Apa kejadah aku tengah cakap kat title aku tu?? Ahakz~
(ping yin) dui bu qi, qing wen....??
excuse me, tumpang tanya???
Eheh, berlagak seh perempuan ni cakap cina, macam dia sorang je,berlambak la orang boleh cakap bahasa asing,hua3~
Tak tak, macam ni~
everywhere i go, orang ingat aku cina,kah kah kah~ Ada ke??
Tapi kalau Melaka taklah, sebab melaka memang banyak cina, baba nyonya muka cina tak geti cakap cina and macam2 lagi. Insiden ini berlaku kalau aku pergi melepak kat tempat yang banyak melayu la, kat tempat aku kerja pun ada gak, aku pakai tudung apa, terang-terang weh, nko cakap cina dengan aku. Aku cakap dah tak pandai dah sebab aku tak praktikkan bahasa cina, setakat paham boleh la. Aku mana ada ramai kawan cina sekarang,time sekolah je.
Konfiden je nko cakap bahasa nko dengan aku, pastu cakap
"owh, sori i ingat you cina, sebab macam cina la". Amoi tu cakap
"isokay, ramai ingat macam tu" aku berkata dengan bangga sambil tersengih. Dalam hati aku, cina pakai tudung ke?? tergelak sendirian.
Banyak kejadian macam ni berlaku dekat aku, sangat kelakar tapi aku suka.. haha,what the heck??
Nasib baik aku paham tau diorang cakap apa, tak sia2 mak bapak aku hantar aku adik beradik pergi sekolah cina, at least paham la kan.
Satu insiden yang tak boleh blah pasal ayah aku la. Muka bapak aku nampak Chinese sikit. So ada suatu hari tu, aku temankan ayah aku pergi bank, tapi aku duduk dalam kereta je la, malas aku nak ikut, setakat bank, lain la shopping baru ler aku ikut sekali, ahuhahuha~ pastu aku nampak la ada sorang amoi cina ni tengah promosikan barang ape tah,aku pun tak tahu. Ayah aku baru keluar dari bank tu nak balik ke kereta,pastu amoi tu pun dok promote barang (kalau tak silap air ape tah) dalam bahasa cina,aku dengar la sebab dekat je dengan aku. Amoi tu konfiden je cakap dalam bahasa dia, tetibe ayah aku pun balas amoi tu
"mei you mei you" ayah aku berkata kepada amoi itu
Muka amoi tu nampak pelik time tu, SEBAB ayah aku patut cakap "Bu yao bu yao", bukan "mei you" la. "Mei you" tu kan tak ada. "Bu yao" tu kan tak mahu. Ayah aku ni pun satu, konfiden cakap cina tapi tak tahu dia tengah cakap apa. Kelakar kot masa tu, aku dengan ayah aku tergelak sampai la sampai rumah. Aku cerita kat adik beradik aku, mak aku. Semua gelakkan ayah aku, gila kelakar time tu, paling tak boleh blah muka amoi tu berkerut,hahahaha~~
2 comments:
kak munna berangan nak belajar cakap cina... tapi 1 -10 dln bahas cina pun tak pandai nak sebut.. berangan je lah
hehe~
xpe kak, cakap cincai2 pun xpe,hehe
Post a Comment