YO ! gua nak sambung cerita lepas, tapi versi pendek
Oke, sesampainya kami di sebuah bagunan buruk macam kena tinggal, luar je buruk. Gua dibawa ke suatu tempat di mana semua orang kat dalam tu seolah olah macam dah kenal 10 tahun, ramah gila bagai. Dengan gua pun ramah gila, macam fake pun ada juga. No offense. Sila terasa. Gua layankan je la sebab tak tahu apa apa.
Gua ingat diorang cakap pasal pasal elife je then terkeluar satu ayat iaitu one community worldwide. Ingatkan produk semata tapi ada terselit bisnes. Jujur la gua cakap, gua tak kisah la kalau benda ni betul ke tipu ke itu terpulang kepada individu itu sendiri nak terima ke tidak terhadap komuniti ini dan produk. Tak payah nak panas bontot sangat bila gua macam mengelak. Itu hak gua.
Gua oke je bila diorang nak over explain kat gua dan repeat benda yang sama berulang kali. Tapi serious shit bosan tahu ? Mindset diorang macam sama je, cakap benda yang sama, pergi jumpa A cakap ini, jumpa B pun cakap ini dan berterusan. So gua macam malas je nak join. Masalahnya ialah si N and member member dia ni paksa gua cara halus suruh gua join dah gua terjoin tanpa sedar. Seriously what the fish. At least gua tak pokai in the end. Dan gua senyap tanpa berita. Pergi meninggal la siapa yang paksa
So dipendekkan lagi cerita, tak kisah la komuniti ni betul atau scam itu lantak la, whatever korang cakap gua ego ke, sebab orang macam gua la, kita tak maju ke. Kalau gua rasa benda tu bagus, korang tak ajak pun gua akan join. Tapi kalau dah desak desak paksa rela suruh gua amik cuti bagai semata mata untuk event berbayar pula tu gua memang pangkah la weh. Gua tak minat jadi usahawan, tak semestinya gua takkan berjaya seumur hidup kan ? Nak berjaya bukan satu cara je. Pilihan di tangan sendiri, I choose my way. Korang tak payah nak riak sangat dengan pangkat dan 4 flat bagai boleh ? Lagi satu, jangan gunakan mak ayah dan agama untuk pancing orang. Bullshit. Nak join, gua tak halang, pilihan di tangan anda, anda yang tentukan. Semua bidang ada risiko. peace !
No comments:
Post a Comment