Sunday, September 12, 2010

Eh code blue??

Hari saya kerja petang, baru balik ni ha hehe~ erm saya incharge ubat hari ini mula2 OK la kerja cam bese je dalam pukul bape tah, dalam 5-6 something tetiba ade patient collapse
BP memang drop,semua drop la cakap medical kat sini memang kompem tak paham la korang nanti,ahakz~ apa lagi, memang kelam kabut la sebentar kat wad tadi~ Saya ni dah la lama tak handle situasi gini, masa student dulu ada la. Ala, baru graduate ni memang banyak benda kene belajar balik kat tempat kerja yang baru ni. Erm saya tadi macam orang bodoh juga la sebab blur sangat2 tadi. Apa erk nak buat, tercegat pula tadi, nasib baik la Dr tadi baik2, tak marah2, cuma bagi arahan je la. Pastu kol 'team code blue' , ada patient collapse dalam wad.
Fuh, nasib baik kejap jer la, CPR kejap~ bagi ubat2 yang patut untuk stabilkan Blood pressure and bagi glucose sebab sugar low sangat2. Pastu book ICU untuk patient nie. Hospital ni kalau patient tak stabil terus hantar ke ICU. Kalau hosp govern, setel dalam wad juga, sampai kekadang makan masa berjam2.Tu la hosp private, kalau govern memang lain sikit la (banyak juga yang lain sebenarnya). Akan resignkan diri from this hospital sooner or later. kerek gila cakap,hee~

melencong

2 hari lepas,malam before raya~ saya dan adik saya,Tira kononnya nak pergi Jusco la kat Ayer Keroh tu kan. Bajet nak beli baju raya and so on la sebab banyak benda tak beli lagi. Siyez memang banyak benda tak beli lagi coz keje la punya pasal (*salahkan kerja pula). 

Sampai sana dalam pukul 4 something la kan. Terus kami berdua pergi kat area2 baju la. Kata nak beli baju sume kan. Hurm~ punya la lama kitorang dok belek2 baju. Last-last tak beli pun, hua3~ Pergi solat Asar jap, then pergi kedai popular pula. Tersangkut sejam kat situ. Bukannya nak g beli baju, beli buku pula. Lol~ Belek2 majalah la, kamus la, bla bla bla~ Aleh2, saya pun beli buku kerja bahasa cina 2 buku. Kononnya mahu praktis balik bahasa cina yang telah lama ku tinggalkan masa sekolah dulu. wawawa~ 

Then, tambah lagi satu buku novel pula saya beli. Saya beli buku Twilight Eclipse latest punya cerita versi malay. Malas la nak beli BI. Beli versi malay pula. Kat rumah banyak buku BI. stop...hua3~  Kat situ tulis 20% diskaun dengan kad popular. Harga asal buku ini RM46.90. Masa saya bayar siap guna kad popular lagi,baru je renew kad tu tapi tak dapat diskaun pun. Still bayar harga asal. What the heck, tipu aku erk.. kijam3~Lantak ko la kan, sebab dah nak berbuka time tu, so bayar je la then walk away. hee~ Sayang aku kat buku itu, nak buat koleksi novel kat rak dalam bilik,penuh sudah hee~ 



In the end, adik saya je beli baju. Saya pula beli apa tah, benda tak penting pun,hua3~ Apa la esok tu raya. Pastu mula lah, nak pinjam2 barang orang, tak se no oh..lalala~ 
Sekian terima kasih~~
 - THE END -