Showing posts with label karutan. Show all posts
Showing posts with label karutan. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Best ke hidup single ?



Hello blogger yang masih single macam gua !! Gua tak boleh tido la malam ni sebab dah terlajak tido petang tadi *menangis. Jadi gua pun ambil lah kesempatan ini untuk tulis entri.

hei pakwe kat luar sana, ngorat lah I. I single ni, ada sesiapa berminat ? lalalala ~ tak manis betol la intro gua LOL. Oke, gua main-main je oke. heh

Best ke hidup single ini ? memang best, duet save, top up 3 bulan sekali, tak serabut ,tak ada air mata, tak banyak drama, lakonan tak menjadi dan bla bla bla. Bila kapel mesti drama banyak kan, gaduh sane gaduh sini, haha.

Tapi kalau single lama-lama pun tak best juga kan ? Rasa macam loser je. *tak terasa tak terasa. o.O

P/S: uolls pula sampai bila pula nak hidup single ? *yang dah ada tu senyap je la heh

Wednesday, September 28, 2011

sadis

Kekadang kita rasa hidup ini macam tak adil
berat sebelah, kena tindas, kena buli, kena maki
hubungan dengan keluarga pula makin renggang dan tegang
bila start cakap terus rasa nak gaduh
dengan kawan pun macam tu juga
asal jumpa nak gaduh

pot pet pot pet pot pet
bukan tak nak terima atau dengar nasihat
cuma banyak sangat benda ada kat dalam kepala ni
SERABUT oke
 bagi ruang sikit boleh tak

kisah hidup agak menyedihkan
di pulau, di sisih, di pandang rendah
bukannya goyang kaki sahaja, ada usaha apa
pergi sana sini tanya bagai macam orang gila
nasib tak menyebelahi
sebab tak ada rezeki

Monday, September 19, 2011

Dear stalker ... p/s

  sumber gambar: pak cik gugel

Petang u oll ! kan gua dah cakap, gua mesti nak update lagi. Gua memang kepoh sket. Sket je tak banyak. Gua nak cakap pasal stalker stoking ni. hahaha. Stalker? tahu kan? siapa yang tak tahu memang tak urban langsung la. Pergi kemas baju balik kampung OK. *tetibe moody sambil korek hidung

OK. Alkisahnya.Ada lah sorang mamat ni. Gua kenal mamat ni . Kitorang kawan macam biasa. Then dia suka gua, but gua biasalah mestilah tak suka mamat tu. Gua tak layan sangat la. Then one day lepas dah bertahun-tahun, dia stalk gua. Guna number lain, menyamar jadi orang lain la. bla bla bla  Well, gua tak faham dengan dia ni. Baru-baru ni, dia asyik ganggu hidup gua. Gua tukar number, dia cari sampai dapat. Tak tahu la macam mana dia dapat kan. Tak dapat jumpa direct, guna orang lain. Kamon ! get a life la bro. Gua dah berterus terang dengan dia. But dia still tak faham. Gua anggap dia ada masalah mental. Harassment tau ! boleh kena saman ni. Tapi malas nak kecoh, so buat duno je la. Tetapi sampai sekarang keep koling, kaco, stalk FB gua. Gua lupe pula nak privatekan FB time tu. Lantas gua private FB gua. Banyak pic gua dalam tu. Omai ! *kipas-kipas. Mamat ni stalk dengan banyak cara *malas nak cerita

Bahaya la mamat ni. Lagi bahaya sebab mamat ni sekampung dengan gua. Omai ! Harap-harap dia lupakan gua.Jumpa kaunseling . Apa yang gua tak faham pasal dia, sepanjang 4-5 tahun, gua tak pernah layan dia. Apatah lagi jumpa. Tapi dia still mengharap dekat gua dan sangat obses dengan gua walaupun dah di explain x100 gua tak suka ! gua tak suka ! mental kan ? lol. Baru-baru ni mamat ni mesej gua dia kata nak masuk minang. Hey, I rela single daripada kene kahwin dengan mamat psycho freak ni. Karang boleh jadi isu domestic violence kalau gua accept mamat ni. I think this guy is mental. Part yang scary bila dia keep cari gua sampai dapat. Banyak lagi yang scary tapi malas nak cerita nanti jadi emo tak pasal-pasal.

