Tuesday, September 28, 2010

Penat jer besiap Malu~



Pagi-pagi buta saya sudah bangun dalam pukul 6 tepat tadi, selalunya saya bangun pukul 6 lebih. Tapi bila difikirkan baju kerja yang tak gosok lagi dan barang-barang tak siap kemas lagi, saya pun bangun la cepat-cepat,takut nanti jadi kelam kebut pula nanti. Hurm~ pastu macam biasa la, saya mandi then pergi solat pastu gosok baju dengan cepat. Esok kononnya cuti, so saya pun kemas bag pack saya, yang penting lappy kena bawa(hua3)~ Pastu kemas tu, saya pun siapkan diri semua, pakai bedak semua,bersiap dengan uniform, then time tu dah pukul 6:25. Selalunya pak cik yang amik kitorang pergi kerja tu datang dalam pukul 6:35-6:40 la. Masuk shitf 7-2pm. Hurm~ ingat nak call ayah atau ibu amik saya hari ini dekat tempat kerja sebab esok cuti kan. OK, pastu saya pun pergi amik jadual kerja saya dekat bawah bantal saya sebab nak tengok bila saya start kerja malam, then saya tengok tarikh hari ini, iaitu 28/9/10,tertulis di situ DO (day off). hua3~ rupa-rupanya saya cuti hari ini, ingat saya cuti esok. podah~ Kalau saya tau saya cuti hari ini, hari ini saya dekat rumah la,tapi sekarang saya kat rumah sewa pula. alalalalala~~~ sangat benci,kenapalah saya tak tengok jadual tu betul-betul. Nasib baik saya tengok jadual itu sekarang, kalau saya tengok masa saya dah sampai tempat kerja, mesti malu gila,kena gelak dengan member sekerja,hua3~ Member saya yang nak pergi kerja pagi tadi pun tergelak bila tahu yang saya hari ini cuti. Dia kata "tu la ko, hahaha~ tak pe la,ko pergi la sambung tidur." Ceh, malas la nak sambung tidur, tak ngantuk dah, so saya pun continue online.wee~