Wednesday, January 5, 2011

Kisah seram (^___^!)

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”tanya lelaki tu lagi.”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Kelas memandu punya hal


Huh~
Hari ini aku ingat nak pergi kelas memandu sebab aku dah tempah hari ini. Bapak aku yang dihormati yang hantar aku pagi ini. Aku keluar awal kot,pukul 7:30 pagi. Walhal start pukul 9pagi kononnyalah. Nasib la time aku sampai tu dah bukak. Takde la aku terkapai2 keseorangan kat pintu pagar itu,huaaaa~ (^_____^!)
8 lebih tu aku terus melangakahkan kakiku ke kaunter pertanyaan. Disebabkan time tu orang dah start datang. Pada mulanya, aku ingat tak ada orang sebab hari ini kan hari rabu, sekolah dah start, orang dah start semester baru kat IPT. Then, terfikir sebentar, ada ke tak orang ni, takut gak. Then aku ternampak sekelompok manusia, muka budak2 lagi. Ya, sah budak baru habis SPM, diorang je yang cuti time2 macam ni. Hak3~

Ehem, bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya. Lari topik sebentar. hak3~ Macam ni, aku pergi kaunter pertanyaan aku kata aku nak amik KPP. Then cik manis suroh aku pergi kaunter 8. Aku pergi la sana. Sesampainya aku di situ, akak yang masam itu bertanya padaku. 

" Kad pengenalan dik" sambil bertanya tanpa melihat mukaku yang comel ini (hak3~)
Aku pun keluarkan la IC aku dengan muka tak bersalah

"Dik, awak ni sebenarnya nak amik apa hari ini?" Dia bertanya
"Saya nak amik KPP la, bengkel. Saya dah tempah hari tu,semalam pun saya ada kol nak komfemkan" Aku jawab dengan selamba

"Tapi dik, awak dah lulus la. Awak dah amik masa 1/8/10 kan?"
"Ha,ye ke? Saya ada amik ke? Yang mana tu?" Aku bertanya

"Adalah dik, awak dah amik la. Awak biar betul." Dia jawab dengan serius sambil mengerutkan dahi sabil menaip2 keyboard PC itu.

Kemudian, klik dia datang tengok apa yang jadi dekat kaunter itu dan tanya kepada ku.

"Adik, sebelum ni awak pernah amik kan, awak nak amik bengkel 6 jam kan?" Akak no 2 bertanya

"Haah la, saya memang nak amik yang 6 jam tu. Kenapa? Salah ke?" Aku tanya was2

" Saya rasa akak yang sebelum ni salah bagi info kat awak kot,dia ingat awak kali pertama kot. Hari ini tak ada bengkel 6 jam tu. Hari ini cuma untuk yang pertama kali sahaja, awak kena amik next punya kelas" Akak 2 menjawab

Aku terpana sebentar,peh sangat la bengang. Sebab ini adalah kali kedua aku kena macam ini.

" So bila saya boleh amiknya??" AKu bertanya lagi dengan hati yang tidak puas

"Minggu ni tak ada bengkel tu, 13hb atau 15 hb ada. Adik nak bila?" DIa bertanya dengan muka tak bersalah
"Hemm~ saya amik yang 15hb tu la." Aku jawab dengan bengang.

"OK, sori yer dik" Dia menjawab
" Hemm, tak pe." Aku jawab balik (Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu)

" Dik,nak IC" Akak yang masam itu berkata. Tetiba dia senyum sebab tak nak aku marah. Peh~ sungguh sadis~~~

Aku ni dah ler susah nak dapat cuti. Almaklumlah aku dah kerja,bizi la weh. Dah 2 kali kot macam ni,asyik post pone je. Bukannya aku tak cakap betul2, korang yang tak tanya betul2. Aku jawab apa yang ditanya. Lain pula jadi pastu. Aku bukannya kerja situ, aku expect korang tahu la, habis tu buat apa aku menghabiskan kredit aku kol korang,huuaaa~Sadis betul.Kisah sebelum ni lain. Tapi aku malas nak story. Nasib la aku ni baik hati, kalau dapat customer yang fussy macam tempat aku kerja, memang cari nahas betul. Hahaha~ 
What ever la, aku malas nak fikir. 

Harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi yer!!