So motif cerita ni ahhhhhhhhhhhh gua saje je nak cerita. Antara pengalaman kurang ngeri gua alami. kalau ada orang stalk u olls macam ni, apa u oll buat? tak kisah la yang kenal or stranger. ce citer ce citer ...


A New Beginning

Hello blogger ! wah lame gila gua tak online. Hampir setahun kot. Gila tipu aku ni ! Hari ini tetibe rasa nak online. Banyak masalah sejak beberapa bulan ni. Baru-baru ni gua memang depress. Dengan dukacitanya ingin memaklumakan bahawa gua tak dapat sambung belajar balik. Baru gaya nak sambung degree! Uwaaa ! kejamnya govern buat gua macam ni.ehem ehem ! Malas nak tunggu tahun depan. Lama sangat dah tunggu. Kerja je lah sampai ke tua.

Gua nak reset otak gua, nak buka cerita baru pula. Yang lepas tu lepas lah, tak boleh nak patah balik dah pun. dem ! its already too late to do that. Itu sahaja berita ringkas dari gua. heh ! Harap-harap gua kembali aktif berblogging lepas ni. Banyak benda nak cakap ni. See ya net time. ja neh o.O

Monday, March 7, 2011

Apa punya jawapan daaa~

Hello readers~ lama gua tak update ini blog. Rehat sejenak dari dunia blog. Ekeh keh~ Erm gua nak story la sikit masa gua jawab exam dulu tak ada lah gua jawab merapu-rapu jawapannya. Paling teruk pun gua tulis "MAAF, i 'm dumb" atau pun "saya tak tahu nak jawab apa" atau "saya tak sempat baca" atau pun sedapkan hati, tulis balik soalan tu dalam kertas jawapan. Ahah, kantoi la pula. OK la, gua mahu share seket gambar-gambar yang gua jumpa ni. Gua memang tak tahan gelak baca jawapan mereka ini. Memang sengal punya orang daa, ahaha~



 








 Gua amik dekat : 2leep.com

Friday, February 25, 2011

Aku dan biskut meri punya cerita


Sumber: ihsan dari pak cik Google


Suka makan biskut meri? pekena dengan air oren Ok juga kan, apa kejadah,keh3~ Masa kecil-kecil dulu gua suka makan biskut meri, kalau dapat satu bungkus makan sorang-sorang, tak nak bagi orang lain makan, nanti habis,kedekut betul, biskut meri je pun~

 Kezen gua amik tin biskut meri, pakat nak makan ramai-ramai sambil tengok TV. Makan punya makan, dah tinggal sikit, gua la makan tak henti-henti. gua ni pelahap, tak baca bismillah ler tu masa makan, tangan tu asyik nak masuk kat dalam tin je. Ambil satu dan satu lagi dan lagi dan tak henti-henti. Sedap sangat biskut meri tu, padahal rasa tak da benda. Erm akhirnya tinggal la sisa biskut meri tu, tetibe tak semena-menanya seekor cicak yang kacak rupanya berlari keluar dari tin tu.

BLURPP~ tersendawa gua tengok cicak tu keluar, gua rasa gua makan lebih setengah balang, adehh~ WTH cicak tu keluar di saat gua dah kenyang. Paiseh betul la cicak tu, kembang je rasa tekak gua. Kami saling berpandangan sesama sendiri, then gelak besar. Gua terkedu sebab gua makan banyak gila kot~ Belek punya belek tin tu, ada seekor lagi dalam balang tin tu, tapi dah tak bernyawa START dari kitorang makan rupa-rupanya, KENAPA tak cek awal-awal? Sebab mayat cicak tu ada kat dasar balang tin tu, HAHAHA~ fobia setahun tak makan biskut meri lepas itu, keh3~

Wednesday, February 23, 2011

Saya mahu belon BESAR punya!!!

Hello peeps~
Lu oll penah main tiup buih belon tak? pakai sabun tu~ BOO~ kalau tak pernah main, nampak sangat zaman kanak-kanak lu oll tak best,keh3~ OK2, berbalik kepada cerita, lu oll kenal tak Samsan Bubbleman, tak kenal pun~ Gua pun tak kenal juga, gua baru kenal, keh3~ Siapa beliau ni, nama pun "bubbleman", tiup buih belon la. Ini brader kan femes tau dalam industri belon,siap ada company tau, Bubble Inc. Hebat tau brader ni, dia tiup belon paling besar tau, sapa berani lawan? keh3~







wah~ hebatkan, macam mana boleh tiup sampai besar. Kata brader ni,biarlah rahsia,keh3~ Ada tekniknya, tapi gua tak tahu. Dia cuma bagi tau gua, dia guna sabun dengan air, keh3~ Selain itu, brader ni kata dia ada guna gula sket secukup rasa, glycerin, corn syrup, kacau hingga sebati. Lepas tu tiup la sampai kembung perut,keh3~ KATANYA la, gua jot down je ,hehehe~

Sumber: Bubbleman


Monday, February 21, 2011

Bantal itu sangat busuk tapi saya tak boleh tidur tanpa bantal busuk saya


Sumber: Ihsan dari Pok Cik Google

Bantal busuk?Smelly pillow, kata m-a-t salleh~ euwww~ apakah? Buat apa nak simpan bantal busuk kat bilik,ekeh keh~  buat naik bau yang tak menyenangkan je kan,bla bla bla~Ada orang kalau tak ada bantal busuk tak boleh tidur?Sejak dia lahir sampai ler ke kahwin tak basuh bantal? YE KE? Gua pakai cakap je,ekeh~ Bajet nak bantal busuk yang PURE punya, terbaek la konon.  Mitos betol la~ Apa? Adakah bantal busuk itu merangsang suatu hormon supaya boleh tidur? Wat the fish~ Siapa dalang yang wujudkan bantal busuk itu,gua mahu maki hamun dia, ekeh keh~ dulu gua pun ada juga, TIPU lah kalau gua kata gua tak pernah ada (nada mengada), paiseh kantoi sudah,bukak pekung di lubang hidung,ekeh keh~~Perempuan la suka ada bantal busuk ni kan, ikut kata hati gua la, laki-laki gua tarak tahu, mungkin lagi teruk dari kaum perempuan kot? Eheh~

Saturday, February 19, 2011

Saya suka bayang-bayang saya

Salam 1 Malaysia~
huh~~ 
korang tau kan apa itu bayang-bayang,jangan mengada nak rasa buku lima gua kalau kata tarak tahu,ekeh~ Orang sekarang ni bayang-bayang pun boleh buat seni kan,bayang sendiri, bukan ke benda ni dah lama,nampak sangat gua ketinggalan,huaaa~ OK, gua nak kongsi sket gambar-gambar yang awsome ini,mari kita saksikan,yabidabiduuuu~~








Sumber: Funzu.com

Wednesday, February 16, 2011

Serabut la otak aku

Salam satu malaysia
Di sini gua ingin mengambil kesempatan terhadap kamu semua, ekeh keh, gua gurau manja je, chillex OK~ Macam ini, gua nak bagi tau ni, follower gua dah mencecah 300 orang, satu penghargaan yang amat besar bagi gua.Melompat-lompat kegirangan seperti kanak-kanak terencat akal. Kecoh la gua ni, blogger lain follower 1 juta pun tak kecoh macam gua,kekekeh~ Ala, gua tahu la blog gua tak gempak macam blogger lain, santai dan besh yang amat. Tapi ada juga yer orang yang sudi follow blog gua, gua terharu (sambil mengesat mata yang tak basah)mengada. Beribu berjuta terima kasih kepada semua blogger di luar sana. Terima kasih lagi kepada follower yang 1,2,3,4.... dan seterusnya. Sayang kamu,eceh~ Tanpa kamu, tak adalah follower yang 300 ni yer. Harap lu oll terus sokong blog gua yang tak seberapa ni yer

Tanpa membuang masa lagi kerna masa itu emas, ikut ayat s-k-e-m-a, gua ingin memberikan tanda penghargaan kepada follower gua yang ke-300 ini. Follower 1,2,3,4...299,diharap jangan jeles. Diberi nama Aran, tengok muka nampak ganas,tengok hati gua tarak nampak,ekeh keh terima kasih kerana menjadi follower gua yang ke-300.  Gua tarak hadiah untuk diberi, cukuplah sekadar entri ini, OK~ tak puast hati cakap sekarang,ekeh keh~

Orite~ mari kita sama-sama terjah blog beliau ya. Blog beliau akuserabut ya, nampak serabut,ekeh keh~ gurau je, i like the header,s-m-a-r-t kot, entri pun besh-besh~ kepada blogger-blogger di luar sana,jangan malu jangan segan menerjah empunya blog ini yer. Tak nak cakap banyak-banyak,nanti gua terpesong dan mencarut,ekeh keh~Terima kasih atas sokongan anda~ Harap Aran baca entri yang direka khas untuk Aran ni tau. Keluar sebaldi peluh untuk gua menulis ini entri, ekeh keh~


THE END

Thursday, October 14, 2010

Tired

Baru balik dari kerja
letih yang amat
esok shift pagi
tak sukanya kerja pagi
otak serabut and mengantok
OK la~ nak tido~
simpan tenaga untuk esok,woo~

Tuesday, October 12, 2010

Sapa nak iphone 3G 16GB??


kad 
kahwin
Kad Kahwin


Yosh readers~
tadi ade singgah jap kat blog Dahlia
tengok contest ni macam menarik je,hee~
korang klik la gambar banner kat atas tu yer
sambil-sambil tu join la skali
Jom join ramai-ramai!!

Contest ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010

Tuesday, October 5, 2010

Oh kerja, tolong saya~


Aloo~
ada sesape boleh bagi saya kerja?
bagitau saya yer!!!

Monday, October 4, 2010

Boringnya~

Hari ini cuti, tak keluar pun~
menghadap laptop buruk ni je,uwaa~
nak keluar pun dengan sapa?? 
mak ayah pun kerja
malam pun buat benda yang sama
menghadap laptop lagi
tap tap tap
menekan keyboard ini
.............


Saturday, October 2, 2010

Masalah?

Masalah apa?
Aku tak boleh taip dalam laptop,asik loading tak abis2 kat new post tu
kenapa eh?
Sekarang ni pun taip guna mobile web
sangat sedih,sob3~

Thursday, September 30, 2010

100th

Salam readers, sebenarnya dah lama saya nak tulis entri ini. Disebabkan lappy saya buat hal, tak tahu apa masalah dengannya, saya kini menggunakan PC kat rumah saya pula. uwaa~ OK skip2~ saya bukannya nak cerita pasal lappy bengong saya ni,hua3~ entri kali ini saya nak cerita pasal follower saya sudah mencecah 100,yeah sangat hepi, mungkin orang lain lagi banyak dari saya, tapi saya rasa sangat gembira dengan pencapaian saya setakat ini,hehe~ Tak sangka ada juga orang yang sudi baca blog saya yang entah apa2 ni kan, terharu sungguh. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengikut2 saya, terima kasih,jasamu dikenang,wee~

So, di sini saya ingin memberikan tanda penghargaan kepada follower yang ke 100 ni. OK, jenguk la blog 


tahniah ya,wee~


Friday, September 17, 2010

S a r a w a k cont~


OK, hee~ nak sambung cerita pasal 'suka suki aku dan famili d Kuching Sarawak' entry 8 Jul lepas.Tekan ini untuk baca haa~ lama gila baru nak sambung balik cerita ni,hua3~ OK, last part yang saya cerita tu saya dah sampai airport, masa buat spot check dengan kastam, saya terbawak gunting la pula, tak pasal-pasal je kena rampas free,koh3~ sangat sedih time tu sebab gunting tu bukan gunting murah kot, setakat RM 1 ke apa kan. Uwaa~ 



Hurmm~ pastu tunggu la dekat tempat duduk kat situ sambil tunggu next flight. Dalam setengah jam la kitorang tunggu untuk naik flight, sangat suka. Gila gayat dok dalam pesawat itu, macam budak kecil, hua3~ Dah lama kot tak naik flight, bila tah last naik,hua3~ Erm, dalam flight apa lagi, kami semua tidur la sampai la ke destinasi. Sambil-sambil tu, amik gambar la, tak perluku jelaskan lagi, agagaga~


Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam setengah ke 2 jam gitu la kan. Time dah nak sampai baru la saya buka mata sambil melihat di luar cermin tingkap. Sangat cantik pemandangan di luar tingkap,hee~~


OK, finally saya berjaya menjejakkan kaki saya ke Sarawak untuk kali kedua haiyarrk~ OK, cerita sampai sini dulu yer, panjang sangat nak cerita. See you next post,hee~

~ to be continued again ~