Monday, January 18, 2010

1 Litre of Tears (1リットルの涙, Ichi Rittoru no Namida)

1 Litre of Tears, cerita ni sedih gila.. tapi best dengan heronya si Ryo Nishikido yang kawai tu..hehe

Jenis Film

Tragedi, Drama, Sekolah, Percintaan

Episode

11 Episode

Theme Song

Only Human oleh K

Konayuki (粉雪, Konayuki?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日, Sangatsu Kokonoka?) oleh Remioromen






Cerita ini mengisahkan kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.Kesiannya..

Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit spinocerebellar ataxia dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.

Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya (Erika Sawajiri) sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji(Kenichi Matsuyama) musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto(Ryō Nishikido). Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.

1 Litre of Tears Special



Filem khas 3 jam yang menceritakan kisah setengah tahun selepas pemergian Aya dengan memfokuskan kepada watak Haruto Asō yang telah menjadi seorang doctor di hospital yang sama tempat Aya mendapatkan rawatan dan juga Ako Ikeuchi iaitu adik Aya yang menjadi jururawat terlatih. Haruto bertemu dengan seorang pesakit yang berusia 14 tahun. Gadis itu sentiasa dibuli di sekolah dan mencederakan dirinya. Ia membuatkan Haruto mengenang kepayahan Aya berperang dengan penyakitkan dan hidup dalam keadaan dirinya yang kurang sempurna. Ini telah membantu Haruto agar memberi keyakinan dan galakan kepada pesakitnya itu.

No comments: