Wednesday, December 8, 2010

Hari interbiuku ~~


Haip~ hari ini gua nak alkisah sikit pasal 'interbiu' ni. Tak kisah la interbiu kerja ke interbiu masuk U ke,bla bla bla~

 Ini kisah gua~

Ehem2, gua nak cerita masa 26hb hari tu gua pergi interbiu dekat salah sebuah hospital swasta kat Shah Alam. Interbiu kerja la kononnya, ahakz~ Hari keesokannya konvokesyen gua di UiTM Shah Alam. Cet~

Nak jadikan cerita, gua pergi pagi 26hb hari itu. Naik bas la, lesen tak da kot. Terpaksa la naik bas, beli on the spot. Interbiunya pukul 10 pagi, tiket trans aku pukul 8 pg. Hah~ bunyi macam tak sempat kan, mana taknya, sampai Shah Alam gua nak carik hospital tu lagi,peh~ Dah la hari itu, gua formal, pakai baju kurung beb,macam orang kampung, semangat ni nak interbiu,hahaha~

Dari Melaka nak ke Shah Alam, adalah dalam 2 jam lebih.. Dengan jamnya, pastu pak cik bus tu gerak lambat kot. Siot tul, gua nak cepat..haha~ Hurm, sepanjang perjalanan ke Shah Alam  tu, gua tidur je. (tak penting) 

Gua sampai dalam pukul 10:30 pagi kot, lewat dah ni. Jap2~~ Nak tahu, sampai je kat station bus tu, kasut gua buat hal. Tapak kasut gua tercabut, what the heck, takkan gua nak seret kasut tu pergi interbiu kan, terpaksa la gua pergi kompleks PKNS Shah Alam beli kasut baru. Gua dengan tergesa-gesanya masuk salah satu kedai kasut kat situ, try ar kasut2 kat situ. Gua nak cepat la kononnya, penjual kasut tu tengok je gua. Ye la, kasut gua dua2 belah dah tercabut tapak, terseret2 gua jalan. gaya macam gua ni orang sakit. Punya ler konfiden gua nak amik kasut tu, gua cek duit gua ada beberapa keping singgit, RM 10 sekeping, aiseh~ apa ni, gua tak withdraw lagi duit gua dari bank CIMB lagi rupanya~ aiyark, penjual kasut tu tengok je gua. Gila la, gua rasa macam orang susah takda duit time tu. Malu gila time tu. Gua tak tau mana nak sorok muka,hahaha~kelakar gila time tu. Dah la gaya macam orang kampung time tu,hahaha~

Pastu gua ternampak ada kedai kasut murah, sepuluh ringgit. banyak pula tu. Apa lagi, terus gua blah dari kedai tadi dan menuju ke kedai kasut murah tu,haha~ Nak tahu, orang yang jual kasut kat kedai gua pergi sebelum tu tengok je gua keluar dari kedai dia dan pergi kedai yang gua nak pergi tu. Siot tul la mamat melayu tu, mesti dalam hati dia fikir, "ishk2 kecian minah tu, nak beli kasut duit takda" Gua nak je cakap, ko ingat aku tak ada duit ke, aku tak keluarkan lagi la,haiyaa~ malang tul gua rasa time tu. Dah la gua dah lambat, rasa macam nak nangis je,uwaaa~ Gua story kat member gua masa hari konvo, diorang gelakkan gua,macam haram~

Lepas beli kasut, gua terus bla naik teksi pergi hospital. Lantak la teksi mahal, time tu gua dah lambat, rapid pun lambat. huaa~  4 hinggit gua kena tambang,gila mahal~ padahal dekat je~ 

Time tu dah pukul 11:30, gua memang lewat la, apa boleh buat. Sampai hospital tu , gua blur~ gua nak pergi mana.. Then gua pun tanya la kaunter pertanyaan kat situ then dye tunjuk jalan. Nasib baik. Gua selamat sampai ke destinasi. Syukur Alhamdulillah~

Masa gua sampai tu, ramai dah kat situ. Gua orang paling last, ye la sapa suruh lambat, padan muka~ Lama gua tunggu turn, pukul 1 lebih baru turn gua, time tu otak gua dah 'lembab'. masa dia tanya, gua cakap merapu je kot.
Apa yang dia tanya, gua jawab selamba tapi mengarut. Hampeh tul~ gua rasa macam sia2 je gua pergi interbiu hari itu. Harapan macam tak ada. Biarlah, banyak tempat gua boleh try lagi. huh~

Last2, gua balik dengan hati yang kecewa, podahh~ then gua fikir balik, apa gua buat ni?? stupid la~~ Then, gua lepak kat SACC Mall then pergi KL sampai petang. Nak hilangkan stress ma~~ Gua sakan habis la time tu~

Petang tu gua lepak rumah member gua kat sentul and tidur semalam cuz esok nak pergi konvo ma~ mana gua nak tidur nanti,haha~ Gua excited lagi nak pergi konvo dari pergi 'interbiu' itu, hahaha~

THE END





3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

baju kurung is not bad.penyelamat utk ke majlis formal :)

~SukEMakAn~ said...

mcm mcm bende jadi
mmg xdak rezki la tu
hehe~

nurain vivian said...

relaks dear..biasalah..time interview adanya ragam...lepas ni buat elok2 tau...good luck!!