Monday, November 8, 2010

Cerita Menyayat Hati ~~

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Raif. Raif tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Raif mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Along dan Angah meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Raif berkata kepada isterinya yang tercinta.

Along dan Angah dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Raif berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Raif menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Raif semakin seronok. Raif dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Wira Evo nya mula memecut.Raif cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Raif masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Raif supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Raif terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Raif setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Raif terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Raif terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam indah sebuah lori balak yang besar dan gagah lagi berani dan..... KEBABOMM!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Raif mak? Macammana dengan suami saya, mak? Along, Angah....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Raif?" Julia masih terus menangis.


PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi tengahari buta macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Zohor pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......

hahahahaha.......

Credit to member kat facebook,hee~

THE END