Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

sadis

Kekadang kita rasa hidup ini macam tak adil
berat sebelah, kena tindas, kena buli, kena maki
hubungan dengan keluarga pula makin renggang dan tegang
bila start cakap terus rasa nak gaduh
dengan kawan pun macam tu juga
asal jumpa nak gaduh

pot pet pot pet pot pet
bukan tak nak terima atau dengar nasihat
cuma banyak sangat benda ada kat dalam kepala ni
SERABUT oke
 bagi ruang sikit boleh tak

kisah hidup agak menyedihkan
di pulau, di sisih, di pandang rendah
bukannya goyang kaki sahaja, ada usaha apa
pergi sana sini tanya bagai macam orang gila
nasib tak menyebelahi
sebab tak ada rezeki

Friday, April 1, 2011

Kuku aku panjang, kuku kau pendek.

sumber gambar: curi google

Salam gentle readers
Masa gua sekolah rendah dulu kan, gua selalu terfikir. Kenapa kuku gua panjang? Orang lain punya tak sama macam gua. Kuku diorang bulat-bulat comel. Cikgu gua dulu suka rotan gua sebab kuku gua panjang. Kadang-kadang gua tak paham, apa salah gua,nante? Gua dah potong sependek mungkin.

Kuku gua secara semula jadi jenis kuku gelas.Cikgu gua pula jenis suka suruh gua ketip kuku sampai pendek sampai gua tak boleh nak bukak jari-jari gua ni, ngilu kot, peh sakit jangan cakap la. Kuku gelas bagi potong sama pendek dengan kuku cawan, dem ngilu beb. Gua  Bila gua dah matang (ehem-ehem), orang kata kuku gelas itu cantik jarinya (tersenyum bangga). Tak adalah bangga, cuma teringat pula kejadian ni masa gua kecik-kecik dulu. Kenapa kuku gua tak sama macam orang lain, hua3~

Sunday, February 13, 2011

Saya tak sengaja cikgu


gambar sekadar hiasan



Sekolah memang seronok bila difikirkan beribu kali,ececeh~ nko dah habis sekolah boleh la cakap best,cuba kalau nko masuk balik sekolah, komfem nak cepat habis kan, hiyaaark~

Masa gua form 1 dulu,gua seorang gadis yang suci lagi naif. Orang kata A, A la. Apa orang kata, gua ikut tanpa banyak soal. Sekarang gua sudah pandai menjawab, siapalah gerangan yang mengajar gua macam ini ya,hik3.. tersipu malu~

Gua ingat lagi satu kejadian masa gua dekat kelas gua itu. Hari itu, cuaca baik sekali, matahari tunjuk peace dekat gua. Time tu kelas subjek matematik, tapi cikgu gua ada meeting,so tiada kelas la ketika itu, maka kami sekelas melompat kegirangan, say yihaa~ 

So gua, pelajar yang rajin lagi sopan ingin membersihkan papan hitam yang berhabuk itu, sebab time tu gua punya turn kena padam papan hitam, ikut jadual kebersihan. Time korang sekolah dulu pun ada jadual kebersihan kan? Jangan mengada kata tak ada,amik ni sepakan penalti gua,dush dush~ So,nak dijadikan cerita pendek ini, gua melompat2 nak padam tulisan2 kapur yang tinggi itu, gua tau la gua pendek lagi comel, so gua pun lompat2 la. Ketika itu, gua tak terfikir pula nak gunakan kerusi untuk panjat, naif sungguh gua ketika itu, gua panjat dekat kaki papan hitam tu je. Mungkin berat gua tak bape stabil, tiba2 terdengar bunyi patah

KREKKKKK~~~ KROMMM~~ gua tak pandai nak buat bunyi benda patah jatuh atas lantai, tapi korang paham kan. Buat paham sudah. Bunyi bising itu sekali gus mematikan suasana pelajar yang asyik leka dengan pot pet pot pet mereka, yang tengah dok study pun benti study, yang nak pergi tandas tak jadi pergi. Hmmm~ apa yang patah? kaki papan hitam yang patah.OMG, gua cuak gila time itu,gua kan naif,gua buat muka blur la. Papan hitam itu ada 2 kaki, satu kaki dia dah patah,jadi senget la. Badan terhempas atas lantai. Ketua kelas gua pun terkejut. 

"Filza, macam mana boleh patah?" ketua kelas bertanya kepada gua

"Saya pijak kat sini" Sambil menujukkan tempat aku berpijak

"Lepas tu?" Dia bertanya

"Lepas tu, tiba2 dia2 patah" Gua menjawab dengan muka tak bersalah


************

Pada ketika itu ,gua dapat lihat satu kelas tengok gua dengan muka terkejut dan pandang sinis terhadap gua

************


" ayott,tak tahu~ bagi tahu cikgu,Fiza patahkan papan hitam" kedengaran budak sekelas mengejek

Dalam hati gua, gua BLUR~ gua tak tahu nak buat apa. Uwaaa~ gua rasa nak nangis, sekolah tak sampai setahun dah berani patahkan papan hitam,sapa nak ganti,kyaaaa~~

Nasib baik la ketua kelas gua yang berdedikasi itu memahami gua. Dia menolong gua mengangkat badan papan hitam itu dan cuba letakkan kembali kaki yang patah itu ke tempat asalnya. Ya, kami berjaya!! Tak jatuh pula itu, still and steady je,hehe~ kemudian, Cikgu subjek Bahasa Melayu masuk ke kelas gua, itu petanda meeting sudah habis,uwaaa~gua sangat cuak ketika cikgu gua masuk,dah lah beliau guru kelas kelas gua, kalalu dapat tahu, matilah gua. Nasib gua baik kerana tiada seorang pun buka mulut pasal kejadian hari itu. 

Semasa cikgu gua memulakan seisi pembelajaran, mestilah beliau akan menggunakan papan hitam dalam berkongsi ilmu, ye tak. Dia start je mencoret papan hitam itu, satu perasaan aneh mula mengangguku. Papan hitam itu mula bergoyang macam ada gegaran gempa bumi, cikgu gua pelik dan perasan papan hitam tu bergoyang dan tak stabil. Malah beliau perasan ada kesan patah dekat kaki papan hitam itu. Akhirnya, dia mula bertanya. Dipendekkan cerita, gua mengaku gua yang patahkan, tapi gua tak sengaja. Gua mintak maaf atas kecuaian gua, tapi cikgu kata siapa nak ganti. Uwaa~ gua lagi sedih ketika itu. Tapi hingga hujung tahun, kami sekelas masih menggunakan papan hitam itu,walhal dah tahu patah tapi tak ditukarkan, masih berdiri teguh lagi di situ,hik3~ Tapi akhirnya papan hitam itu ditukar ganti kerana kedua2 kaki papan hitam itu sudah patah. Siapa patahkan satu lagi? Gua pun tak tahu
hik3~


THE END






Objek punya hal~

Pada suatu malam, dikala aku sedang bermain game online Myth War di PC rumah aku sorang2, tiba2 aku terdengar bunyi "cit cit cit". Aku tercari2 bunyi tu, tapi tetibe senyap. So aku pun teruskan game aku. 




THE END.... 

.
.
.
.
.
.
.
.


Eh tak habis lagi la, haha~ Dah ler gelap time tu, tetibe aku ternampak satu bayangan sekilas lalu, jantung aku berdebar2~ Apa tu,aku takut!!!
then aku nampak objek itu bergerak depan aku, seekor tikus sebesar anak kucing rupanya, kalah saiz anak kucing , aku rasa besar mak kucing,bewarna kelabu~ OMG!!! dengan selamba nenek moyang dia je lalu depan aku,lari terkencet-kencet, kyaaaaaa~ aku terjerit sebentar, ye la kalau benda ni kena kat nko pun jerit juga kan, jangan mengada nak tipu aku yang ko still and steady je, aku baling dengan meja karang. Heh~ Selepas itu, aku berfikir sebentar, macam mana dia boleh panjat tingkap rumah aku yang 2 tingkat tu, FUYOOO~ dia pakai magic apa, gila terer sang tikus tu, i salut you.. Memang tak dapat nak dibayangkan, tapi dengan mata kasar aku ni, aku rasa pelik dan aneh, laju pula tu tikus tu berlari kat dinding, dah ler badan besar, wahh~ HEBAT!! 
Walauweehhhh~

But still, aku geli la dengan tikus ni, kalau hamster tu acceptable la juga. Ini TIKUS!! saiz macam kucing, datang dari mana pun aku tak tahu,diberi free pun aku enggak mahu!!

