Showing posts with label Bebelan. Show all posts
Showing posts with label Bebelan. Show all posts

Friday, November 4, 2011

stress itu perlu ke ?


S-T-R-E-S-S !! perlu ke ada perkataan tu dalam kamus hidup kita ? oke oke stress tu sebenarnya mengajar kita macam mana kita nak handle suatu keadaan, ya tengok keupayaan kita sama ada kita boleh selesaikan suatu masalah atau tidak. Bagi gua, stress itu perlu, kalau tak ada stress dalam kehidupan agak aneh bukan ? sedikit sebanyak dapat pupuk sifat sabar dan tabah dalam perut gua. lol

So kalau korang stress, pergi tidur yakni mujarab lalala

Monday, October 3, 2011

Best ke hidup single ?



Hello blogger yang masih single macam gua !! Gua tak boleh tido la malam ni sebab dah terlajak tido petang tadi *menangis. Jadi gua pun ambil lah kesempatan ini untuk tulis entri.

hei pakwe kat luar sana, ngorat lah I. I single ni, ada sesiapa berminat ? lalalala ~ tak manis betol la intro gua LOL. Oke, gua main-main je oke. heh

Best ke hidup single ini ? memang best, duet save, top up 3 bulan sekali, tak serabut ,tak ada air mata, tak banyak drama, lakonan tak menjadi dan bla bla bla. Bila kapel mesti drama banyak kan, gaduh sane gaduh sini, haha.

Tapi kalau single lama-lama pun tak best juga kan ? Rasa macam loser je. *tak terasa tak terasa. o.O

P/S: uolls pula sampai bila pula nak hidup single ? *yang dah ada tu senyap je la heh

Wednesday, September 28, 2011

sadis

Kekadang kita rasa hidup ini macam tak adil
berat sebelah, kena tindas, kena buli, kena maki
hubungan dengan keluarga pula makin renggang dan tegang
bila start cakap terus rasa nak gaduh
dengan kawan pun macam tu juga
asal jumpa nak gaduh

pot pet pot pet pot pet
bukan tak nak terima atau dengar nasihat
cuma banyak sangat benda ada kat dalam kepala ni
SERABUT oke
 bagi ruang sikit boleh tak

kisah hidup agak menyedihkan
di pulau, di sisih, di pandang rendah
bukannya goyang kaki sahaja, ada usaha apa
pergi sana sini tanya bagai macam orang gila
nasib tak menyebelahi
sebab tak ada rezeki

Monday, September 19, 2011

Dear stalker ... p/s

  sumber gambar: pak cik gugel

Petang u oll ! kan gua dah cakap, gua mesti nak update lagi. Gua memang kepoh sket. Sket je tak banyak. Gua nak cakap pasal stalker stoking ni. hahaha. Stalker? tahu kan? siapa yang tak tahu memang tak urban langsung la. Pergi kemas baju balik kampung OK. *tetibe moody sambil korek hidung

OK. Alkisahnya.Ada lah sorang mamat ni. Gua kenal mamat ni . Kitorang kawan macam biasa. Then dia suka gua, but gua biasalah mestilah tak suka mamat tu. Gua tak layan sangat la. Then one day lepas dah bertahun-tahun, dia stalk gua. Guna number lain, menyamar jadi orang lain la. bla bla bla  Well, gua tak faham dengan dia ni. Baru-baru ni, dia asyik ganggu hidup gua. Gua tukar number, dia cari sampai dapat. Tak tahu la macam mana dia dapat kan. Tak dapat jumpa direct, guna orang lain. Kamon ! get a life la bro. Gua dah berterus terang dengan dia. But dia still tak faham. Gua anggap dia ada masalah mental. Harassment tau ! boleh kena saman ni. Tapi malas nak kecoh, so buat duno je la. Tetapi sampai sekarang keep koling, kaco, stalk FB gua. Gua lupe pula nak privatekan FB time tu. Lantas gua private FB gua. Banyak pic gua dalam tu. Omai ! *kipas-kipas. Mamat ni stalk dengan banyak cara *malas nak cerita

Bahaya la mamat ni. Lagi bahaya sebab mamat ni sekampung dengan gua. Omai ! Harap-harap dia lupakan gua.Jumpa kaunseling . Apa yang gua tak faham pasal dia, sepanjang 4-5 tahun, gua tak pernah layan dia. Apatah lagi jumpa. Tapi dia still mengharap dekat gua dan sangat obses dengan gua walaupun dah di explain x100 gua tak suka ! gua tak suka ! mental kan ? lol. Baru-baru ni mamat ni mesej gua dia kata nak masuk minang. Hey, I rela single daripada kene kahwin dengan mamat psycho freak ni. Karang boleh jadi isu domestic violence kalau gua accept mamat ni. I think this guy is mental. Part yang scary bila dia keep cari gua sampai dapat. Banyak lagi yang scary tapi malas nak cerita nanti jadi emo tak pasal-pasal.

