Tuesday, January 26, 2010

NANA (ナナ)

Saya baru tengok movie nie malam tadi. best gak citer nie..Pasal 2 orang perempuan yang kongsi sama nama dan hidup sebumbung..Sorang penyanyi nampak brutal n sorang lagi nampak lembut and sopan je. Citer Nana nie ade 2, nana dgn nana 2..
Nana 2 banyak berkisarkan Nana Komatsu dan cintanya tapi saya tak tengok lagi..Tapi saya nak review citer ni gak nanti.

Jenis Film

Drama, Romance, Music

Run time

113 minutes



Cast
* Nana Komatsu (小松奈々 Komatsu Nana): Yui Ichikawa
* Nana Osaki (大崎ナナ Ōsaki Nana): Mika Nakashima
* Ren Honjo (本城蓮 Honjō Ren): Nobuo Kyou
* Takumi Ichinose (一ノ瀬巧 Ichinose Takumi): Tetsuji Tamayama
* Shinichi Okazaki (岡崎真一 Okazaki Shin'ichi) a.k.a. Shin: Kanata Hongo
* Nobuo Terashima (寺島伸夫 Terashima Nobuo)): Hiroki Narimiya
* Reira Serizawa (芹澤レイラ Serizawa Reira): Yuna Ito



Sinopsis...
Movie ni adalah adaptasi daripada komik NANA karya Ai Yazawa yang kini dijadikan live-action film. Cerita ini dibintangi penyanyi ternama Mika Nakashima dan Aoi Miyazaki.NANA menceritakan tentang 2 gadis muda berusia 20 tahun yang memiliki nama yang sama tapi dengan keperibadian yang berlainan.Nana Osaki (Mika Nakashima), penyanyi dengan sifat tenang, diam, penyanyi punk datang ke Tokyo mencuba2 nasib dalam musik underground di Tokyo. Sementara itu Nana memiliki permasalahan dengan balaknya yang ingin dilupakannya kerana dia tidak ingin masalah peribadi bercampur dengan impian besarnya. Dia bertekad tidak akan berhenti sampai dia menjadi penyanyi rock di Jepun. Nana yang lain bernama Nana Komatsu (bintang tv, Aoi Miyazaki) yang sering dipanggil dengan nama Hachi adalah gadis ceria yang manis. Hachi dengan hidupnya yang terlalu dilindungi memiliki sifat buruk cepat jatuh cinta. Nana Komatsu pernah mempunyai pengalaman cinta di masa lalu. Dia kemudian jatuh cinta sama sahabatnya dan memutuskan untuk mengikutinya ke Tokyo begitu mengetahui kalau sahabatnya itu diterima di sekolah seni di Tokyo. Dengan perpindahannya ke kota besar Tokyo, Nana berharap dia akan bertemu cinta dan kebahagiaan di tempat yang baru.Kebetulan kedua orang nana ini bertemu di dalam kereta api. Kebetulan itu kembali ada hubungannya dengan angka 7 yang kemudian ternyata mereka tinggal di apartmen yang sama rumah 707.Adakah mereka akan berjaya bertemu kebahagiaan yang sudah lama mereka impikan?? Jawabannya ada di NANA!!

No comments: