Monday, January 18, 2010

Gokusen 3 (ごくせん)

Gokusen musim ke-3 yang dinanti-nantikan,padahal saya tak pernah tengok lagi gokusen 1 & 2..haha, tapi bagi saya, saya boleh agak lah cerita2nya memang best belaka..wawawa..
Tapi berdasarkan apa yang saya dengar dari member2 saya yang dah tengok and apa yang saya baca kat internet jalan ceritanya lebih kurang sama je, cuma watak dengan sekolah je berubah ...Pasal sekumpulan budak sekolah bermasalah yang tak respek langsung kat cikgu diorang..

Jenis Film

Comedy, School

Episode

11 Episode

Theme Song

Niji by Aqua Timez





Cast
Nakama Yukie sebagaiYamaguchi Kumiko (Yankumi / Ojou / Kumichou) (Math Teacher/Class 3D adviser)
Namase Katsuhisa sebagai Sawatari Goro, Kyoto (School Vice Principal)
Miura Haruma sebagai Kazama Ren gokusen3
Takaki Yuya sebagai Ogata Yamato
Ishiguro Hideo sebagai Honjo Kengo
Kiriyama Akito sebagai Kuraki Satoru
Nakama Junta sebagai Ichimura Rikiya
Miura Shohei sebagai Kamiya Shunsuke



Sinopsis
Gokusen mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut berikutan kematian kedua-dua ibu bapanya. Walaupun hajatnya untuk menjadi seorang guru direstui oleh datuknya, pengikut-pengikutnya tetap mahukan Kumiko untuk menjadi pengganti datuknya itu.

Kumiko (juga dikenali sebagai "Yankumi" di kalangan pelajar-pelajarnya) menjadi guru di sebuah sekolah menengah swasta. Dia menjadi guru kelas di sebuah kelas yang dipenuhi pelajar samseng, Sebagai mana kisah "guru berdedikasi" yang lain seperti Great Teacher Onizuka, Kumiko bukan sahaja mengajar ilmu akademik di dalam kelas, malah turut mengajar anak muridnya mengenai erti kehidupan. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar keluarganya daripada pengetahuan umum, statusnya sebagai pewaris ketua yakuza sering memberikannya kekuatan dalam menghadapi masalah, tetapi selalunya membentuk sebahagian unsur komedi.

No comments: