Showing posts with label Jom sihat. Show all posts
Showing posts with label Jom sihat. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Attention~ Panduan Bagi Pesakit Batu Karang

 zaman sekarang ramai orang kena penyakit itu ini, antaranya masalah batu karang ni. Orang muda pun boleh kena tau, aku pernah jumpa seh~ So beware dengan penyakit ini, jangan pandang remeh kerana ia boleh bawa maut kalau tidak dirawat dengan segera.. hihii~~

1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



ha, u see u see~
korang mesti tak nak kena kan~
sediakan payung sebelum hujan
pesanan oleh saya,hehe~~

Tuesday, December 28, 2010

Duit mengalir macam air~

Baru2 ni gua pergi shopping dengan adik gua. Erm bapak gua hantar, sebab gua tak reti bawak kereta (*sigh). Saja nak pergi jalan2, hilangkan bosan. Asyik duduk rumah je, bosan gila~ 

Time tu gua tengah pokai, tapi belanja sakan macam orang baru masuk gaji. Peh, memang membazir betul. Banyak gak barang gua beli hari itu. Banyak benda yang tak penting,hua3~ Itulah perempuan, nafsu tak dapat dikawal, itu nak ini nak. haha~

Gua beli majalah, buku,syampoo, berus gigi, apa tah lagi gua beli sampai beratus gua guna. Then, gua beli supplement la kononnya, ahah~ blackmore pula tu. hampir seratus gua beli satu botol tu. Wah, gua memang banyak membazir. Ahaha~ tapi gua makan tau vitamin tu, is a must leh.. hee~

Omega Memo

Wednesday, December 8, 2010

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK




(Satu)Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

(Dua)Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

(Tiga)Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

(Empat)Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari system badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

(Lima)Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

#Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Pendaftar,Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

Wednesday, November 10, 2010

Mengecilkan perut dengan straw (stail Jepun)


Perut besar atau buncit terjadi kerana tumpukan lemak yang ada di perut, atau otot perut yang tidak terlatih.

Tapi jepun ada cara unik untuk melatih otot perut supaya kempis 
dan hasilnya perut boleh mengecil. Bagaimana caranya?  Mereka cuma pakai sedutan gunakan straw ! Betul ke boleh?? Saya ada try gak, OK la jadi gak~ kena rajin ar buat OK!! 加油!!

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image001.jpg

Gunakan straw

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image002.jpg
Potong 5 cm

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image003.jpg
Ratakan salah satu ujung straw

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image004.jpg
Tutup separuh lubang straw dengan selutip 

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image005.jpg
Mulut straw setelah tertutup selutip 1/2 bahagian

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image007.jpg
Tarik nafas dalam-dalam, dan tiup straw dengan kuat selama 5 saat

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image008.jpg
lakukan selama 3 minit sehari

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image009.jpg
Pointnya, meniuo dan bernafas kuat-kuat selama 5 saat

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image010.jpg
Beberapa orang yang melakukan selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image011.jpg
Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.

http://photos1.blogger.com/blogger/7732/28/400/image012.jpg
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, efek penggunaan otot perut menjadi berlipat.

Try la, tak kena bayar pun 
hee~

THE END