Wednesday, February 9, 2011

对不起,请问。。。??


Apa kejadah aku tengah cakap kat title aku tu?? Ahakz~
(ping yin) dui bu qi, qing wen....??
excuse me, tumpang tanya???

Eheh, berlagak seh perempuan ni cakap cina, macam dia sorang je,berlambak la orang boleh cakap bahasa asing,hua3~

Tak tak, macam ni~
everywhere i go, orang ingat aku cina,kah kah kah~ Ada ke??
Tapi kalau Melaka taklah, sebab melaka memang banyak cina, baba nyonya muka cina tak geti cakap cina and macam2 lagi. Insiden ini berlaku kalau aku pergi melepak kat tempat yang banyak melayu la, kat tempat aku kerja pun ada gak, aku pakai tudung apa, terang-terang weh, nko cakap cina dengan aku. Aku cakap dah tak pandai dah sebab aku tak praktikkan bahasa cina, setakat paham boleh la. Aku mana ada ramai kawan cina sekarang,time sekolah je.

 Konfiden je nko cakap bahasa nko dengan aku, pastu cakap
 "owh, sori i ingat you cina, sebab macam cina la". Amoi tu cakap

"isokay, ramai ingat macam tu" aku berkata dengan bangga sambil tersengih. Dalam hati aku, cina pakai tudung ke?? tergelak sendirian.
Banyak kejadian macam ni berlaku dekat aku, sangat kelakar tapi aku suka.. haha,what the heck??

Nasib baik aku paham tau diorang cakap apa, tak sia2 mak bapak aku hantar aku adik beradik pergi sekolah cina, at least paham la kan. 

Satu insiden yang tak boleh blah pasal ayah aku la. Muka bapak aku nampak Chinese sikit. So ada suatu hari tu, aku temankan ayah aku pergi bank, tapi aku duduk dalam kereta je la, malas aku nak ikut, setakat bank, lain la shopping baru ler aku ikut sekali, ahuhahuha~ pastu aku nampak la ada sorang amoi cina ni tengah promosikan barang ape tah,aku pun tak tahu. Ayah aku baru keluar dari bank tu nak balik ke kereta,pastu amoi tu pun dok promote barang (kalau tak silap air ape tah) dalam bahasa cina,aku dengar la sebab dekat je dengan aku. Amoi tu konfiden je cakap dalam bahasa dia, tetibe ayah aku pun balas amoi tu

"mei you mei you" ayah aku berkata kepada amoi itu

Muka amoi tu nampak pelik time tu, SEBAB ayah aku patut cakap "Bu yao bu yao", bukan "mei you" la. "Mei you" tu kan tak ada. "Bu yao" tu kan tak mahu. Ayah aku ni pun satu, konfiden cakap cina tapi tak tahu dia tengah cakap apa. Kelakar kot masa tu, aku dengan ayah aku tergelak sampai la sampai rumah. Aku cerita kat adik beradik aku, mak aku. Semua gelakkan ayah aku, gila kelakar time tu, paling tak boleh blah muka amoi tu berkerut,hahahaha~~


Student + Kerja = ??

Yosh Kamu semua~~
salam sejahtera yer,hee~


uhuk3~ Dua2 dah rasa, kehidupan student dan kehidupan masa berkerja
agak berlainan bergantung kepada situasi seseorang.
Pada gua, masa gua jadi student kan, gua stress dengan study la, of coz macam korang tak? kan kan kan? Tension dengan assignment, dengan member sekelas, serumah, konflik itu ini, benda remeh temeh yang tak ada penyelesaian, kalau boleh gua nak cepat tinggalkan kehidupan itu, tapi gua tak sedar betapa indahnya masa gua jadi student dulu, stressnya bese la, manusia mana tak pernah stress??

Pastu masa gua start bekerja for the first time
Apa perasaan gua? Melompat kegirangan pabila tibanya hujung bulan kerna ketika itu gaji masuk la weh,itu pun mau cakap kah,ahaha~ Tapi, stress lagi berganda berbanding masa jadi student. Gua kena deal dengan manusia2 yang perangai macam haram. DIULANGI macam haram, bukan nak kata gua baik, gua pun jahat gak, tapi agak2 la weh, di manakah budi bahasa anda?? Kata duduk Malaysia, apa orang kata , salam satu M'sia, apa2 la, gua tak amik pot la.. hua3~ Nak2 gua kerja medical line, so frustrated man~ Gua memang tak geti nak deal dengan manusia yang perangai pelik2, sebab gua tak pelik macam diorang,ahuhahuhahuha~ Semua kerja nko akan jumpa manusia perangai pelik punya, nko kena pandai handle la kan, tapi kalau setiap hari macam gini, mau taknya gua jadi gila tak pasal2. Nasib baik gua ada supporter dari famili, sedara mara gua,kalau tak gua tahu gua kat mana sekarang. ahuhahuha~ 

Hihi~
so gua plan sambung belajar la, nak tambah ilmu di dada,cewah. Otak dah karat kot walaupun i'm still young, tapi cepat lupa. Amnesia,OMG.. kecian perempuan ni,ahuha~

well, good luck to my self!! Ganbatte ne!! hee~
sekarang ni gua tengah menghabiskan beras mak bapak kat rumah,wooo~~

Romantic Princess~


Oyasumia minna~~
hehe~ tetibe bahasa jepang pula yang keluar~

Hari ni gua share sket cerita yang yang gua dah tengok ni ha, cerita siri taiwan ni ha,sangat rare for me to watch~ Terasa agak pelik juga la pabila tengok cerita taiwan, cuz gua selalu prefer jepun atau korea. Taiwan memang jarang sekali, pendek kata tak pernah,hua3~

Tetiba je gua terasa nak tengok cerita ni sebab ada kat dalam HD gua, bosan2 last2 habis gak cerita ni. Best juga la, tak tahu la korang pernah tengok ke tak, sebab gua baru tengok,hahahaha~

OK!! cukup la bebelan gua pada malam ini yer!! JOM usha cerita 'ROMANTIC PRINCESS" lakonan Wu Zhun dan Angela Chang. Gua suka tengok diorang berdua ini, sangat sepadan~~ jelesnyaaaaaa!!!!



Erm, gua nak start kat mana yer. herm~ macam ni ceritanya..
Cerita ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Xiau Mai (Angela Zhang) selalu berangan nak jadi kaya. Keluarganya bukanlah keluarga kaya dan hanya tinggal di sebuah apartmen lama. Setiap hari dia bekerja keras nak cari duit~


Suatu hari,Xiau Mai didatangi oleh sekumpulan orang berbaju hitam yang tak dikenali dan memberitahu Xiau Mai adalah cucu Huanh Fu Xiong, heiress sebuah syarikat. Bila bertanya kepada mak bapak dia, diorang kata diorang bela Xiau Mai masa bayi. Last2, Xiau Mai terpaksalah pindah ke rumah barunya. Kehidupanorang kaya tidaklah seindah yang disangkakan. Hari pertama dia pindah, Nan Feng Jin (Wu Chun ) ahli waris perusahaan menganggap Xiau Mai cuma perempuan materialistik yang mengejar harta keluarga mereka. Budak 2 orang ni memang selalu gaduh, ada je tak kena. SI Huang Fu,datuk kepada Xiau Mai, ataupun digelar Emp ingin menjodohkan mereka berdua ni. Dah lama sangat dok bersama, diorang berdua ni jatuh cinta la,macam tak tahu..hua3~

Si Nan Feng Jing ni pula tak mahu mewaris syarikat Huang Fu, tapi nak kerja sales man je. So,memang banyak konflik. hua3~ Xiau Mai terpaksa tinggak bersam 4 orang bakal pewaris syarikat Huang Pu ni.Setiap dari mereka semua karekter berlainan.. Nan Feng Jin (Wu Chun ) , Nan Feng Cai (Calvin Chen) , Nan Feng Lin (George Hu), Nan Feng Yin (Li Ang Lin)..






Hurm~ and the rest korang tengok la sendiri yer,, bikin suspen je.. hehe~