So motif cerita ni ahhhhhhhhhhhh gua saje je nak cerita. Antara pengalaman kurang ngeri gua alami. kalau ada orang stalk u olls macam ni, apa u oll buat? tak kisah la yang kenal or stranger. ce citer ce citer ...


A New Beginning

Hello blogger ! wah lame gila gua tak online. Hampir setahun kot. Gila tipu aku ni ! Hari ini tetibe rasa nak online. Banyak masalah sejak beberapa bulan ni. Baru-baru ni gua memang depress. Dengan dukacitanya ingin memaklumakan bahawa gua tak dapat sambung belajar balik. Baru gaya nak sambung degree! Uwaaa ! kejamnya govern buat gua macam ni.ehem ehem ! Malas nak tunggu tahun depan. Lama sangat dah tunggu. Kerja je lah sampai ke tua.

Gua nak reset otak gua, nak buka cerita baru pula. Yang lepas tu lepas lah, tak boleh nak patah balik dah pun. dem ! its already too late to do that. Itu sahaja berita ringkas dari gua. heh ! Harap-harap gua kembali aktif berblogging lepas ni. Banyak benda nak cakap ni. See ya net time. ja neh o.O

Saturday, July 9, 2011

Bersih 9/7/2011

BERSIH!! Jom bersihkan bilik gua yang semak dengan habuk-habuk berkeliaran ni wakaka! Esok mesti ramai duduk rumah je sebab sesi bersih-bersih dijalankan kan kan?


Apa-apa pun harap-harap rancangan bersih 2.0 ni berjalan dengan aman la yer!! Peace no war!!


Saya sayang negara saya! 

Friday, April 1, 2011

Kuku aku panjang, kuku kau pendek.

sumber gambar: curi google

Salam gentle readers
Masa gua sekolah rendah dulu kan, gua selalu terfikir. Kenapa kuku gua panjang? Orang lain punya tak sama macam gua. Kuku diorang bulat-bulat comel. Cikgu gua dulu suka rotan gua sebab kuku gua panjang. Kadang-kadang gua tak paham, apa salah gua,nante? Gua dah potong sependek mungkin.

Kuku gua secara semula jadi jenis kuku gelas.Cikgu gua pula jenis suka suruh gua ketip kuku sampai pendek sampai gua tak boleh nak bukak jari-jari gua ni, ngilu kot, peh sakit jangan cakap la. Kuku gelas bagi potong sama pendek dengan kuku cawan, dem ngilu beb. Gua  Bila gua dah matang (ehem-ehem), orang kata kuku gelas itu cantik jarinya (tersenyum bangga). Tak adalah bangga, cuma teringat pula kejadian ni masa gua kecik-kecik dulu. Kenapa kuku gua tak sama macam orang lain, hua3~

Friday, February 25, 2011

Aku dan biskut meri punya cerita


Sumber: ihsan dari pak cik Google


Suka makan biskut meri? pekena dengan air oren Ok juga kan, apa kejadah,keh3~ Masa kecil-kecil dulu gua suka makan biskut meri, kalau dapat satu bungkus makan sorang-sorang, tak nak bagi orang lain makan, nanti habis,kedekut betul, biskut meri je pun~

 Kezen gua amik tin biskut meri, pakat nak makan ramai-ramai sambil tengok TV. Makan punya makan, dah tinggal sikit, gua la makan tak henti-henti. gua ni pelahap, tak baca bismillah ler tu masa makan, tangan tu asyik nak masuk kat dalam tin je. Ambil satu dan satu lagi dan lagi dan tak henti-henti. Sedap sangat biskut meri tu, padahal rasa tak da benda. Erm akhirnya tinggal la sisa biskut meri tu, tetibe tak semena-menanya seekor cicak yang kacak rupanya berlari keluar dari tin tu.

BLURPP~ tersendawa gua tengok cicak tu keluar, gua rasa gua makan lebih setengah balang, adehh~ WTH cicak tu keluar di saat gua dah kenyang. Paiseh betul la cicak tu, kembang je rasa tekak gua. Kami saling berpandangan sesama sendiri, then gelak besar. Gua terkedu sebab gua makan banyak gila kot~ Belek punya belek tin tu, ada seekor lagi dalam balang tin tu, tapi dah tak bernyawa START dari kitorang makan rupa-rupanya, KENAPA tak cek awal-awal? Sebab mayat cicak tu ada kat dasar balang tin tu, HAHAHA~ fobia setahun tak makan biskut meri lepas itu, keh3~

Wednesday, February 23, 2011

Saya mahu belon BESAR punya!!!

Hello peeps~
Lu oll penah main tiup buih belon tak? pakai sabun tu~ BOO~ kalau tak pernah main, nampak sangat zaman kanak-kanak lu oll tak best,keh3~ OK2, berbalik kepada cerita, lu oll kenal tak Samsan Bubbleman, tak kenal pun~ Gua pun tak kenal juga, gua baru kenal, keh3~ Siapa beliau ni, nama pun "bubbleman", tiup buih belon la. Ini brader kan femes tau dalam industri belon,siap ada company tau, Bubble Inc. Hebat tau brader ni, dia tiup belon paling besar tau, sapa berani lawan? keh3~







wah~ hebatkan, macam mana boleh tiup sampai besar. Kata brader ni,biarlah rahsia,keh3~ Ada tekniknya, tapi gua tak tahu. Dia cuma bagi tau gua, dia guna sabun dengan air, keh3~ Selain itu, brader ni kata dia ada guna gula sket secukup rasa, glycerin, corn syrup, kacau hingga sebati. Lepas tu tiup la sampai kembung perut,keh3~ KATANYA la, gua jot down je ,hehehe~

Sumber: Bubbleman


Monday, February 21, 2011

Bantal itu sangat busuk tapi saya tak boleh tidur tanpa bantal busuk saya


Sumber: Ihsan dari Pok Cik Google

Bantal busuk?Smelly pillow, kata m-a-t salleh~ euwww~ apakah? Buat apa nak simpan bantal busuk kat bilik,ekeh keh~  buat naik bau yang tak menyenangkan je kan,bla bla bla~Ada orang kalau tak ada bantal busuk tak boleh tidur?Sejak dia lahir sampai ler ke kahwin tak basuh bantal? YE KE? Gua pakai cakap je,ekeh~ Bajet nak bantal busuk yang PURE punya, terbaek la konon.  Mitos betol la~ Apa? Adakah bantal busuk itu merangsang suatu hormon supaya boleh tidur? Wat the fish~ Siapa dalang yang wujudkan bantal busuk itu,gua mahu maki hamun dia, ekeh keh~ dulu gua pun ada juga, TIPU lah kalau gua kata gua tak pernah ada (nada mengada), paiseh kantoi sudah,bukak pekung di lubang hidung,ekeh keh~~Perempuan la suka ada bantal busuk ni kan, ikut kata hati gua la, laki-laki gua tarak tahu, mungkin lagi teruk dari kaum perempuan kot? Eheh~

Thursday, January 20, 2011

I'm sick

Oyasumi minna~~
Hari ini gua tak bape sihat ohh~
diserang demam, selsema, sakit tekak~
satu hari gua tido saja~

harap2 cepat sembuh
wuuu~~

Tuesday, January 11, 2011

Adapter punya hal

Yuhuu~
Sapa di sana?
hehe~~

.
.
.

Lama tak update, adapter laptop gua rosak. Macam siot je, gua rasa bagai nak gila tak dapat online tau. Walaupun gua tak update blog, tapi gua update FB daily OK,hehe~ 
Ada apa dengan adaptor?
 Beberapa hari yang lepas, tak ingat berapa hari sudah~~ seingat gua time tu gua keje malam, gua bawak lappy gua ke tempat kerja. WAJIB bawak weh, gua tak boleh tidur time duty, so gua online la time malam kan. 

Nak jadikan cerita, bateri laptop gua low, so gua nak pergi charge la, gua pasang tapi tak bernyala, pelbagai perasaan tersarang di hati, pelik, resah, kesah and etc. Pehal tak bernyala pula ni, rosak apa?? Gua pergi cek plug suis tu, try letak benda lain, OK saja. Dalam hati gua, arggh sudah, ni baru first night, laptop gua buat hal, gua ada 3 malam lagi la weh.. Walaweyhhhh!!! Takkan gua nak terpacak tengok orang je 4 malam ni, time tu baru pukul 2 pagi, peh~ Gua tak mengantuk. sebab gua dah melantak membuta petang tadi. Lebih dari bayi kecil yang tidur berapa jam erk, gua dah lupa ar.. haha~~

************

So,akhirnya~~
Gua pasrah dengan adaptor गुआ yang macam haram ni, 4 malam gua kerja tanpa lappy. Bapak bosan, gua pandang patient, patient pandang gua. Siyez, BOSAN~  Then akhirnya, malam ke 4, gua night off la 3 hari. Apa tah gua buat dalam 3 hari tu, yang pasti gua tak sempat nak pergi belik charger baru. 

Last2, bapak gua bawak gua pergi salah satu kedai komputer yang agak femes kat melaka ni. Femes la sangat kononnya, sebab banyak gadget kat situ, tak pernah tak ada pengunjung,padahal tak beli benda, hehe~ Gua pergi la tanya apek kat situ

"Helo, excuse me,nak tanya~ Kat sini ada jual adapter laptop tak?" Gua bertanya
" Ada. U pakai apa laptop apa? Ada bawak?" Apek tu tanya balik

"Ada, tapi dalam kereta, ,mau tengok?" Gua tanya
"Erm ye la" Apek tu jawab balik

Gua pun bergegas ke parking kereta ambil bag lappy gua.
"Ni ha. Dah rosak la adapter ni." Gua berkata

" U pasti adapter U yang rosak? Atau laptop rosak?" Apek bertanya
"Ye la, saya dah try banyak kali la, laptop boleh pakai, adapter je hampeh" Gua menjawab

"Tunggu sekejap ah, I cuba test adapter untuk laptop ini." Apek berkata
"OK" Gua jawab sambil membelek2 optical mouse kat situ, mouse gua rosak, macam haram,hehe


5 minit kemudian

******************************************

"Moi, sini kejap tengok" apek tu memanggilku

"Erm, kenapa??" Gua bertanya hairan

"I dah try adaptor baru ni, tapi still tak boleh guna la, I rasa laptop U pun ada masalah la" Apek tu berkata

"Ye ke, semalam guna member punya adapter OK je, nape pula rosak? Biar betul?" Gua jawab dengan rosak

"U tengok sendiri, tak bernyala,ada masalah la" Apek berkata

"habis tu, macam mana? kena repair ke? Gua bertanya

"Ye, U kena pergi itu service centre repair, sini tak repair." Apek berkata

"Hah, ye ke?? Mak ai..." Gua jawab dengan kecewa

Panjang lagi sebenarnya perbualan gua dengan dia. Tapi dipendekkan cerita, apek tu kata tak boleh baiki,kena pegi tempat lain, habis kedai tu buat apa je?? pelik dan hairan gua.??

Sesampainya gua kat rumah sewa, gua dengan सेपंतास elektrik meminjam adaptor member gua kejap. Tup Tup~~ boleh guna la weh... tak guna punya apek, dia punya adaptor yang tak sesuai ngan lappy gua, dia kata lappy gua rosak, macam haram.. walaweyhhh~~

So gua kena la pergi cari kat kedai yang ada jual adaptor yang sesuai dengan lappy gua. Cuma gua tak ada masa, akibat kerja. Tengah cari masa la ni bila gua nak pergi,koh3~

baru sebentar tadi gua pergi kedai PC, still tak ada, sebab dah malam. Banyak yang dah tutup,tunggu esok pula la..

OK, itu sahaja untuk hari ini.~~ hihi~

Sekarang ni gua kat rumah mak bapak kejap, guna desktop. Baik punya~~ wooo~~

Wednesday, January 5, 2011

Kelas memandu punya hal


Huh~
Hari ini aku ingat nak pergi kelas memandu sebab aku dah tempah hari ini. Bapak aku yang dihormati yang hantar aku pagi ini. Aku keluar awal kot,pukul 7:30 pagi. Walhal start pukul 9pagi kononnyalah. Nasib la time aku sampai tu dah bukak. Takde la aku terkapai2 keseorangan kat pintu pagar itu,huaaaa~ (^_____^!)
8 lebih tu aku terus melangakahkan kakiku ke kaunter pertanyaan. Disebabkan time tu orang dah start datang. Pada mulanya, aku ingat tak ada orang sebab hari ini kan hari rabu, sekolah dah start, orang dah start semester baru kat IPT. Then, terfikir sebentar, ada ke tak orang ni, takut gak. Then aku ternampak sekelompok manusia, muka budak2 lagi. Ya, sah budak baru habis SPM, diorang je yang cuti time2 macam ni. Hak3~

Ehem, bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya. Lari topik sebentar. hak3~ Macam ni, aku pergi kaunter pertanyaan aku kata aku nak amik KPP. Then cik manis suroh aku pergi kaunter 8. Aku pergi la sana. Sesampainya aku di situ, akak yang masam itu bertanya padaku. 

" Kad pengenalan dik" sambil bertanya tanpa melihat mukaku yang comel ini (hak3~)
Aku pun keluarkan la IC aku dengan muka tak bersalah

"Dik, awak ni sebenarnya nak amik apa hari ini?" Dia bertanya
"Saya nak amik KPP la, bengkel. Saya dah tempah hari tu,semalam pun saya ada kol nak komfemkan" Aku jawab dengan selamba

"Tapi dik, awak dah lulus la. Awak dah amik masa 1/8/10 kan?"
"Ha,ye ke? Saya ada amik ke? Yang mana tu?" Aku bertanya

"Adalah dik, awak dah amik la. Awak biar betul." Dia jawab dengan serius sambil mengerutkan dahi sabil menaip2 keyboard PC itu.

Kemudian, klik dia datang tengok apa yang jadi dekat kaunter itu dan tanya kepada ku.

"Adik, sebelum ni awak pernah amik kan, awak nak amik bengkel 6 jam kan?" Akak no 2 bertanya

"Haah la, saya memang nak amik yang 6 jam tu. Kenapa? Salah ke?" Aku tanya was2

" Saya rasa akak yang sebelum ni salah bagi info kat awak kot,dia ingat awak kali pertama kot. Hari ini tak ada bengkel 6 jam tu. Hari ini cuma untuk yang pertama kali sahaja, awak kena amik next punya kelas" Akak 2 menjawab

Aku terpana sebentar,peh sangat la bengang. Sebab ini adalah kali kedua aku kena macam ini.

" So bila saya boleh amiknya??" AKu bertanya lagi dengan hati yang tidak puas

"Minggu ni tak ada bengkel tu, 13hb atau 15 hb ada. Adik nak bila?" DIa bertanya dengan muka tak bersalah
"Hemm~ saya amik yang 15hb tu la." Aku jawab dengan bengang.

"OK, sori yer dik" Dia menjawab
" Hemm, tak pe." Aku jawab balik (Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu)

" Dik,nak IC" Akak yang masam itu berkata. Tetiba dia senyum sebab tak nak aku marah. Peh~ sungguh sadis~~~

Aku ni dah ler susah nak dapat cuti. Almaklumlah aku dah kerja,bizi la weh. Dah 2 kali kot macam ni,asyik post pone je. Bukannya aku tak cakap betul2, korang yang tak tanya betul2. Aku jawab apa yang ditanya. Lain pula jadi pastu. Aku bukannya kerja situ, aku expect korang tahu la, habis tu buat apa aku menghabiskan kredit aku kol korang,huuaaa~Sadis betul.Kisah sebelum ni lain. Tapi aku malas nak story. Nasib la aku ni baik hati, kalau dapat customer yang fussy macam tempat aku kerja, memang cari nahas betul. Hahaha~ 
What ever la, aku malas nak fikir. 

Harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi yer!!

Tuesday, January 4, 2011

Patut ke?