Sejak hari itu, aku asyik dengar bunyi2 tikus kat area tu, kat kawasan bumbung padahal, atas bumbung ada makanan ke, i wonder~ Ajak geng apa, lepas sekor, sekor~ Agenda apa pun aku tak tahu~ So in the end,ayah aku pun letak la perangkap tikus,  tunggu tikus itu masuk perangkapnya,wuuu~


Thursday, February 10, 2011

kanak kanak



Hmm~ rindunya aku pada zaman kanak2 ribena aku dulu, aku tak perlu memikirkan masalah yang bertimbun macam sampah berlonggok kat depan rumah aku tu. Tak payah risau pasal duit, hal itu ini yang dialami oleh orang dewasa. Tapi setiap budak akan memebesar,akan alami benda2 yang dialami oleh orang dewasa,huaaaa~ Alangkah seronoknya jikalau aku masih budak2 yang tak membesar dan tak matang, adakah itu normal? Oh semestinya tidaklah dol,hehe~ Aku jeles tengok adik aku yang bongsu itu, umurnya nak masuk 5 tahun, tapi tak sekolah lagi, mulut petah berkata2~ tak boleh nak senyap, macam burung pipit bercakap. Burung pipit bercakap ke,woo~

Zaman kanak2 aku banyak kenangan baik dan pahit. Disepak terajang, dipukul ditendang adalah perkara biasa dalam kehidpan aku. Sebab aku ni nakal sangat, memberontak saja. Keras kepala, tak suka mengalah memang sikap aku sejak dari dulu. Kerja sekolah pun malas nak buat, sampai buku sekolahku dikoyak2kan oleh ayahku yang garang macam harimau kelaparan. Dulu ayah aku memang garang dan tegas terhadap aku dan adik beradikku. Takut gile man, nak tidur pun asyik terpikir beliau. Kami 3 beradik memang sangat tertekan ketika itu.

Budak2 sekarang tak sama macam time kami dulu, pukul sikit melalak macam dah 2 hari tak makan. Bila marah, muncung mulut 10cm, mengajuk taknak makan. Tak nak makan nko punya pasal la,lapar nanti pandai ler cari makanan nanti,hehe~ Seperti adik aku yang no 4 & 5, jarang kena sepakan2 hebat dari ayah aku, kena terjah je pun dah terkencing,hahaha~ Kadang2 aku rasa macam tak aci je,hehe~ Tak pelah, condition ayah aku pun tak berapa baik, beliau semakin tua dan sakit2 menyerang, so biarlah aku yang menggantikan tempat beliau dalam menyepak terajang adik2 aku, AHAHAHA!! Syaitan semakin suka, ahaha~ EHEM~ gurau je la, ingat aku ni jahat sangat ke,diorang dah besar, boleh fikir sendiri la,hehehe

Semestinya setiap orang mempunyai saat2 suka duka masa kanak2 kan!! Banyak lagi aku nak mencoret disini sebenarnya, tapi biarlah dulu. Bosan pula tengok banyak sangat ayat menjela, huaaaaaa~



Wednesday, February 9, 2011

对不起,请问。。。??


Apa kejadah aku tengah cakap kat title aku tu?? Ahakz~
(ping yin) dui bu qi, qing wen....??
excuse me, tumpang tanya???

Eheh, berlagak seh perempuan ni cakap cina, macam dia sorang je,berlambak la orang boleh cakap bahasa asing,hua3~

Tak tak, macam ni~
everywhere i go, orang ingat aku cina,kah kah kah~ Ada ke??
Tapi kalau Melaka taklah, sebab melaka memang banyak cina, baba nyonya muka cina tak geti cakap cina and macam2 lagi. Insiden ini berlaku kalau aku pergi melepak kat tempat yang banyak melayu la, kat tempat aku kerja pun ada gak, aku pakai tudung apa, terang-terang weh, nko cakap cina dengan aku. Aku cakap dah tak pandai dah sebab aku tak praktikkan bahasa cina, setakat paham boleh la. Aku mana ada ramai kawan cina sekarang,time sekolah je.

 Konfiden je nko cakap bahasa nko dengan aku, pastu cakap
 "owh, sori i ingat you cina, sebab macam cina la". Amoi tu cakap

"isokay, ramai ingat macam tu" aku berkata dengan bangga sambil tersengih. Dalam hati aku, cina pakai tudung ke?? tergelak sendirian.
Banyak kejadian macam ni berlaku dekat aku, sangat kelakar tapi aku suka.. haha,what the heck??

Nasib baik aku paham tau diorang cakap apa, tak sia2 mak bapak aku hantar aku adik beradik pergi sekolah cina, at least paham la kan. 

Satu insiden yang tak boleh blah pasal ayah aku la. Muka bapak aku nampak Chinese sikit. So ada suatu hari tu, aku temankan ayah aku pergi bank, tapi aku duduk dalam kereta je la, malas aku nak ikut, setakat bank, lain la shopping baru ler aku ikut sekali, ahuhahuha~ pastu aku nampak la ada sorang amoi cina ni tengah promosikan barang ape tah,aku pun tak tahu. Ayah aku baru keluar dari bank tu nak balik ke kereta,pastu amoi tu pun dok promote barang (kalau tak silap air ape tah) dalam bahasa cina,aku dengar la sebab dekat je dengan aku. Amoi tu konfiden je cakap dalam bahasa dia, tetibe ayah aku pun balas amoi tu

"mei you mei you" ayah aku berkata kepada amoi itu

Muka amoi tu nampak pelik time tu, SEBAB ayah aku patut cakap "Bu yao bu yao", bukan "mei you" la. "Mei you" tu kan tak ada. "Bu yao" tu kan tak mahu. Ayah aku ni pun satu, konfiden cakap cina tapi tak tahu dia tengah cakap apa. Kelakar kot masa tu, aku dengan ayah aku tergelak sampai la sampai rumah. Aku cerita kat adik beradik aku, mak aku. Semua gelakkan ayah aku, gila kelakar time tu, paling tak boleh blah muka amoi tu berkerut,hahahaha~~


Student + Kerja = ??

Yosh Kamu semua~~
salam sejahtera yer,hee~


uhuk3~ Dua2 dah rasa, kehidupan student dan kehidupan masa berkerja
agak berlainan bergantung kepada situasi seseorang.
Pada gua, masa gua jadi student kan, gua stress dengan study la, of coz macam korang tak? kan kan kan? Tension dengan assignment, dengan member sekelas, serumah, konflik itu ini, benda remeh temeh yang tak ada penyelesaian, kalau boleh gua nak cepat tinggalkan kehidupan itu, tapi gua tak sedar betapa indahnya masa gua jadi student dulu, stressnya bese la, manusia mana tak pernah stress??

Pastu masa gua start bekerja for the first time
Apa perasaan gua? Melompat kegirangan pabila tibanya hujung bulan kerna ketika itu gaji masuk la weh,itu pun mau cakap kah,ahaha~ Tapi, stress lagi berganda berbanding masa jadi student. Gua kena deal dengan manusia2 yang perangai macam haram. DIULANGI macam haram, bukan nak kata gua baik, gua pun jahat gak, tapi agak2 la weh, di manakah budi bahasa anda?? Kata duduk Malaysia, apa orang kata , salam satu M'sia, apa2 la, gua tak amik pot la.. hua3~ Nak2 gua kerja medical line, so frustrated man~ Gua memang tak geti nak deal dengan manusia yang perangai pelik2, sebab gua tak pelik macam diorang,ahuhahuhahuha~ Semua kerja nko akan jumpa manusia perangai pelik punya, nko kena pandai handle la kan, tapi kalau setiap hari macam gini, mau taknya gua jadi gila tak pasal2. Nasib baik gua ada supporter dari famili, sedara mara gua,kalau tak gua tahu gua kat mana sekarang. ahuhahuha~ 

Hihi~
so gua plan sambung belajar la, nak tambah ilmu di dada,cewah. Otak dah karat kot walaupun i'm still young, tapi cepat lupa. Amnesia,OMG.. kecian perempuan ni,ahuha~

well, good luck to my self!! Ganbatte ne!! hee~
sekarang ni gua tengah menghabiskan beras mak bapak kat rumah,wooo~~

Wednesday, December 29, 2010

Tidur punya cerita


Insomnia~~ Apakah? Takkan tak tau kot, masalah tak boleh tidur la, heh~ Masa aku kat U dulu, aku ada masalah insomnia. Setiap hari aku tidur 2 jam,wah~ hebat betul mata aku ni, boleh berjaga macam burung hantu. Orang lain sedap tidur siap berpelukan bantal, aku rancak menaip keyboard laptopku ini. 

Bila ia berlaku? start masa aku sem 4~ tak tahu la kenapa aku tak boleh tidur malam. Pening fikir,dah la aku ni penakut kot, cuak sentiasa. Pastu tak boleh tidur malam. Member aku pula suka cerita yang dia selalu nampak 'benda' itu. Wah, menyirap aku dengar. Pabila malam sudah tiba, jantung aku berdebar2 kot~ Setiap hari aku fikir, kenapa benda ini berlaku kepadaku~ 

So far, aku tak adalah kena apa2,tak pernah ternampak apa2, just dengar2 je la pabila jam menunjukkan pukul 3-4am, banyak benda boleh dengar time tu. Uwaaa~ 

Insomniaku berlanjutan sampai aku habis belajar,haha~ sekarang dah Ok la sikit, tapi aku still tidur lewat~ 

Teruk gak condition aku masa aku insomnia dulu. Member aku cakap, ko ni tak macam manusia la weh, pelik.. haha~ aku gelak je, itu yang termampu. Tapi tengok muka aku pun tau dah, muka tak cukup tidur pada ketika itu la. Dulu, kat status FB aku, aku asyik tulis pasal ketidakbolehkan aku nak tidur malam. Mata segar bugar, macam orang baru bangun dari tidur,koh3~

Then, aku decide amik ubat batuk. Aku dah lupa apa nama ubat tu, tapi cover kertas tu warna oren. Kuat gak efek lepas makan ubat tu, aku jadi ngantuk. So sebelum aku tidur, aku akan teguk ubat batuk tu, baru aku dapat lelapkan mata. kalau tak, aku tak tidur la. Lagi2 kalau time exam, hati yang resah lagi buat aku tak boleh tidur, lalu aku pun makan ubat batuk lagi. Last2 aku addicted then aku dah immune kat ubat tu. ubat tu dah tak ada efek kat aku.

Then aku tukar pula, aku makan pil piriton, ubat selsema padahal. Tapi boleh buat aku lena kalau aku telan, psycho kan~ Masa tu aku terdesak, sebab exam. Member aku selalu tegur 'stop it', ye la~ nanti addicted. Diorang suruh aku jumpa doktor, malas sebab klinik jauh, aku tak nak habiskan lemak aku..aha~

In the end, macam ni la hidup aku sekarang~ OK la berbanding dulu sebab aku dah kerja sekarang, so penat kian terasa.. hee~

Tuesday, December 14, 2010

Kereta punya hal



Hari tu gua keluar dengan housemate gua. Dia baru dapat lesen and baru beli kereta kot, peh sesunggunhya gua memang jeles pada ketika itu. Then, hati gua berkata-kata~ nyesal aku tak habiskan kelas lesen aku, amik sekerat jalan,lepas tu malas pula, then nak meyusahkan orang lain pula,koh3~ MALAS~~

OK2, gua bukan nak bebel pasal lesen sebenarnya, lari topik ni. Heh~ member gua ni beli kereta auto. Pastu yang bestnyakan setiap kali sampai traffic light mesti mati punya. HAHAHA~ Satu hari tak terkira kena hon ntah bapa kali dengan pemandu2 berhemah kat luar sana. Hua3~ gomen2~ Siap salah jalan lagi, one way pun hentam jalan saja..haha~ Ehem, pandai pula gua mengomen member gua sorang ni, gua kalau bawa mesti lagi teruk,huaaa~

Takpe2, sekarang member gua tu dah pandai bawa kereta dah, jarang mati kat tengah jalan, cuma kekadang sesat jalan tak jumpa jalan keluar. koh3~

Friday, December 3, 2010

Just another day



Yosh readers~~
lama kot tak update,ntah bape abad dah,haha~
erm bese la, kepala otakku hanya ada 'kerja' je yang takkan pernah habis

Ini 'kerja' kan, buat gua rasa cepat letih woo~ Cepat stress, cepat mengantuk, cepat bosa, dan etc.

Itu la perkataan2 yang ada dalam kamus hidup gua Antara sebab-sebab gua lama tak update blog. (ada kaitan ke??) Of coz la ada, kalau tarak itu semua problem, gua tak da hal la mau blogging setiap hari, tapi idea semakin kurang la pula, aiyakk~ slekkkk~

Just another day adalah ayat untuk gua yang menjalani kehidupan yang sama setiap hari, hik3~

Thursday, November 18, 2010

Fikir la fikir la

Lately, gua banyak berfikir.. Tentang hidup gua, tentang masa depan gua, tentang gua dan gua. Hanya gua.. Tak nak fikir pasal orang lain, buat semak je,LOL~ gua enggak mahu fikir ini semua, sangat rumit,kyaaaa~~

Mesti korang cakap apa la gua merepek ni,haram tak faham benda apa gua nak sampaikan ni. Err~ gua pun tak faham juga,wawawa~

.
.
.

Gua saja letak gambar gua yang comel ini, comel kan?? Lu oll cakap tak pun, gua tetap dengan pendirian gua, ada masalah?? ekeh keh~


Ada jerawat kat dahi gua, oh tidakkk!! haha~ 
Gunalah NANO WHITE, putih berseri seperti Diana Danielle
pirahhh~

THE END

Hanya makan~



Ehem-ehem~ terbatuk batuk pula gua ni,wawawa~
malam 3rd and malam last berkerja memang memenatkan, lagi-lagi kalau ada panggilan yang berulang kali dari patient2 yang sama then buat benda yang sama kat diorang ni, gua bukan apa, kadang2 gua terfikir juga kan, korang ni tak penat ke asyik panggil kitorang je,huaaaaa~

Nasib baik la ada yang "baik hati" belanja kami semua,haha~ makan pizza hut kot.. Serba salah juga dibelanja, tapi what to do, rezeki jangan ditolak,hee~ lately, gua memang kuat makan,nafsu makan gua memang kuat. i wonder why.. Adakah gua stress? Adakah gua hepy terlebih? Adakah gua sedih? Maybe 3 in 1, sapa tahu.. Hanya Tuhan saja yang tahu,wawawa~



Monday, November 15, 2010

Oh malam yang bizi~


Jam sudah menunjukkan pukul 4:50a.m. Sekarang ni saya kat tempat kerja ni online,hahaha~ Mataku still segar bugar kot, macam mana nak tidur kalau asyik kena attend call bell tengah2 malam buta ni, uwaaa~ padahal orang yang sama je kot panggil saya and kawan saya.. uwaa~~ serius rasa macam nak nangis je,hahah~ Internet kat sini dah la macam cipan kot, laju macam siput, bape kali dah saya dok connect line "beruk band" maxis ni,uwaaa~~ Apa boleh buat,line tak bapa nak clear ni. Hurmm~ Jap lagi dah nak pukul 5, nak kena start buat kerja dah, aiyo~ penat ohh~ what to do, itu la rutin harianku..

Ku melihat Kak ain khusyuk je online dengan laptop barunya itu, jeles gua kot.. Saya ni bapa kali restart laptop ni~~ argh~ Sudah tiba masa untuk gua beli laptop baru kot, asyik 'hang' je~~ Sangat tension... 


Hahaha~ nampaknya saya telah berjaya 'snap' pic kak ain kita ni dari belakang
bizi je melayan 'blog' nya itu,wakakaka~

Hurm~ cepatlah masa berlalu, cepatla habis shift malam ni, mengantuk kot..
tak sabar mak tidur kat rumah .. nak tidur kat atas toto yang empuk itu..
toto!! wait for me... waaaaaaa~~

Erm, OK la tamat sudah bebelanku ini. Saya harus pergi sekarang .. Kerja sudah menanti~~ OK, ku harus pergi.. BYE!!


Sunday, November 14, 2010

Sejuknya~


Hujan turun dengan lebatnya kat sini
buat aku rasa malas je nak bangun pergi kerja malam ini
uwaaa~
member syok je tidur kat atas tilam yang empuk itu
aku pula kena bersiap2 pergi kerja pula
dah la rasa sejuk n dingin je malam ni
sedap je nak tidur..
hahaha~



Sunday, November 7, 2010

Apakah


Salam silent readers~
wah,agak lama kot x update blog ni
siyez bizi kot kerja
bizi ke?
haha~
tu yang selalu difikirkan
penat? stress? tension? happy? sedih?
setiap saat perasaan itu bertukar
kadang2 saya selau fikir
apakah perasaan saya sekarang sebenarnya
orang tanya saya
saya cakap saya tak tahu
saya tak tahu apa saya rasa
perlu ke cakap
tak perlu kot
biarlah saya je yang tahu

.
.
.

Lol~ apakah topik ini
saya nak cerita apa sebenarnya ni
ahaha~
mood imbalance ~


Saturday, October 23, 2010

Bila larut malam

Takda apa pun dengan topik ini, ahaha~ saja nak cerita bila saya kerja malam, suasana memang bosan gila. Sebabnya semua orang dah tidur kan tyme itu.. Apa la, sapa nak stay up tengah2 malam kan? lagi kat hospital~~ creepy~LOL~ tak boleh snap pics banyak2 kat tempat kerja,ahaha~




peh,memang sunyi

 Jom makan megi and air kotak yang direndam dalam air panas(beku kot)

Thursday, October 14, 2010

Tired

Baru balik dari kerja
letih yang amat
esok shift pagi
tak sukanya kerja pagi
otak serabut and mengantok
OK la~ nak tido~
simpan tenaga untuk esok,woo~

Tuesday, October 12, 2010

Hurm~

hurm~ seperti yang semua maklum, 10.10.10~ satu tragedi telah menggemparkan negara kita. kemalangan yang melibatkan 2 bas, van dan kereta menyebabkan 12 kematian dekat KM 223 Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang Ampat. Saya mula-mula tak tahu langsung tau cerita ni. Ye la, penat kerja kot, tak tahu langsung berita dunia. Esok tu, 11.10.10 saya kerja pagi. Semua staff dalam wad saya dok bercerita pasal kejadian ni. Terkejut gila saya dengar. Kemalangan berlaku petang Ahad. Peh, ngeri gila tengok gambar-gambar. Sedih gila~ Memang menyayat hati betul tengok gambar-gambar mayat. Tak tahu nak cakap apa, speechless~ Mangsa-mangsa kebanyakan dihantar ke GH melaka. Tempat saya ade 2 je orang admit.Private hospital katakan.Dalam wad saya ada 2 mangsa bas express cedera ringan. Ringan la sangat, patah tulang rusuk, tangan, lumbar fracture and so on. Chinese girl la, kesian diorang. Trauma gila diorang masa kitorang tanyer. uwaa~~ tak dapat nak bayangkan betapa tragisnya kejadian itu. Petang tu, ketua menteri datang kot dekat hospital nak melawat, tengok kejap je la menggedik~ sebab dah habis syif time tu. wooo~ Akhir kata, takziah buat mangsa dan keluarga mangsa~ Al Fatihah buat arwah Islam~

*rasa takut la pula nak naik bas lepas ni,
dulu ke hulu ke hilir naik bas ke KL,koh3~

Tuesday, October 5, 2010

Oh kerja, tolong saya~


Aloo~
ada sesape boleh bagi saya kerja?
bagitau saya yer!!!

Monday, October 4, 2010

Boringnya~

Hari ini cuti, tak keluar pun~
menghadap laptop buruk ni je,uwaa~
nak keluar pun dengan sapa?? 
mak ayah pun kerja
malam pun buat benda yang sama
menghadap laptop lagi
tap tap tap
menekan keyboard ini
.............