Monday, March 7, 2011

Apa punya jawapan daaa~

Hello readers~ lama gua tak update ini blog. Rehat sejenak dari dunia blog. Ekeh keh~ Erm gua nak story la sikit masa gua jawab exam dulu tak ada lah gua jawab merapu-rapu jawapannya. Paling teruk pun gua tulis "MAAF, i 'm dumb" atau pun "saya tak tahu nak jawab apa" atau "saya tak sempat baca" atau pun sedapkan hati, tulis balik soalan tu dalam kertas jawapan. Ahah, kantoi la pula. OK la, gua mahu share seket gambar-gambar yang gua jumpa ni. Gua memang tak tahan gelak baca jawapan mereka ini. Memang sengal punya orang daa, ahaha~



 








 Gua amik dekat : 2leep.com

Tuesday, March 1, 2011

Tolong kurangkan meniru


Gambar: Pok Cik Google bagi

Gua ada paper psikologi pada hari itu. Gua tak tahu la gua dah bersedia ke tidak kerana malam sebelum itu gua dan member-member seronok main nyorok-nyorok dan bersembang mengata orang,hak3~Lagaknya seperti dah pernuh ilmu di perut. Hari yang dinantikan muncul jua, gua pula lupa nak bawa pensel lopak Selemon feveret gua, ADESS~ apa kejadah la time ni gua tak bawa pen. nak tulis pakai apa, pakai tahi hidung? nasib baik la ada member gua yang baik hatinya meminjamkan pen kepada gua. Setakat pen je pun.

2 kelas ada test time tu, kelas gua dan kelas sebelah. paper yang sama dan pengajar yang sama. Time tu pula penghawa dingin kelas gua rosak, panas tak terkata.  Jadi, Encik Syam (bukan nama sebenar tak tipu) gabungkan kelas kami dengan kelas sebelah, Peh memang macam ikan sardin dalm tin,macam tengah naik bus rapid time hujung minggu dikelilingi mat bangla. kelas dah la kecil campur pula kami yang ramai ni. Tambah tolak darab bahagi beratus la jadinya dalam kelas yang gila sempit tu. kerusi tak cukup, duduk atas lantai. Gua terus carik port paling belakang duduk share sebontot dengan member gua, rasa macam nak terjatuh pun ada. Bontot beliau besar agaknya, keh3~

Encik Syam terus tersenyum melihat gelagat kami yang terhimpit-himpit itu. Hati gua berkata, senang meniru nampaknya. Gua tarak hal punya. Akhirnya, kertas-kertas soalan diedarkan. Ada pula yang tak dapat sebab tak cukup. Pensyarah kami pun pergilah fotostat di bawah. Apa lagi, misi meniru dimulakan~ Wah bahagianya, macam menang TOTO (Haram tau) Semua berbincang dan mengeluarkan nota sebaik sahaja Encik Syam keluar dari kelas itu. Sebelum keluar, beliau berpesan kepada kami, kurangkan meniru ye, saya percaya kamu semua.ERKKK~ Kurangkan instead of Jangan~ Terbaekk la,HAHA~

Akhirnya, semua dapat keputusan yang cemerlang, A dan ke atas, hak3~
thank you SIR!!