Wednesday, February 9, 2011

Romantic Princess~


Oyasumia minna~~
hehe~ tetibe bahasa jepang pula yang keluar~

Hari ni gua share sket cerita yang yang gua dah tengok ni ha, cerita siri taiwan ni ha,sangat rare for me to watch~ Terasa agak pelik juga la pabila tengok cerita taiwan, cuz gua selalu prefer jepun atau korea. Taiwan memang jarang sekali, pendek kata tak pernah,hua3~

Tetiba je gua terasa nak tengok cerita ni sebab ada kat dalam HD gua, bosan2 last2 habis gak cerita ni. Best juga la, tak tahu la korang pernah tengok ke tak, sebab gua baru tengok,hahahaha~

OK!! cukup la bebelan gua pada malam ini yer!! JOM usha cerita 'ROMANTIC PRINCESS" lakonan Wu Zhun dan Angela Chang. Gua suka tengok diorang berdua ini, sangat sepadan~~ jelesnyaaaaaa!!!!



Erm, gua nak start kat mana yer. herm~ macam ni ceritanya..
Cerita ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Xiau Mai (Angela Zhang) selalu berangan nak jadi kaya. Keluarganya bukanlah keluarga kaya dan hanya tinggal di sebuah apartmen lama. Setiap hari dia bekerja keras nak cari duit~


Suatu hari,Xiau Mai didatangi oleh sekumpulan orang berbaju hitam yang tak dikenali dan memberitahu Xiau Mai adalah cucu Huanh Fu Xiong, heiress sebuah syarikat. Bila bertanya kepada mak bapak dia, diorang kata diorang bela Xiau Mai masa bayi. Last2, Xiau Mai terpaksalah pindah ke rumah barunya. Kehidupanorang kaya tidaklah seindah yang disangkakan. Hari pertama dia pindah, Nan Feng Jin (Wu Chun ) ahli waris perusahaan menganggap Xiau Mai cuma perempuan materialistik yang mengejar harta keluarga mereka. Budak 2 orang ni memang selalu gaduh, ada je tak kena. SI Huang Fu,datuk kepada Xiau Mai, ataupun digelar Emp ingin menjodohkan mereka berdua ni. Dah lama sangat dok bersama, diorang berdua ni jatuh cinta la,macam tak tahu..hua3~

Si Nan Feng Jing ni pula tak mahu mewaris syarikat Huang Fu, tapi nak kerja sales man je. So,memang banyak konflik. hua3~ Xiau Mai terpaksa tinggak bersam 4 orang bakal pewaris syarikat Huang Pu ni.Setiap dari mereka semua karekter berlainan.. Nan Feng Jin (Wu Chun ) , Nan Feng Cai (Calvin Chen) , Nan Feng Lin (George Hu), Nan Feng Yin (Li Ang Lin)..






Hurm~ and the rest korang tengok la sendiri yer,, bikin suspen je.. hehe~


No comments: