Thursday, December 30, 2010

Another award - I Love my Blog : Segalanya tentang blog saya


sejarah nama blog dan kisah disebalik header blog anda

OK2,apa yer aku nak cerita kisah di sebalik header blog aku ni,hurmm~ Mula2 masa blog ni dicipta, nama header aku twisterlicious007. Then bertukar kepada My Sweet Lollipop,and then yang latest ni jadi Lollipop Itu Manis pula,hehe~ Napa Lollipop? Sebab aku suka makan lollipop la, sedap sehingga mejilat adik aku punya lollipop pula,har har~ Apa2 pun, at least aku ada nama header kan walaupun tak sehebat korang,hehe~

Berapa kali anda updated blog ?

Uhuk, soalan sensitif ni,hehe~ Aku update blog tak tentu masa, kekadang lama gak tak update,bila dah start update, terlajak banyak la pula entri dalam satu hari,haha~ Ye la, bila dah kerja, aku kurang blogging sebab bizi,kekadang aku tengah mencari ilham apa aku nak tulis. Depend on my mood~ hehe~

Sebab utama anda buat blog..

Pada mulanya, aku buat blog untuk suka2 je, sekarang pun aku buat untuk suka2 je,hehe~ Aku suka share cerita dengan orang, tu sebab aku buat blog. Aku jeles tengok orang lain ada blog, aku suka baca blog2 yang menarik, tu yang buat aku tertarik nak buat blog juga,hehe~

5 pekara mengenai blog anda yg patut diketahui

Ada apa dengan blog ini?

*Blog aku diwujudkan sejak July 2009, dah setahun lebih
*Dah banyak kali tukar layout, tukar header
*Blog ni famili aku tak tahu, segan la diorang baca. Kalau terbaca, nasiblah
*Blog ni tempat aku luahkan perasaan, suka hati aku nak tulis ape pun dalam blog ni
*Blog ni semak n sarat, aku nak delete banyak benda. Still in progress.

5 entry terbaik yg patut di baca ( senaraikan entry itu beserta link)

Aha~ apakah soalan ni
betul2 nak menjatuhkan aku apa,haha~

Actually, blog aku ni tak ada apa yang menarik,tapi ada juga info2 yang boleh dishare dengan pembaca
apakah dia? Aku lupa la, korang boleh tengok previous2 punya entri.
Tak tahu la menarik ke tidak,aha~ Speechless~~


3 pekara yg tak dapat dilupakan sepanjang berblogging

*Ada juga orang sudi blog and komen blog ni, terharu. rasa dihargai,hehe
*Bila ada orang puji blog ni lawa la, pasan habis tul,hahah
*Suka bila follower bertambah, rasa touching

10 blog kegemaran anda


Banyak lagi sebenarnya, laptop aku ni bengong

5 tips yg anda nak kongsi kan dalam berblogging ini

*Biar simple
*Jangan post entri2 yang berunsur kutukan, hinaan, macam perfect je
Template biar simple dan kemas, tak nampak serabut
*Jangan letak lagu, sebab bukan semua orang suka. Lagu itu kalau boleh jangan yang auto terus berbunyi bila buka blog korang
*Jangan letak gambar besar2, loading lama~ nanti bikin orang hot


sejauh mana anda sayang blog anda

Aku sayang blog aku sangat2 lebih dari diri aku sendiri, huaa (tipu....)

3 sebab kenapa perlu datang/berkunjung ke blog anda

* sbb blog ini comel macam tuan dia,haha (bajet gila)
* nanti korang dapat gula2,hehe
* Blog ini tempat aku mengarut

siapakah 10 blogger yang lain anda ingin tag

Sapa yang ditag, akan ku sergah beliau di shoutbox
nantikan
hehe~~

Joker Yurusarezaru Sousakan

Joker Yurusarezaru Sousakan - Sukanya gua tengok cerita ini

Korang dah tengok belum? Yang belum tengok tu cepat pergi tengok. Cerita terbaru Ryo Noshikido,heh~

*
*


Kazuyoshi Date (Masato Sakai) seorang detektif perfect yang terkenal dengan sikap yang bersahaja, tak pernah marah, tak baran. Dia digelar "Buddha" di kalangann rakan sekerja diorang.Tapi pabila waktu malam, dia bertukar,cewah~ Dia jadi punisher kepada orang yang terlepas hukuman jenayah. Sesiapa yang terlepas dari hukuman polis, Date akan hukum diorang,haha~ Beliau dibantu Kenji Kudo (Ryo Nishikido), Asuka Miyagi (Anne Watanabe), Saeko Katagiri (Ryo), Kuniji Mikami (Ren Osugi).








Wednesday, December 29, 2010

Muka baru?

oyasumi semua~

Hari ni gua menghabiskan masa gua dengan meng'edit' itu ini dalam blogger gua yang semak dan sarat ni,heh~ Gua amik keputusan drastik tukar template gua setelah lama kurunnya gua menggunakan template lama tu, makin bosan pula gua asyik guna template lama tu, rasa muak je tengok,heh~ At first, gua sayang gak nak tukar. In the end, gua tukar jua kerna hati kecil gua berbisik kepada gua " Woi perempuan, tukar2!!! tak cantik2!!" Gua menurur kata hati gua ini,uwaaa~

********
Ehem, ini la template lama gua. Sempat tu amik gambar buat kenangan. Tak mo pakai lagi lepas ni, berlagak
ahakz~ 

*
*
*


Selamat tinggal sayang~ sob3~

Template gua kini berwajah baru, tak lawa pun macam korang punya. Gua sedar itu,uwaa~
Tapi nampak simple sikit walaupun sarat jugak sebenarnya,ahaha~
Bertemakan black and white ala2 taik cicak gitu~

*
*
*


Malu punya hal

Gua teringat masa gua freshie lagi, time tu gua semester 1~ 
Tempat kejadian:Di kampus UiTM - ada la kawasan tu
MasaPagi (waktu rehat)

Cet~ Apahal tetibe gua nak story benda yang buat gua malu satu hari~ macam haram~ Ehem2, gua cuma nak cerita pengalaman gua,hua3~

Dipendekkan cerita, time tu gua baru habis kelas anatomy. Time tu dalam pukul 10 lebih la, waktu tu tengah rehat la. Gila apa kelas start pukul 8 habis pukul 12, terjun gua dari tingkat 4 tu kang,koh3~ Otak gua pun tengah benak time tu, oksigen kurang, makanan dalam fikiran~

So, gua dengan member2 gua pergi la turun jap,kononnya nak pergi isi perut dekat kafe, perut gua lapar kot~ Kebetulan,semua rehat pula time tu,ramai yang baru keluar dari kelas dan terhegeh2 nak pergi makan juga~ buat menyemak je,huu~ 

Tak silap gua hari itu hari isnin, so kena pakai baju kurung la. Pada ketika itu, mak cik cleaner sedang mencuci lantai dengan selamba padahal orang lalu lalang kat situ pijak je lantai tu, gua nak je cakap " oh mak cik, buat susah je cuci lantai tu, orang pijak gak,koh3~ " Gua kesian kat mak cik tu tapi apakan daya hati kecil gua berbisik lantak ko la,koh3~

Tengah bebel sorang2 tu, gua ditinggalkan member gua,macam haram~ Sampai hati mereka,uwaaaa~ Gua menangis dalam hati.Diorang semua jalan cepat macam watson nyambek,lari ke apa~ Gua pula jalan terhegeh2 macam mak nenek, pastu gua jerit kat diorang

"Oi, tunggu la aku. Cepat sangat la korang jalan". Gua berkata

"Filza, ko ni lambat la~ Cepat sikit,ramai ni" .Member menjawab

" Ye la ye la, aku datang la ni" Gua menjawab balik

Then, apa lagi time tu kan lantai tengah licin




**********


Korang paham2 je la apa berlaku, gua berlari macam gua tengah menggelongsor kat atas lantai tu,rasa macam puteri ais skate kat atas lantai berais tu, dengan baju kurung nya, terselak pula tu,macam haram~ Budak2 kat blok atas boleh tengok je gua kat bawah ni,malu  gila time tu, mana gua nak letak muka aku yang comel lagi suci ini,ahah~ Rasa macam nak pergi terjun bangunan je time tu,arghhhhhhhh~ Betapa jatuhnya maruah gua ketika itu.

Member gua boleh gelakkan gua, macam haram~ Bukan nak tolong papah gua ke, tolong gelak, macam siot~ Pastu, gua pun teraba2 kat lantai, bangun perlahan2, terpinga2 gua berjalan masuk tandas, rasa tak nak keluar dari bilik air, malu nyah~ Semua tengok gua , wah~~ Gua rasa gua macam artis yang tak femes.

In the end, gua tak jadi makan sebab malu,ikut perut la sampai balik umah,haha~ tak boleh nak cover ayu lagi,koh3~

Tidur punya cerita


Insomnia~~ Apakah? Takkan tak tau kot, masalah tak boleh tidur la, heh~ Masa aku kat U dulu, aku ada masalah insomnia. Setiap hari aku tidur 2 jam,wah~ hebat betul mata aku ni, boleh berjaga macam burung hantu. Orang lain sedap tidur siap berpelukan bantal, aku rancak menaip keyboard laptopku ini. 

Bila ia berlaku? start masa aku sem 4~ tak tahu la kenapa aku tak boleh tidur malam. Pening fikir,dah la aku ni penakut kot, cuak sentiasa. Pastu tak boleh tidur malam. Member aku pula suka cerita yang dia selalu nampak 'benda' itu. Wah, menyirap aku dengar. Pabila malam sudah tiba, jantung aku berdebar2 kot~ Setiap hari aku fikir, kenapa benda ini berlaku kepadaku~ 

So far, aku tak adalah kena apa2,tak pernah ternampak apa2, just dengar2 je la pabila jam menunjukkan pukul 3-4am, banyak benda boleh dengar time tu. Uwaaa~ 

Insomniaku berlanjutan sampai aku habis belajar,haha~ sekarang dah Ok la sikit, tapi aku still tidur lewat~ 

Teruk gak condition aku masa aku insomnia dulu. Member aku cakap, ko ni tak macam manusia la weh, pelik.. haha~ aku gelak je, itu yang termampu. Tapi tengok muka aku pun tau dah, muka tak cukup tidur pada ketika itu la. Dulu, kat status FB aku, aku asyik tulis pasal ketidakbolehkan aku nak tidur malam. Mata segar bugar, macam orang baru bangun dari tidur,koh3~

Then, aku decide amik ubat batuk. Aku dah lupa apa nama ubat tu, tapi cover kertas tu warna oren. Kuat gak efek lepas makan ubat tu, aku jadi ngantuk. So sebelum aku tidur, aku akan teguk ubat batuk tu, baru aku dapat lelapkan mata. kalau tak, aku tak tidur la. Lagi2 kalau time exam, hati yang resah lagi buat aku tak boleh tidur, lalu aku pun makan ubat batuk lagi. Last2 aku addicted then aku dah immune kat ubat tu. ubat tu dah tak ada efek kat aku.

Then aku tukar pula, aku makan pil piriton, ubat selsema padahal. Tapi boleh buat aku lena kalau aku telan, psycho kan~ Masa tu aku terdesak, sebab exam. Member aku selalu tegur 'stop it', ye la~ nanti addicted. Diorang suruh aku jumpa doktor, malas sebab klinik jauh, aku tak nak habiskan lemak aku..aha~

In the end, macam ni la hidup aku sekarang~ OK la berbanding dulu sebab aku dah kerja sekarang, so penat kian terasa.. hee~

Tuesday, December 28, 2010

Duit mengalir macam air~

Baru2 ni gua pergi shopping dengan adik gua. Erm bapak gua hantar, sebab gua tak reti bawak kereta (*sigh). Saja nak pergi jalan2, hilangkan bosan. Asyik duduk rumah je, bosan gila~ 

Time tu gua tengah pokai, tapi belanja sakan macam orang baru masuk gaji. Peh, memang membazir betul. Banyak gak barang gua beli hari itu. Banyak benda yang tak penting,hua3~ Itulah perempuan, nafsu tak dapat dikawal, itu nak ini nak. haha~

Gua beli majalah, buku,syampoo, berus gigi, apa tah lagi gua beli sampai beratus gua guna. Then, gua beli supplement la kononnya, ahah~ blackmore pula tu. hampir seratus gua beli satu botol tu. Wah, gua memang banyak membazir. Ahaha~ tapi gua makan tau vitamin tu, is a must leh.. hee~

Omega Memo

Tuesday, December 14, 2010

Kereta punya hal



Hari tu gua keluar dengan housemate gua. Dia baru dapat lesen and baru beli kereta kot, peh sesunggunhya gua memang jeles pada ketika itu. Then, hati gua berkata-kata~ nyesal aku tak habiskan kelas lesen aku, amik sekerat jalan,lepas tu malas pula, then nak meyusahkan orang lain pula,koh3~ MALAS~~

OK2, gua bukan nak bebel pasal lesen sebenarnya, lari topik ni. Heh~ member gua ni beli kereta auto. Pastu yang bestnyakan setiap kali sampai traffic light mesti mati punya. HAHAHA~ Satu hari tak terkira kena hon ntah bapa kali dengan pemandu2 berhemah kat luar sana. Hua3~ gomen2~ Siap salah jalan lagi, one way pun hentam jalan saja..haha~ Ehem, pandai pula gua mengomen member gua sorang ni, gua kalau bawa mesti lagi teruk,huaaa~

Takpe2, sekarang member gua tu dah pandai bawa kereta dah, jarang mati kat tengah jalan, cuma kekadang sesat jalan tak jumpa jalan keluar. koh3~

Monday, December 13, 2010

Inilah dugaan



Ehem2, sekarang ni otak gua sudah waras sedikit, fikiran gua pun agak tenang~ baru la boleh story mory,wee~~

DUGAAN
Dalam hidup ini bermacam2 dugaan kita hadapi
kadang2 orang tengok kita gembira, padahal ada banyak masalah yang perlu diselesaikan
Bila tengah susah, orang sekeliling haruslah membantu
bukannya buat kita jadi lagi buntu
ye la, no one perfect ma
bukan semua orang sempurna
semua orang buat kesilapan
walaupun sekali dalam hidup


Gua kini semakin dewasa
cabaran hidup pun gua mula merasa
sedih, suka, kecewa, gembira
Gua tau memang banyak benda perlu diperbaiki
Gua tahu perangai gua tak ubah seperti budak2 lagi, so tak matang~
 
Dugaan ini dapat diharungi dengan baik kalau kita pandai mengurusnya
kan kan kan
   
Bilalah pemikiran gua nak matang ni
so budak2 lagi la,hahaha~
sikit2 sedih,sikit2 sedih tak pasal2
cannot help laaaa~

Ada Aku Kisah

Ini hari gua 'hot' la. Gua tak suka tau emo-emo ni, nanti gua nampak tak comel,ahu aha~Gua tak kisah la lu oll nak cakap apa pun pasal gua sebab gua sudah bisa menenerima sebarang kutukan, eceh~ macam bese kene kutuk, walauwehh~

Gua sedar gua blur, lampi sikit,asyik pending sokmo tak delivered betul-betul~ Jangan la lu oll asyik tengking-tengking gua, gua pun manusia juga, punya hati dan perasaan. Lu oll buat gua macam gua B****  sangat tau, gua sedih tau~ Jangan la buat ini macam.

Ini hari itu orang bikin gua tak senang duduk tau, asyik cari silap gua ja, jangan la ini macam. PLISS~
gua mintak maaf banyak lor~

............................


kawan-kawan, pernah dengar ini ayat kah?

NOBODY PERFECT~
PRACTICE MAKE PERFECT~

Bagi gua, kalau nobody perfect kan, buat apa nko practice banya- banyak kalau ada ayat nobody perfect,ekeh keh~ Kata adik gua dekat gua~ Gua terfikir sejenak, ye tak ye~ Gua tak terfikir pun, ahahah~






Wednesday, December 8, 2010

Hari interbiuku ~~


Haip~ hari ini gua nak alkisah sikit pasal 'interbiu' ni. Tak kisah la interbiu kerja ke interbiu masuk U ke,bla bla bla~

 Ini kisah gua~

Ehem2, gua nak cerita masa 26hb hari tu gua pergi interbiu dekat salah sebuah hospital swasta kat Shah Alam. Interbiu kerja la kononnya, ahakz~ Hari keesokannya konvokesyen gua di UiTM Shah Alam. Cet~

Nak jadikan cerita, gua pergi pagi 26hb hari itu. Naik bas la, lesen tak da kot. Terpaksa la naik bas, beli on the spot. Interbiunya pukul 10 pagi, tiket trans aku pukul 8 pg. Hah~ bunyi macam tak sempat kan, mana taknya, sampai Shah Alam gua nak carik hospital tu lagi,peh~ Dah la hari itu, gua formal, pakai baju kurung beb,macam orang kampung, semangat ni nak interbiu,hahaha~

Dari Melaka nak ke Shah Alam, adalah dalam 2 jam lebih.. Dengan jamnya, pastu pak cik bus tu gerak lambat kot. Siot tul, gua nak cepat..haha~ Hurm, sepanjang perjalanan ke Shah Alam  tu, gua tidur je. (tak penting) 

Gua sampai dalam pukul 10:30 pagi kot, lewat dah ni. Jap2~~ Nak tahu, sampai je kat station bus tu, kasut gua buat hal. Tapak kasut gua tercabut, what the heck, takkan gua nak seret kasut tu pergi interbiu kan, terpaksa la gua pergi kompleks PKNS Shah Alam beli kasut baru. Gua dengan tergesa-gesanya masuk salah satu kedai kasut kat situ, try ar kasut2 kat situ. Gua nak cepat la kononnya, penjual kasut tu tengok je gua. Ye la, kasut gua dua2 belah dah tercabut tapak, terseret2 gua jalan. gaya macam gua ni orang sakit. Punya ler konfiden gua nak amik kasut tu, gua cek duit gua ada beberapa keping singgit, RM 10 sekeping, aiseh~ apa ni, gua tak withdraw lagi duit gua dari bank CIMB lagi rupanya~ aiyark, penjual kasut tu tengok je gua. Gila la, gua rasa macam orang susah takda duit time tu. Malu gila time tu. Gua tak tau mana nak sorok muka,hahaha~kelakar gila time tu. Dah la gaya macam orang kampung time tu,hahaha~

Pastu gua ternampak ada kedai kasut murah, sepuluh ringgit. banyak pula tu. Apa lagi, terus gua blah dari kedai tadi dan menuju ke kedai kasut murah tu,haha~ Nak tahu, orang yang jual kasut kat kedai gua pergi sebelum tu tengok je gua keluar dari kedai dia dan pergi kedai yang gua nak pergi tu. Siot tul la mamat melayu tu, mesti dalam hati dia fikir, "ishk2 kecian minah tu, nak beli kasut duit takda" Gua nak je cakap, ko ingat aku tak ada duit ke, aku tak keluarkan lagi la,haiyaa~ malang tul gua rasa time tu. Dah la gua dah lambat, rasa macam nak nangis je,uwaaa~ Gua story kat member gua masa hari konvo, diorang gelakkan gua,macam haram~

Lepas beli kasut, gua terus bla naik teksi pergi hospital. Lantak la teksi mahal, time tu gua dah lambat, rapid pun lambat. huaa~  4 hinggit gua kena tambang,gila mahal~ padahal dekat je~ 

Time tu dah pukul 11:30, gua memang lewat la, apa boleh buat. Sampai hospital tu , gua blur~ gua nak pergi mana.. Then gua pun tanya la kaunter pertanyaan kat situ then dye tunjuk jalan. Nasib baik. Gua selamat sampai ke destinasi. Syukur Alhamdulillah~

Masa gua sampai tu, ramai dah kat situ. Gua orang paling last, ye la sapa suruh lambat, padan muka~ Lama gua tunggu turn, pukul 1 lebih baru turn gua, time tu otak gua dah 'lembab'. masa dia tanya, gua cakap merapu je kot.
Apa yang dia tanya, gua jawab selamba tapi mengarut. Hampeh tul~ gua rasa macam sia2 je gua pergi interbiu hari itu. Harapan macam tak ada. Biarlah, banyak tempat gua boleh try lagi. huh~

Last2, gua balik dengan hati yang kecewa, podahh~ then gua fikir balik, apa gua buat ni?? stupid la~~ Then, gua lepak kat SACC Mall then pergi KL sampai petang. Nak hilangkan stress ma~~ Gua sakan habis la time tu~

Petang tu gua lepak rumah member gua kat sentul and tidur semalam cuz esok nak pergi konvo ma~ mana gua nak tidur nanti,haha~ Gua excited lagi nak pergi konvo dari pergi 'interbiu' itu, hahaha~

THE END





Sanggup hilang 'dara' hanya nak membuktikan cinta pada bf?

ehem2~ Salam sejahtera kepada silent redears..
Aku terbaca artikel yang menarik ini dan ingin berkongsi kepada semua pembaca di sini, hihihi~


*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...


"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..




Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.




Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.




Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.


Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...



"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.



Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.




Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.




"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.




Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:


"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

Disediakan: Abu Muawiyah.( http://www.facebook.com/profile.php?id=1252725421 )


*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapa puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran! 

*kpd yang nak add as friend tu.saya mnta maaf sebab tak boleh nak approve.terlalu ramai.tapi anda boleh like page abu muawiyah.Terima kasih. ^^,

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK




(Satu)Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

(Dua)Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

(Tiga)Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

(Empat)Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari system badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

(Lima)Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

#Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..

Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & PentadbiranJabatan Pendaftar,Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

HAHAHA~



Kalo la semua awek mcm ni...~~hehe :)

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.


Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

Friday, December 3, 2010

Just another day



Yosh readers~~
lama kot tak update,ntah bape abad dah,haha~
erm bese la, kepala otakku hanya ada 'kerja' je yang takkan pernah habis

Ini 'kerja' kan, buat gua rasa cepat letih woo~ Cepat stress, cepat mengantuk, cepat bosa, dan etc.

Itu la perkataan2 yang ada dalam kamus hidup gua Antara sebab-sebab gua lama tak update blog. (ada kaitan ke??) Of coz la ada, kalau tarak itu semua problem, gua tak da hal la mau blogging setiap hari, tapi idea semakin kurang la pula, aiyakk~ slekkkk~

Just another day adalah ayat untuk gua yang menjalani kehidupan yang sama setiap hari, hik3~