinan Makino Sakura, lawak betul tengok part Hayato ngan kumpulan awek nie, hahaha~ Shohei pula simpan perasaan cinta kat cikgu Inggeris dia yang cantik, isuzu Mochizuki (Yumiko Shaku).

Diorang berempat ni berkumpul dan mendirikan satu kelompok teruna la kononnya.. Dan hanya akan menggunakan kesucian mereka itu untuk gadis yang mereka betul2 cintai... HAHAHA~~ Tapi, diorang ni asyik kena kaco and diejek kawan2 diorang iaitu si Playboy Naoya (Takashi Tsukamoto) dan Tanaka, budak sekolah diorang yang pernah tertangkap melakukan benda tak baik ar, ahahah~ So, DB4 ni bertekad nak cari awek dalam musim panas diorang ni.

Musim panas diorang ni juga ditemani oleh Chie Owata (Anne Suzuki), teman lama masa kecil yang sudah 11 tahun berpisah. Chie kini sudah berubah. Dulu Chie dilihat sebagai patung boneka yang cantik dan selalu dipuja dipuji, kini Chie adalah gadis berkacamata tebal, selekeh. haha~ Chie datang ke rumah Asai setelah diberitahu bahawa ibu bapanya pergi bercuti, so keluarga diorang mengalu-alukan la kedatangan Chie. Chie ni pula menyimpan perasaan kat Shohei, tapi Shohei ni syok kat cikgu dia yang cantik tu. Last2, Kenken yang syok kat Chie selepas ditinggalkan aweknya.

So apa endingnya? Tengok la sendiri
koh3~


THE END

Mengecilkan perut dengan straw (stail Jepun)


Perut besar atau buncit terjadi kerana tumpukan lemak yang ada di perut, atau otot perut yang tidak terlatih.

Tapi jepun ada cara unik untuk melatih otot perut supaya kempis 
dan hasilnya perut boleh mengecil. Bagaimana caranya?  Mereka cuma pakai sedutan gunakan straw ! Betul ke boleh?? Saya ada try gak, OK la jadi gak~ kena rajin ar buat OK!! 加油!!

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image001.jpg

Gunakan straw

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image002.jpg
Potong 5 cm

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image003.jpg
Ratakan salah satu ujung straw

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image004.jpg
Tutup separuh lubang straw dengan selutip 

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image005.jpg
Mulut straw setelah tertutup selutip 1/2 bahagian

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image007.jpg
Tarik nafas dalam-dalam, dan tiup straw dengan kuat selama 5 saat

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image008.jpg
lakukan selama 3 minit sehari

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image009.jpg
Pointnya, meniuo dan bernafas kuat-kuat selama 5 saat

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image010.jpg
Beberapa orang yang melakukan selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image011.jpg
Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image012.jpg
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, efek penggunaan otot perut menjadi berlipat.

Try la, tak kena bayar pun 
hee~

THE END