Salam dan hai losers yang annoying sekalian ! hiks
Oke, pernah dengar produk elife tak ? Tak ? oke, kuno dowh korang ni. Hiks. Macam MLM, tapi fanatik produk ni sekeras kerasnya cakap bukan. Damn, fine ! duit korang yang habis, bukan gua. Cerita ni dah lama, tetapi berlaku dalam tahun ni - 2013.
Ceritanya bermula begini, gua ada kenal seorang rumet ni tapi tak pernah bertegur. Sekadar cakap hai dan perbualan ringkas sahaja antara kami. Perbualan kami kadang kadang agak kekok mungkin tiada keserasian di situ. Oke, itu semua bullshit. Suatu hari, rumet ni atau N bukan nama sebenar mahupun nama betul kena kicked out dari rumah sewa. KENAPA ? sebab tak bayar duit rumah sewa, antara masalahnya gua tak ambil port. No money no rent.
The next day, gua balik kerja agak awal dalam pukul 3 petang. Tetibe ada mesej masuk, dari N. Katanya nak ajak gua lepak tengok wayang. Oke, ini awkward, kami tak pernah bermesej pun, setakat bertukar no telefon in case terlupa bawa kunci je. Anyway, dia dah berambus kot dari rumah sewa. Gua pula masa tu macam bongok, otak tengah lembab kot, terima je pelawaannya. Damn, masuk mulut buaya. N amik gua dekat area rumah gua, dalam perjalanan, TIBA TIBA kami borak borak macam best friend dah kenal 5 tahun. Paiseh dowh, ini semua lagha.
Gua tak syak apa apa, gua cuma syak maybe dia nak berkawan dengan gua since masa dekat rumah sewa dia pendiam macam pantung cendana. Fine with me. Dia ajak gua makan dulu, lapar katanya. Oke , gua turutkan sahaja permintannya. Sesampainya di kedai makan, terus dia pergi dekat satu grup manusia ni, Lebih kurang 6 orang satu meja. Ciskek, gua ingat gua berdua je, rupanya ramai shit. Time makan, gua pula terasa awkward sebab gua paling tua di antara mereka. Diorang ni friendly gila, masih student. Gua yang naif ni layankan saja
Bla bla bla lepas makan kami pergi tengok wayang seperti yang dijanjikan. Cerita action gua dah lupa tajuk yang pasti ada mamat rambo gila bapak best. Habis tengok cerita lebih kurang almost maghrib, ingatkan nak balik. Sekali N ni kata nak bawa gua pergi buat treatment dengan member member dia. Gua terpaksa la ikut sebab gua menumpang kan.
Kemudian kami pergi ke destinasi seterusnya, welcome to jigoku.
Bersambung . . .
No comments:
Post a Comment