Monday, October 25, 2010

Lelaki dambaan wanita

Lelaki idaman – senarai ori
1. Tampan
2. Charming
3. Sukses kewangan
4. Seorang pendengar yang baik
5. Jenaka
6. Badan tough
7. Bergaya
8. Menghargai
9. Suka buat surprise


Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 32 tahun
1. Nice looking
2. Membuka pintu kereta, memegang kerusi
3. Apakah cukup wang untuk makan malam yang menyenangkan
4. Mendengar lebih daripada perbualan
5. Ketawa dengan lawak bodoh saya
6. Belanja dengan mudah
7. Memiliki kad kredit sekurang-kurangnya satu
8. Menghargai sebuah rumah-memasak makanan
9. Mengingati hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi saya semestinya

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 42 tahun
1. Tidak terlalu buncit
2. Pekerjaan yang stabil
3. Mengangguk ketika aku bicara
4. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk menyusun semula perabot
5. Mengenakan kemeja yang menutupi perutnya
6. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 52 tahun
1. Menjaga bulu dalam hidung dan telinga dipotong
2. Apakah tidak bersendawa atau menggaru di depan public
3. Tidak terlalu sering meminjam wang
4. Apakah tidak mengangguk tertidur saat aku bercerita
5. Tidak menceritakan semula lawak yang sama terlalu banyak kali
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk turun dari sofa pada hujung minggu
7. Biasanya mengenakan sandal dan pakaian yang berpadanan
8. Menghargai makan malam yang baik
9. Mengingat nama anda pada kesempatan
10. Rajin bercukur

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 62 tahun
1. Apakah tidak menakut-nakutkan anak kecil
2. Ingat di mana bilik mandi
3. Tidak memerlukan banyak wang untuk rawatan
4. Hanya berdengkur ringan ketika tidur
5. Ingat kenapa dia tertawa
6. Apakah dalam keadaan cukup baik untuk berdiri sendiri
7. Biasanya memakai pakaian
8. Ingat di mana dia meninggalkan giginya
9. Ingat bahawa itu hujung minggu

Apa yang saya inginkan pada lelaki – umur 72 tahun
1. Bernafas.
2. Tidak miss toilet.

Kirim ini untuk para wanita yang akan seronok membacanya, dan orang-orang yang boleh mengatasinya!

Sewa Hotel

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

Nak Muntah~

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

First time~

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Saturday, October 23, 2010

Bila larut malam

Takda apa pun dengan topik ini, ahaha~ saja nak cerita bila saya kerja malam, suasana memang bosan gila. Sebabnya semua orang dah tidur kan tyme itu.. Apa la, sapa nak stay up tengah2 malam kan? lagi kat hospital~~ creepy~LOL~ tak boleh snap pics banyak2 kat tempat kerja,ahaha~




peh,memang sunyi

 Jom makan megi and air kotak yang direndam dalam air panas(beku kot)

Thursday, October 21, 2010

Lagu PTPN

Yosh~ di sini nak share sket lagu yang diambil dari member facebook,ahaha~ ikut muzik versi misha omar tu

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Punca penjara Pudu ditutup~

Artikel ni saya amik dari member kat dalam Facebook~ ahaha~

Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja. Sebelum Penjara Pudu di tutup dulu pernah di ceritakan bahawa terdapat 1 bilik di panggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu di tutup. Ia di namakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah di katakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & berbagai lagi perlakuan kerana mnyesali kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu kerana di katakan x kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah di ketahui mereka. Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongn Penjara Pudu di jalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. x kurang juga ada di antara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian x pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkn bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yg mati di tali gantung tersebut x tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasn itu..
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga dari menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangn lalu menjelmalah 1 lembaga yg mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jgn engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa..”
Udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje..
 

Wednesday, October 20, 2010

♥ You're Beautiful


Yosh~
Hurm~ Sudah tengok cerita "You're Beautiful" ?? Mesti dah kan, dah lama kot cerita ni, tapi hari ni baru nak story sket pasal cerita ni, ahaha~ OK la gang.. Susah la kalau minat cerita Korea/Jepun ni, tak boleh nak lari,melekat je ahaha~



Korang mesti dah tau kan jalan ceritanya. Takpe2, saya cerita sket la yer OK,gedik je.. ahaha~ Hurm, macam ni. Cerita ini berkisarkan sebuah band group. Nama band ni A.N.JELL terdiri daripada 3 anggota iaitu Hwang Tae Kyung (vocal and leader), Kang Shin Woo (bass) dan Jeremy (drum). Presiden diorang ni nak cari 1 anggota baru untuk A.N.JELL dan dia mancari seorang penyanyi yang sedang meningkat naik, iaitu Go Mi Nam. Tapi, Si Go Mi Nam time tu tengah ada masalah kesihatan. Then,Pengurus Ma pergi mencari adik kembar Mi Nam (orang yang sama padahal), nama Go Mi Nyu. Si Mi Nyu ni sebenarnya tengah belajar untuk jadi sister kat gereja. Bila dah jumpe Mi Nyu, Pengurus Ma merayu kat adik kembar berlakon jadi abang dia. Mula2 kena sign aggreement kontrak je, tapi alih2 kena pula buat show la, jadi model la, bla bla bla...Pastu pula kena duduk serumah dengan diorang ni.. Demi abangnya, Si Mi Nyu ni pun menyamar je la pastu kononnya memudahkan dia mencari ibu kandungnya. Sampai sini je la yer, yang lain korang tengok la sendiri,ahaha~ OK la cerita ni~~


Hwang Tae Kyung


Go Mi Nam


 Kang Shin Woo


 Jeremy


- THE END -

♥ Beethoven Virus



Salam readers~
Hari ini saya nak share sket pasal cerita 'Beethoven Virus'. korang dah tengok? Drama korea yang berunsur muzikal,hee~ Drama ini dibintangi oleh Kim Myung Min, Lee Ji Ah dan Jang Geun Seok. Drama ini menceritakan seorang maestro, konduktor orkestra kelas dunia bernama Kang Gun Woo. Dia adalah seorang konduktor elit yang gila kerja dan mempunyai reputasi yang sangat buruk. Disebabkan perangai dia yang macam hampeh sket sebab dia ni nak standard2 la kononnya,lalu dia diberi julukan "orkestra killer".Dia juga dikenali sebagai seseorang yang betol2 akan melakukan apa saja untuk membuat musik yang terbaik. Disebabkan keras kepala membuatkandia tidak dapat membentuk hubungan baik dengan orang2 di sekelilingnya. Dia bertemu Du Ru Mi, seorang pemain biola, dan seorang pemain terompet yang memiliki nama yang sama seperti dia, dan mereka bersama-sama membentuk cinta segitiga. 






Maestro Kang 


Pemain biola Du Ru Mi 


Trumpet Kang Gun Woo 

- THEN END - 

Tuesday, October 19, 2010

♥ Magic

Korang mesti dah selalu dengar kan lagu 'Magic' by B.o.B feat. Rivers Cuomo~ Syok gila la dengar lagu ni,wee~

*klik SINI

* klik SINI untuk download mp3








- THE END -

Sunday, October 17, 2010

I love CN Blue~

Orait readers!! Sudah beberapa hari saya tidak 'meng'updatekan blogku ini,hehe~ hurm OK, hari ini saya nak share sket pasal group 'CN Blue' ni, korang kenal kan. Band korea~ I like3~ tak tahu la korang kenal and minat ke tidak~ hehe~ Lagu diorang femes ialah "I'm A Loner",wee~ syok la dengar lagu tu, lagu-lagu yang lain pun best juga.

OK la, Oh CN Blue~


Name: 정용화 / Jung Yong Hwa (Jeong Yong Hwa)  
Profession: Singer and actor 
Birthdate: 1989-Jun-22  
Birthplace: Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea 
Height: 180cm  
Star sign: Cancer
Blood Type: A
Talent agency: F&C Music


Lee Jong Hyun (이종현)
Japanese Name: ジョンヒョン
Position: Guitarist, Vocalist
Date of Birth: May 15, 1990 (1990-05-15) (age 19)
Height: 182 cm
Weight: 64kg
Blood Type: O
Hobby: Appreciating music, exercising
Specialty: Judo
Attraction: Chic smile



Name: Kang Min Hyuk (강민혁)
Japanese Name: カン・ミンヒョク
Birthdate: 1991.06.28
Position: Drums
Height: 183cm
Blood Type: A
Name - Lee Jung Shin (이정신)
Birthdate - 15th September, 1991
Height - 186 CM
Group - CN Blue
Position - Bass, Rap
 

Thursday, October 14, 2010

Tired

Baru balik dari kerja
letih yang amat
esok shift pagi
tak sukanya kerja pagi
otak serabut and mengantok
OK la~ nak tido~
simpan tenaga untuk esok,woo~

Wednesday, October 13, 2010

Intai Sato Takeru~


Hari ni nak cerita sket pasal Sato Takeru~ korang kenal kan,ala yang berlakon sama dengan Miura Haruma dalam cerita Bloody Monday tu,hehe~ Aiyark,ramai la pelakon yang saya minat~ padahal diorang tak minat saya pun,ahahaha~~
OK, di sini nak share sket pasal dye,wee~


Name: 佐藤健
Name (romaji): Sato Takeru
Profession: Actor
Birthdate: 1989-March-21
Birthplace: Iwatsuki, Saitama, Japan
Height: 170cm
Star sign: Aries
Blood type: A

Bersama MIURA HARUMA-SAN~ dalam Bloody Monday



Cerita-cerita yang pernah dibintangi beliau

Q10 as Fukai Heita (NTV, 2010)
Bloody Monday 2 as Kujo Otoya (TBS, 2010)
Ryoma den as Okada Izo (NHK, 2010)
Hontou ni Atta Kowai Hanashi Kao no Michi (Fuji TV, 2009)
MW Dai-0-sho as Takashi Morioka (NTV, 2009)
MR. BRAIN as Nakagawa Masaru (TBS, 2009, ep4-5)
Mei-chan no Shitsuji as Shibata Kento (Fuji TV, 2009)
Bloody Monday as Kujo Otoya (TBS, 2008)
ROOKIES SP as Okada Yuya (TBS, 2008)
ROOKIES as Okada Yuya (TBS, 2008)
Shinigami no Ballad as Ichihara Kantaro (TV Tokyo, 2007, ep7-8)
Kamen Rider Den-O as Nogami Ryotaro (TV Asahi, 2007)
Princess Princess D as Kono Toru (TV Asahi, 2006)

Sumber: DramaWiki

Award lagi~


Yihaa~ hari ini saya dapat award lagi. 
thanx to Cik Akyn kerana beri saya award ini,hee~~

1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang.
saya tengah fikir pasal apa yang saya tengah buat sebenarnya

2.Apakah nama samaran anda.
Filza,Fil,Pija,piza

3.Senaraikan 3 nama org yang anda sayang
famili saya, kawan-kawan saya dengan ehem-ehem

4.Panggilan untuk  si dia?
panggil nama je

5.Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
hurm,let see~ banglo sebiji, hehe~

6. Belog mana yang paling suka visit?
Saya visit semua blog yang sudi singgah ke blog saya

7.Tag 15 blog
 selain daripada 5 orang dekat bawah ni
sesapa yang singgah blog ini, silalah amik
jangan malu jangan segan,hee~  



 


Tuesday, October 12, 2010

Hurm~

hurm~ seperti yang semua maklum, 10.10.10~ satu tragedi telah menggemparkan negara kita. kemalangan yang melibatkan 2 bas, van dan kereta menyebabkan 12 kematian dekat KM 223 Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang Ampat. Saya mula-mula tak tahu langsung tau cerita ni. Ye la, penat kerja kot, tak tahu langsung berita dunia. Esok tu, 11.10.10 saya kerja pagi. Semua staff dalam wad saya dok bercerita pasal kejadian ni. Terkejut gila saya dengar. Kemalangan berlaku petang Ahad. Peh, ngeri gila tengok gambar-gambar. Sedih gila~ Memang menyayat hati betul tengok gambar-gambar mayat. Tak tahu nak cakap apa, speechless~ Mangsa-mangsa kebanyakan dihantar ke GH melaka. Tempat saya ade 2 je orang admit.Private hospital katakan.Dalam wad saya ada 2 mangsa bas express cedera ringan. Ringan la sangat, patah tulang rusuk, tangan, lumbar fracture and so on. Chinese girl la, kesian diorang. Trauma gila diorang masa kitorang tanyer. uwaa~~ tak dapat nak bayangkan betapa tragisnya kejadian itu. Petang tu, ketua menteri datang kot dekat hospital nak melawat, tengok kejap je la menggedik~ sebab dah habis syif time tu. wooo~ Akhir kata, takziah buat mangsa dan keluarga mangsa~ Al Fatihah buat arwah Islam~

*rasa takut la pula nak naik bas lepas ni,
dulu ke hulu ke hilir naik bas ke KL,koh3~

Sapa nak iphone 3G 16GB??


kad 
kahwin
Kad Kahwin


Yosh readers~
tadi ade singgah jap kat blog Dahlia
tengok contest ni macam menarik je,hee~
korang klik la gambar banner kat atas tu yer
sambil-sambil tu join la skali
Jom join ramai-ramai!!

Contest ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010

Sunday, October 10, 2010

Award Beautiful Blogger


yeah yeah, dapat award hari ini~ sukanya saya~
Ehem-ehem,jom jawab soalan-soalan di bawah ini,hee~

1. Thank the person who gave you the award and the link of the person.
Tengkiu3~ hontou doumo arigatou ne kepada anne kerana sudi beri award ini kepada saya.Terharunya,hehe~


2. Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome
Alamak ai, ramainya sampai 15 orang.
Amik la award ni bagi sesiapa yang melawat bolg ini,hee~


3. Tell 7 things about yourself...
  • kuat main facebook,agaga~
  • suka baca komik manga,feveret ooh~
  • suka berangan kot
  • suka dengar lagu untuk release kan tension
  • setiap hari cari kerja kosong
  • suka tidur lewat malam
  • suka tengok orang kiut,wee~

Eh, dah habis pula~ hehe

Hapi Bufday Hilman~


Hepi Bufday kepada adik saya
sweet 18~~
Study elok-elok
jangan asyik menghadap game je 24 jam
ahaha~
walaupun tak dapat sambut
bagi wish pun jadila yer
hee~

Thursday, October 7, 2010

thanx~



1.Write 5 interesting facts about the person who gave you this award


1. Blog dia cute
2. Dia ni suka warna pink kot,wee~
3. Aktif kot,setiap hari update,haha~
4.Dia ni sekolah lagi,hehe~
 5. Info yang menarik



2. Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby.

 1. Setiap hari mesti online walaupun tak updata apa2,haha~
2.Tak sabar nak kerja tempat lain
3. Susah tidur malam
4. Tak sabar nak sambung belajar next year
5. Suka blogwalking tinggalkan jejak
6. Cepat terasa kot,so jangan kecilkan hati saya k,hee~
7. Suka dengar lagu omputih
8 Suka baca komik manga~
9 Suka cari kawan
10 Suka tidur,sungguh selesa
~



3.Pick your most 10 deserving recipients and describe them

Semua yang singgah ke blog ini yer!!

 lyn


thanx to Syakilah~

Tuesday, October 5, 2010

Oh kerja, tolong saya~


Aloo~
ada sesape boleh bagi saya kerja?
bagitau saya yer!!!

Monday, October 4, 2010

Boringnya~

Hari ini cuti, tak keluar pun~
menghadap laptop buruk ni je,uwaa~
nak keluar pun dengan sapa?? 
mak ayah pun kerja
malam pun buat benda yang sama
menghadap laptop lagi
tap tap tap
menekan keyboard ini
.............


Oh mr.brain

huaaa~
sedang tengok cerita mr.brain
jom tengok!!


Tag from aiskrim vanilla~



1.Apakah nama blogger anda??
♥ My Sweet Lollipop ♥


2.Lagu apakah yang dimainkan dlm blog anda?
Dulu letak lagu "Justin Bieber - Somebody to love" sekarang x letak lagu daa~


3.Siapakah yang anda rasa blogger lain yang sporting dgn anda??
Aiyark~ erm semua sporting~


4.Sila uploadkan page headers anda?.
malas la pula,ahakz~


5.Warna apakah blog anda.?
macam-macam warna ada,lalala~


n last question..


6.tag kepada 5 orang.
erm nak tag kat sapa erk,koh3~

nui 




thanx ya
aiskrim vanilla!!!

Tag ~~

yoshh~~
first time saya dapat tag dari rakan blogger,like3~ wee~
thanx a lot Ida_Bubu!!


1-Name one person who made you laugh last night?
Kak Jaya, dekat tempat kerja,waaa~


2-What were u doing 1 hour ago?
tidur la of coz, penat oh kerja malam


3-What was da last thing you said out loud?
"oii,diam arr~ aku nak tidur laaaa~"


4-Where's da next place you're going to?
hurm~ ingat nak pergi makan pasni,lapar kot,krohhhk~


5-What was da last thing you paid for?
bayar hutang kat member, sob3~


6-Where were u last night?
kat hospital la,keje malam ma~

7-What's da best ice-cream flavour?
coklat la my feveret,wee~


8-Do you wanna cut your hair?
nak juga, tapi tunggu la

9-Do you love to "melatah"?
tak suka langsung, hate it

10-If that so(melatah)what will you said out loud?
jarang melatah, maybe "opocot mak kau"

11-What does da last text-msg received say?
- wet -
"Aku keje. Arini sje dtg lmbt..hehe. Bie keje pg"


12-Will you get married in da future?
Erm insya Allah~ fokus pada apa yang aku nak dulu,wee~


13-Do you chew on your straw?
kadang-kadang bila kebosanan


14-Do you make-up your own words?
yup


15-Is there anyone u like/love right now?
Hurm~ let see
ramai la~

16-Tag to other 5 blogger/more
Eyka
lia3003 
SYak SyaKilah Halikays 
 yunns
 Cik Nur



Saturday, October 2, 2010

Masalah?

Masalah apa?
Aku tak boleh taip dalam laptop,asik loading tak abis2 kat new post tu
kenapa eh?
Sekarang ni pun taip guna mobile web
sangat sedih,sob3~