Sunday, February 13, 2011

Saya tak sengaja cikgu


gambar sekadar hiasan



Sekolah memang seronok bila difikirkan beribu kali,ececeh~ nko dah habis sekolah boleh la cakap best,cuba kalau nko masuk balik sekolah, komfem nak cepat habis kan, hiyaaark~

Masa gua form 1 dulu,gua seorang gadis yang suci lagi naif. Orang kata A, A la. Apa orang kata, gua ikut tanpa banyak soal. Sekarang gua sudah pandai menjawab, siapalah gerangan yang mengajar gua macam ini ya,hik3.. tersipu malu~

Gua ingat lagi satu kejadian masa gua dekat kelas gua itu. Hari itu, cuaca baik sekali, matahari tunjuk peace dekat gua. Time tu kelas subjek matematik, tapi cikgu gua ada meeting,so tiada kelas la ketika itu, maka kami sekelas melompat kegirangan, say yihaa~ 

So gua, pelajar yang rajin lagi sopan ingin membersihkan papan hitam yang berhabuk itu, sebab time tu gua punya turn kena padam papan hitam, ikut jadual kebersihan. Time korang sekolah dulu pun ada jadual kebersihan kan? Jangan mengada kata tak ada,amik ni sepakan penalti gua,dush dush~ So,nak dijadikan cerita pendek ini, gua melompat2 nak padam tulisan2 kapur yang tinggi itu, gua tau la gua pendek lagi comel, so gua pun lompat2 la. Ketika itu, gua tak terfikir pula nak gunakan kerusi untuk panjat, naif sungguh gua ketika itu, gua panjat dekat kaki papan hitam tu je. Mungkin berat gua tak bape stabil, tiba2 terdengar bunyi patah

KREKKKKK~~~ KROMMM~~ gua tak pandai nak buat bunyi benda patah jatuh atas lantai, tapi korang paham kan. Buat paham sudah. Bunyi bising itu sekali gus mematikan suasana pelajar yang asyik leka dengan pot pet pot pet mereka, yang tengah dok study pun benti study, yang nak pergi tandas tak jadi pergi. Hmmm~ apa yang patah? kaki papan hitam yang patah.OMG, gua cuak gila time itu,gua kan naif,gua buat muka blur la. Papan hitam itu ada 2 kaki, satu kaki dia dah patah,jadi senget la. Badan terhempas atas lantai. Ketua kelas gua pun terkejut. 

"Filza, macam mana boleh patah?" ketua kelas bertanya kepada gua

"Saya pijak kat sini" Sambil menujukkan tempat aku berpijak

"Lepas tu?" Dia bertanya

"Lepas tu, tiba2 dia2 patah" Gua menjawab dengan muka tak bersalah


************

Pada ketika itu ,gua dapat lihat satu kelas tengok gua dengan muka terkejut dan pandang sinis terhadap gua

************


" ayott,tak tahu~ bagi tahu cikgu,Fiza patahkan papan hitam" kedengaran budak sekelas mengejek

Dalam hati gua, gua BLUR~ gua tak tahu nak buat apa. Uwaaa~ gua rasa nak nangis, sekolah tak sampai setahun dah berani patahkan papan hitam,sapa nak ganti,kyaaaa~~

Nasib baik la ketua kelas gua yang berdedikasi itu memahami gua. Dia menolong gua mengangkat badan papan hitam itu dan cuba letakkan kembali kaki yang patah itu ke tempat asalnya. Ya, kami berjaya!! Tak jatuh pula itu, still and steady je,hehe~ kemudian, Cikgu subjek Bahasa Melayu masuk ke kelas gua, itu petanda meeting sudah habis,uwaaa~gua sangat cuak ketika cikgu gua masuk,dah lah beliau guru kelas kelas gua, kalalu dapat tahu, matilah gua. Nasib gua baik kerana tiada seorang pun buka mulut pasal kejadian hari itu. 

Semasa cikgu gua memulakan seisi pembelajaran, mestilah beliau akan menggunakan papan hitam dalam berkongsi ilmu, ye tak. Dia start je mencoret papan hitam itu, satu perasaan aneh mula mengangguku. Papan hitam itu mula bergoyang macam ada gegaran gempa bumi, cikgu gua pelik dan perasan papan hitam tu bergoyang dan tak stabil. Malah beliau perasan ada kesan patah dekat kaki papan hitam itu. Akhirnya, dia mula bertanya. Dipendekkan cerita, gua mengaku gua yang patahkan, tapi gua tak sengaja. Gua mintak maaf atas kecuaian gua, tapi cikgu kata siapa nak ganti. Uwaa~ gua lagi sedih ketika itu. Tapi hingga hujung tahun, kami sekelas masih menggunakan papan hitam itu,walhal dah tahu patah tapi tak ditukarkan, masih berdiri teguh lagi di situ,hik3~ Tapi akhirnya papan hitam itu ditukar ganti kerana kedua2 kaki papan hitam itu sudah patah. Siapa patahkan satu lagi? Gua pun tak tahu
hik3~


THE END






1 comment:

nurain vivian said...

hahhaa..patutnya ko simpan gambar wat kenangan...