Tuesday, January 26, 2010

Atashinchi no Danshi (アタシんちの男子 )

Best seh cerita ni..suka tengok cerita ni..
Pelakon yang agak terkenal - Horikita Maki, Kaname Jun, Mukai Osamu, Yamamoto Yusuke

Jenis Film

Comedy

Episode

11

Theme Song

Infinity by GIRL NEXT DOOR



Cast

* Horikita Maki as Mineta Chisato
* Kaname Jun as Okura Fuu
* Okada Yoshinori as Okura Takeru
* Mukai Osamu as Okura Sho
* Yamamoto Yusuke as Okura Masaru
* Seto Koji as Okura Satoru
* Okayama Tomoki (岡山智樹) as Okura Akira
* Kusakari Masao as Okura Shinzo (company president)



Sinopsis...
Cerita ini mengisahkan pasal Chisato, seorang gadis yg terpaksa hidup tanpa rumah dan banyak nasibnya selalu malang.Mana taknya,setiap hari dia dikejar oleh pemiutang2 (along) yg memintanya membayar 100, 000, 000 yen , iaitu hutang perjudian bapanya kerana bapanya telah menamakan Chisato sebagai pembayar hutang tersebut.Meskipun begitu, Chisato selalu menemui berbagai cara untuk mengadapi itu semua
Namun pada suatu hari ketika Chisato sedang melarikan diri dari dikejar along, seorang lelaki telah muncul dan tolong membayar semua hutang Chisato dengan sekeping cek. Sebagai balasan, Chisato mesti menandatangani sebuah kontrak dan berkahwin dengannya. Bagaimanapun tidak lama kemudian selepas berkahwin, lelaki tersebut atau namanya Ohkura Shinzo telah meninggal dunia. Dan mengikut kontrak yang telah Chisato tandatangan, beliau perlu menjadi 'ibu' kepada 6 org anak angkat Ohkura Shinzo selama 2 bulan disamping perlu menyelesaikan 'Mother's Goals' bagi melangsaikan hutang Chisato kepada Ohkura Shinzo.
Bagaimana Chisato menghadapi ini semua? Adakah dia sanggup menghadapi tingkah laku anak angkat Shinzo-san yang semuanya adalah laki2 dan nakal2 belaka? Drama komedi ini cukup merebut perhatian kali ini, kerana dengan adegan lucu yang boleh buat perut pecah ketawa, campur pula dengan kerenah2 anak2 Shinzo-san.

No comments: