Sunday, August 2, 2009
Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.
Susah Nak Tdo..
Lately, saya memang ada masalah dengan tido.. payah betul la saya nak lelap bila tibanya waktu malam, sampai kekadang saya rasa takot sekali bila tibanya waktu malam.. saya nie tak pun tido petang, tapi masih tak boleh nak tido jugak.. tensen2.. bukan saya sorang je dalam ahli keluarga saya macam ni tapi majoriti macam saya jugalah, baka yang sama.. Tapi saya rasa saya lagi teruk coz saya tak ganti balik tido itu, still terjaga macam biasa.. Kekadang tu saya penah tido 2 jam je 3 hari berturut2, atau pun tak tido langsung.. Esoknya, saya takda lah ngantuk sangat tapi still ada lah ngantuk tu.. Saya bengang gak.. member2 saya yang setiap hari tido petang okay je tido malam..awal lagi dari saya.. Biasanya kalau saya tido dalam pukul 3-4 pagi / 5-6 pagi..Itu kalau saya kat hostel.. Saya tak rasa ngantuk langsung.. Satu kelemahan saya - saya agak penakut, lepas tu susah nak tido malam..masalah betul, suka fikir bukan2.. Nak2 lagi tempat tinggal sekarang ni.. dah lah tempat baru, first batch yang pindah Puncak Alam.. Mak ai, minggu pertama tido 2-3 jam je..Tak tahu sebab apa, maybe sebab saya dah set mind takut ke tak ngantuk ke.. saya sendiri kurang pasti, lagi2 kalau terpandang kat tingkap itu,takot.. Ada gak terfikir nak makan ubat tido, tapi bila difikirkan banyak kesan kalau saya amik ubat tido ni.. Last2, dah 3 minggu saya macam nie, saya makan ubat batuk tanpa berfikir side effectnya.. hak3, sebab saya tak da cara, last choice.. ubat batuk kalau makn ngntuk, so saya makan lah.. hak3, tapi saya takda lah amik kerap.. ikut time r..Akhirnyam saya immune terhadap ubat batok,huh...
Lalalala~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula.
Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa
terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku
semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...