Patut ke seseorang itu dimalukan depan orang lain? Walaupun tentang hal kecil? Tak patut,tak patut
Bagi aku, memang tak patut. Macam mengaibkan orang~ Macam orang tu perfect sangat, sedarlah diri itu wahai kamu dan kamu~ Kesalahan orang lain nampak saja, kesalahan sendiri macam invisible pula. Trend orang sekarang la ni,ahakz~

Sound menyound ni bagi aku tak bapa elok kalau tengking2, macam bangang je. Tegur baik2 tak boleh ke, guna ayat-ayat yang membina, bukan yang menghina. Tu pun tak boleh bezakan ke? Balik tadika la wehhh!!
Terutama orang yang pangkat 'baik' punya, mereka2 ini memang suka malukan orang lain depan orang lain seperti "Bodoh la U ni, where's your brain?" dan sebagainya, macam korang tak pernah alami situasi begini kan,aku pun penah~ Sinis saja dengar sindiran mereka2 ini,telan air liur. Ahuha~

How to prevent? Erm, ko lawan je cakap mereka2 ini,tak pun ko bunuh je,senang cerita. Aha,ajaran sesat dari aku,kidding!! Ala, ko pertahankan la diri ko, kalau ko diam je. Lagi la diorang suka,hee~

Macam aku, aku cakap SO WHAT!!
hehe~

Wednesday, December 29, 2010

Malu punya hal

Gua teringat masa gua freshie lagi, time tu gua semester 1~ 
Tempat kejadian:Di kampus UiTM - ada la kawasan tu
MasaPagi (waktu rehat)

Cet~ Apahal tetibe gua nak story benda yang buat gua malu satu hari~ macam haram~ Ehem2, gua cuma nak cerita pengalaman gua,hua3~

Dipendekkan cerita, time tu gua baru habis kelas anatomy. Time tu dalam pukul 10 lebih la, waktu tu tengah rehat la. Gila apa kelas start pukul 8 habis pukul 12, terjun gua dari tingkat 4 tu kang,koh3~ Otak gua pun tengah benak time tu, oksigen kurang, makanan dalam fikiran~

So, gua dengan member2 gua pergi la turun jap,kononnya nak pergi isi perut dekat kafe, perut gua lapar kot~ Kebetulan,semua rehat pula time tu,ramai yang baru keluar dari kelas dan terhegeh2 nak pergi makan juga~ buat menyemak je,huu~ 

Tak silap gua hari itu hari isnin, so kena pakai baju kurung la. Pada ketika itu, mak cik cleaner sedang mencuci lantai dengan selamba padahal orang lalu lalang kat situ pijak je lantai tu, gua nak je cakap " oh mak cik, buat susah je cuci lantai tu, orang pijak gak,koh3~ " Gua kesian kat mak cik tu tapi apakan daya hati kecil gua berbisik lantak ko la,koh3~

Tengah bebel sorang2 tu, gua ditinggalkan member gua,macam haram~ Sampai hati mereka,uwaaaa~ Gua menangis dalam hati.Diorang semua jalan cepat macam watson nyambek,lari ke apa~ Gua pula jalan terhegeh2 macam mak nenek, pastu gua jerit kat diorang

"Oi, tunggu la aku. Cepat sangat la korang jalan". Gua berkata

"Filza, ko ni lambat la~ Cepat sikit,ramai ni" .Member menjawab

" Ye la ye la, aku datang la ni" Gua menjawab balik

Then, apa lagi time tu kan lantai tengah licin




**********


Korang paham2 je la apa berlaku, gua berlari macam gua tengah menggelongsor kat atas lantai tu,rasa macam puteri ais skate kat atas lantai berais tu, dengan baju kurung nya, terselak pula tu,macam haram~ Budak2 kat blok atas boleh tengok je gua kat bawah ni,malu  gila time tu, mana gua nak letak muka aku yang comel lagi suci ini,ahah~ Rasa macam nak pergi terjun bangunan je time tu,arghhhhhhhh~ Betapa jatuhnya maruah gua ketika itu.

Member gua boleh gelakkan gua, macam haram~ Bukan nak tolong papah gua ke, tolong gelak, macam siot~ Pastu, gua pun teraba2 kat lantai, bangun perlahan2, terpinga2 gua berjalan masuk tandas, rasa tak nak keluar dari bilik air, malu nyah~ Semua tengok gua , wah~~ Gua rasa gua macam artis yang tak femes.

In the end, gua tak jadi makan sebab malu,ikut perut la sampai balik umah,haha~ tak boleh nak cover ayu lagi,koh3~

Tuesday, December 28, 2010

Duit mengalir macam air~

Baru2 ni gua pergi shopping dengan adik gua. Erm bapak gua hantar, sebab gua tak reti bawak kereta (*sigh). Saja nak pergi jalan2, hilangkan bosan. Asyik duduk rumah je, bosan gila~ 

Time tu gua tengah pokai, tapi belanja sakan macam orang baru masuk gaji. Peh, memang membazir betul. Banyak gak barang gua beli hari itu. Banyak benda yang tak penting,hua3~ Itulah perempuan, nafsu tak dapat dikawal, itu nak ini nak. haha~

Gua beli majalah, buku,syampoo, berus gigi, apa tah lagi gua beli sampai beratus gua guna. Then, gua beli supplement la kononnya, ahah~ blackmore pula tu. hampir seratus gua beli satu botol tu. Wah, gua memang banyak membazir. Ahaha~ tapi gua makan tau vitamin tu, is a must leh.. hee~

Omega Memo

Monday, December 13, 2010

Inilah dugaan



Ehem2, sekarang ni otak gua sudah waras sedikit, fikiran gua pun agak tenang~ baru la boleh story mory,wee~~

DUGAAN
Dalam hidup ini bermacam2 dugaan kita hadapi
kadang2 orang tengok kita gembira, padahal ada banyak masalah yang perlu diselesaikan
Bila tengah susah, orang sekeliling haruslah membantu
bukannya buat kita jadi lagi buntu
ye la, no one perfect ma
bukan semua orang sempurna
semua orang buat kesilapan
walaupun sekali dalam hidup


Gua kini semakin dewasa
cabaran hidup pun gua mula merasa
sedih, suka, kecewa, gembira
Gua tau memang banyak benda perlu diperbaiki
Gua tahu perangai gua tak ubah seperti budak2 lagi, so tak matang~
 
Dugaan ini dapat diharungi dengan baik kalau kita pandai mengurusnya
kan kan kan
   
Bilalah pemikiran gua nak matang ni
so budak2 lagi la,hahaha~
sikit2 sedih,sikit2 sedih tak pasal2
cannot help laaaa~

Ada Aku Kisah

Ini hari gua 'hot' la. Gua tak suka tau emo-emo ni, nanti gua nampak tak comel,ahu aha~Gua tak kisah la lu oll nak cakap apa pun pasal gua sebab gua sudah bisa menenerima sebarang kutukan, eceh~ macam bese kene kutuk, walauwehh~

Gua sedar gua blur, lampi sikit,asyik pending sokmo tak delivered betul-betul~ Jangan la lu oll asyik tengking-tengking gua, gua pun manusia juga, punya hati dan perasaan. Lu oll buat gua macam gua B****  sangat tau, gua sedih tau~ Jangan la buat ini macam.

Ini hari itu orang bikin gua tak senang duduk tau, asyik cari silap gua ja, jangan la ini macam. PLISS~
gua mintak maaf banyak lor~

............................


kawan-kawan, pernah dengar ini ayat kah?

NOBODY PERFECT~
PRACTICE MAKE PERFECT~

Bagi gua, kalau nobody perfect kan, buat apa nko practice banya- banyak kalau ada ayat nobody perfect,ekeh keh~ Kata adik gua dekat gua~ Gua terfikir sejenak, ye tak ye~ Gua tak terfikir pun, ahahah~






Wednesday, December 8, 2010

Hari interbiuku ~~


Haip~ hari ini gua nak alkisah sikit pasal 'interbiu' ni. Tak kisah la interbiu kerja ke interbiu masuk U ke,bla bla bla~

 Ini kisah gua~

Ehem2, gua nak cerita masa 26hb hari tu gua pergi interbiu dekat salah sebuah hospital swasta kat Shah Alam. Interbiu kerja la kononnya, ahakz~ Hari keesokannya konvokesyen gua di UiTM Shah Alam. Cet~

Nak jadikan cerita, gua pergi pagi 26hb hari itu. Naik bas la, lesen tak da kot. Terpaksa la naik bas, beli on the spot. Interbiunya pukul 10 pagi, tiket trans aku pukul 8 pg. Hah~ bunyi macam tak sempat kan, mana taknya, sampai Shah Alam gua nak carik hospital tu lagi,peh~ Dah la hari itu, gua formal, pakai baju kurung beb,macam orang kampung, semangat ni nak interbiu,hahaha~

Dari Melaka nak ke Shah Alam, adalah dalam 2 jam lebih.. Dengan jamnya, pastu pak cik bus tu gerak lambat kot. Siot tul, gua nak cepat..haha~ Hurm, sepanjang perjalanan ke Shah Alam  tu, gua tidur je. (tak penting) 

Gua sampai dalam pukul 10:30 pagi kot, lewat dah ni. Jap2~~ Nak tahu, sampai je kat station bus tu, kasut gua buat hal. Tapak kasut gua tercabut, what the heck, takkan gua nak seret kasut tu pergi interbiu kan, terpaksa la gua pergi kompleks PKNS Shah Alam beli kasut baru. Gua dengan tergesa-gesanya masuk salah satu kedai kasut kat situ, try ar kasut2 kat situ. Gua nak cepat la kononnya, penjual kasut tu tengok je gua. Ye la, kasut gua dua2 belah dah tercabut tapak, terseret2 gua jalan. gaya macam gua ni orang sakit. Punya ler konfiden gua nak amik kasut tu, gua cek duit gua ada beberapa keping singgit, RM 10 sekeping, aiseh~ apa ni, gua tak withdraw lagi duit gua dari bank CIMB lagi rupanya~ aiyark, penjual kasut tu tengok je gua. Gila la, gua rasa macam orang susah takda duit time tu. Malu gila time tu. Gua tak tau mana nak sorok muka,hahaha~kelakar gila time tu. Dah la gaya macam orang kampung time tu,hahaha~

Pastu gua ternampak ada kedai kasut murah, sepuluh ringgit. banyak pula tu. Apa lagi, terus gua blah dari kedai tadi dan menuju ke kedai kasut murah tu,haha~ Nak tahu, orang yang jual kasut kat kedai gua pergi sebelum tu tengok je gua keluar dari kedai dia dan pergi kedai yang gua nak pergi tu. Siot tul la mamat melayu tu, mesti dalam hati dia fikir, "ishk2 kecian minah tu, nak beli kasut duit takda" Gua nak je cakap, ko ingat aku tak ada duit ke, aku tak keluarkan lagi la,haiyaa~ malang tul gua rasa time tu. Dah la gua dah lambat, rasa macam nak nangis je,uwaaa~ Gua story kat member gua masa hari konvo, diorang gelakkan gua,macam haram~

Lepas beli kasut, gua terus bla naik teksi pergi hospital. Lantak la teksi mahal, time tu gua dah lambat, rapid pun lambat. huaa~  4 hinggit gua kena tambang,gila mahal~ padahal dekat je~ 

Time tu dah pukul 11:30, gua memang lewat la, apa boleh buat. Sampai hospital tu , gua blur~ gua nak pergi mana.. Then gua pun tanya la kaunter pertanyaan kat situ then dye tunjuk jalan. Nasib baik. Gua selamat sampai ke destinasi. Syukur Alhamdulillah~

Masa gua sampai tu, ramai dah kat situ. Gua orang paling last, ye la sapa suruh lambat, padan muka~ Lama gua tunggu turn, pukul 1 lebih baru turn gua, time tu otak gua dah 'lembab'. masa dia tanya, gua cakap merapu je kot.
Apa yang dia tanya, gua jawab selamba tapi mengarut. Hampeh tul~ gua rasa macam sia2 je gua pergi interbiu hari itu. Harapan macam tak ada. Biarlah, banyak tempat gua boleh try lagi. huh~

Last2, gua balik dengan hati yang kecewa, podahh~ then gua fikir balik, apa gua buat ni?? stupid la~~ Then, gua lepak kat SACC Mall then pergi KL sampai petang. Nak hilangkan stress ma~~ Gua sakan habis la time tu~

Petang tu gua lepak rumah member gua kat sentul and tidur semalam cuz esok nak pergi konvo ma~ mana gua nak tidur nanti,haha~ Gua excited lagi nak pergi konvo dari pergi 'interbiu' itu, hahaha~

THE END





Sunday, November 14, 2010

Sejuknya~


Hujan turun dengan lebatnya kat sini
buat aku rasa malas je nak bangun pergi kerja malam ini
uwaaa~
member syok je tidur kat atas tilam yang empuk itu
aku pula kena bersiap2 pergi kerja pula
dah la rasa sejuk n dingin je malam ni
sedap je nak tidur..
hahaha~