Monday, May 3, 2010

Hana Yori Dango Final 2008 (Movie)

okay, sekarang ada keluar cerita hana yori dango the movie atau pun yang final lah nak dikatakan lepas habis season 1 & season 2..

Jenis Film

Romance, Anime / Manga / Novel Adaption

Running time

131 minutes

Music by

Arashi

Aiko



Cast

# Inoue Mao as Makino Tsukushi
# Matsumoto Jun as Domyoji Tsukasa
# Oguri Shun as Hanazawa Rui
# Matsuda Shota as Nishikado Sojiro
# Abe Tsuyoshi as Mimasaka Akira
# Sato Megumi as Sanjo Sakurako
# Nishihara Aki as Matsuoka Yuki

Sinopsis...
Di sebuah hotel di Jepun, Tsukasa mengadakan sebuah konferensi mewah untuk mengumumkan ke seluruh dunia tentang Makino, yang kelakarnya Tsukasa letak gambar Makino yang kelakar di slide show. Setelah berita itu tersebar, Makino menjadi target berita television di Jepun.

Keluarga Makino dan Keluarga Doumyouji berkumpul bersama untuk memberikan hadiah pertunangan. Kaede, ibu Doumyouji yang pernah menentang hubungan mereka, menghadiahi Makino sebuah tiara senilai 10 billion yen sebagai bukti penerimaannya terhadap Makino, Tiara tersebut dinamai “Smile of Venus” sebuah aksesori yang sudah secara turun temurun dimiliki oleh generasi wanita yang ada di keluarga Doumyouji.

Malam itu, Makino mengagumi kilauan dari tiara tersebut termasuk keluarga Makino. Makino sekeluarga duduk di hotel serba mewah. malang tidak berbau, pada malam itu juga tetiba seorang lelaki bertopeng datang ke tempat mereka dan mengambil tiara itu dan melarikan diri. Tsukasa dan Makino terus mengejar lelaki itu tetapi lelaki itu berjaya melarikan diri.

Tsukasa dan Makino terpaksa mendapatkan kembali tiara itu sebelum perkahwinan mereka. Mereka menjelajah pelbagai tempat untuk mencari tiara itu.Apa sudah berlaku?? Siapa lelaki yang mencuri tiara itu?? Apa makna di sebalik kewujudan tiara itu?? Siapa dalang disebalik kejadian ini??