Wednesday, January 12, 2011

Nobuta Wo Produce

Oyasumi~~



Woo~ korang dah tengok cerita ni?? Best woo cerita ni.. Aku suka tengok si yamapi ni, gila gedik dalam cerita ni.. hehe~~

Shuuji (Kamenashi Kazuya dari group Kat-Tun) kononnya student paling 'cool' kat sekolah dia. Berlagak cool, ceria,riang, suka tolong orang, padahal sebenarnya bajet je lebih. Kat sekolah, dia ada awek kononnya paling cantik dan cute la sekolah dia tu, padahal dia tak ada perasaan pun kat perempuan itu.

Kawan Shuuji , Akira (Yamashita dari group band "NEWS"), seorang budak lelaki yang pelik, suka cakap banyak, suka melompat2, suka ketawa kuat2, tapi dia seorang budak yang baik, suka dengar masalah orang.Akira ni sebenarnya anak orang kaya dan cuma dia sorang je tahu perangai betul si Shuuji ni. Si Shuuji ni mula2 benci gila kat Akira, tapi lama-kelamaan dia mula menerima kehadiran Akira. Bila kat sekolah, Akira dengan Shuuji buat2 macam tak bape kenal.

Pada Suatu hari, seorang student perempuan baru pindah ke sekolah diorang bernama Kotani Nobuko. Nobuko seorang gadis yang pendiam dan suka bersendirian dan suka tunduk. Nampak aneh la minah ni. Dia selalu kena buli kat sekolah, biasalah budak pelik selalu kena buli dengan budak yang popular. Dia ni tak kisah pun kena buli, memang pelik.

Si Shuuji dan Akira selalu tolong si Nobuko ni bila dia kena buli.Suatu hari, diorang berdua ni berpakat nak buat satu projek,iaitu mengubah si Nobuko menjadi gadis paling popular kat sekolah diorang. Nobuko diberi gelaran Nobuta bagi mengfemeskan minah ni.

So, apa endingnya?? tengok la sendiri yer.. hihihi~~






Kamenashi Kazuya as Kiritani Shuji
 
Yamashita Tomohisa as Kusano Akira

Horikita Maki as Kotani Nobuko

2 comments:

Unknown said...

hmm . ni movie ke drama ek ? mcm best jee :P

.kozue. said...

drama,memang best~
recommended..hee~