Monday, July 12, 2010

Herin - Si Budak Aktif



Oh adikku herin nur, setiap malam kamu berjaga , aktif waktu malam, siang tido pula,kenapa yer dengan kamu ini, pelik sungguh bagi budak berumur 4 tahun stay up late waktu malam sambil menonton rancangan kegemarannya 'Disney Playhouse' dengan gembira sekali, siap boleh bernyanyi dengan riang dengan muka yang tak bersalah itu. Oit~~ orang lain semua tido awal la~~ Malam2 suka kacau orang, masuk keluar bilik, sepahkan mainan, mintak itu ini, baca 123 dan abc, memekak malam2, tak reti duduk diam~~ Satu famili risau betol perangai dia, tapi tak nak buat ape~~ Cabut 'kad astro' and sorokkan kat dalam almari, dia panjat dan carik kad itu, siap 'testing' satu persatu kad yang ada dekat 'peti astro' itu, haha~~ Lawak betul tengok gelagat dia. Harap muka je comel, tapi mulut bising, kuat meragam, tak boleh tidor malam~~ macam2 betul la.. huu~~


MR BRAIN

Jenis Film


Comedy, mystery


Episode


8


Theme Song


JUMP by Van Halen





Cast...


Kimura Takuya as Tsukumo Ryusuke
Ayase Haruka as Yuri Kazune
Mizushima Hiro as Hayashida Toranosuke
Hiraizumi Sei as Funaki Junpei
Shitara Osamu as Kanda Junichi
Yamazaki Shigenori as Ochi Koichi



Sinopsis...

Tsukumo Ryusuke (kimura Takuya) 5 tahun yang lalu adalah seorang Host dari sebuah club. Satu kecelakaan telah berlaku padanya yang akhirnya membuat dia berhenti menjadi seorang Host dan kini melibatkan diri dalam di bidang psikologi dan menjadi seorang neuroscientist iaitu dalam bidang ilmu saraf.

Setelah menjadi seorang neuroscientist Ryusuke diceritakan bertugas di sebuah satu komponi yang sebenarnya adalah bahagian dari Agen Polis Nasional (Police National Agency) yang bernama NRIPS (National Research Institute of Police Science.

Ryusuke di bantu oleh Yuri Kazune (Ayase Haruka)dan seorang polis muda iaitu Inspektor Hayashida (Mizushima Hiro). Mereka bertiga saling membantu untuk menyelesaikan masalah.

Namun, dibalik kecerdasan Ryusuke ternyata dia juga memiliki kelemahan dan inilah yang sering menjadi gangguan, kelemahan Ryusuke adalah dia tidak dapat kenal pasti masalah di sekelilingnya, contohnya ketika terjadi sebuah ledakan di sebuah jalan yang membuat orang2 bertempiaran, Ryusuke berada di sebuah kafe duduk dengan tenangnya membuka paket sambil pengunjung2 yang lain lari bertempiaran. Di saat polis datang dan melihatnya yang selamba, polis pun mencurigainya dan menangkapnya kearan beranggapan dia lah orang yang terlibat dalam peledakan bom.


Sunday, July 11, 2010

Code Blue - Final Episode~~

Err~~ Uh, akhirnya habis juga cerita 'Code blue', season 1 je la baru, SP dengan Season 2 tak tengok lagi, hahaha~~ Best la cerita ni, sesungguhnya ada kaitan dengan kerjaya saya di hospital~~ Rasa seronok, bestnya kalau saya ni 'cekap' macam dalam cerita ni, hahahaha~~~ Err~~, lepas ni nak tengok 'Bloody Monday 2' la pula kot, tunggu saya MIURA HARUMA-SAN..hee~~

Friday, July 9, 2010

Rasa jauh di hati...





Err~~, entah lah nak cakap apa tentang hati saya ini, hihi~~ saya tak tahu la, apa yang saya rasa macam takda apa2, hanya kekosongan di jiwa ini.. Boring sungguh perasaan ini, macam takda ape2, kosong je, cakap pun merepek dah ni~~ Huu~~, bila lah hati ini akan rasa tenang dan gembira jer, err~~ bosan yang amat lah, rasa sedih dan sedih dan sedih dan takde ending~~ Err~~ hati ni rasa sakit la, tak tahu kenapa~~ kenapa yer~~ huh, rasa keseorangan kot~~ hihihi (^_^!) Kadang kala rasa hepi tak pasal2, hahaha, ntah pape, bila hepi, hepi sangat, bila sedih, sedih sangat.

Spotlight :: Mythwar Game Online

Di sini saya ingin bagi sedikit infomasi game Mythwar'(RPG)' ni, saya dulu minat betul main game ni sampai leka, hahaha~~ Saya stop main sejak kena masuk UiTM, sedih gila time tu, time tu la pula ayah saya potong 'Streamyx', memang tak boleh main internet lagi,woo~~ Sampai sekarang saya tak main lagi game ni, nak download tapi internet pula laju macam 'siput',so terbatal la hasrat saya untuk download game ini balik~~ Dah la saya user paling aktif di kalangan adik beradik saya, masa tu saya dah dapat pangkat koperal dan rank warna oren, penat woo nak sampai tahap tu, skill pun dah kira hebat la juga sebab setiap hari saya train,hohoho~~Tapi, saya suka yang teramat la main game ini, satu famili main game ni,hihihi~~ Cantik la game nie, i like3~~






(Bila time battle)





(Jom train pets)

Memulakan hari yang baru..




Err~~ saya, seperti biasa tak boleh tidur malam ni, uh~~ Jam sekarang sudah pukul 4:08am, mata saya still tak rasa nak lelap pun, kenapa yer?? Oh yer, saya terlajak tido petang tadi, pada waktu ini, semua orang tengah tido dengan aman dan damai, tinggal saya seorang sedang menaip dari tadi tak henti2 (tip,top,tap menekan keyboard). Banyak pula saya mengepost entry hari ni akibat ketidakbolehkan (sape ajar) untuk tido dengan lena. Apa yang saya fikir sekarang ni? Entah, masalah yang menimbun yang tidak ada penyelesaian yang pasti. Katilku asik merenung je saya dari tadi. "Oh Filza, sudah2 la tu, jom tido~~ asik2 online memanjang, tak sihat tau" Tetapi, saya still tak rasa apa2. Hidup dah biasa macam ni, ape boleh buat,heee~~ Tak sabarnya nak tunggu pagi, matahari terbit, tapi nak buat apa je pun, haha~~ Goyang kaki saja di rumah kot~~ Time yang sesuai untuk saya merapu la ni, lalala~~ help help~~ tira...!! tetiba panggil nama adik sendiri,huh~~

Falling In Love With Miura Haruma-San~~~~

Hosted by Cute Icons.NET

Siapa Miura Haruma?? Laki aku kot, hahahaha~~~

Siapa tak kenal beliau?? Beliau, (cett) berlakon dalam cerita 'Bloody Monday', femes woo drama itu sebagai hacker yang genius, ataupun berlakon dalam Gokusen 3, pegang watak Kazama Ren, gangster la kat sekolah dia tu, ahakz~~ Saya suka sangat sama dia, hihihi~~




Name: 三浦春馬
Name (romaji): Miura Haruma
Profession: Actor and singer
Birthdate: 1990-Apr-05
Birthplace: Ibaraki, Japan
Height: 178cm
Weight: 63kg
Star sign: Aries
Blood type: AB

Cerita2 yang pernah dibintangi oleh beliau: (yang tertonjol)

Bloody Monday 2 as Takagi Fujimaru (TBS, 2010)
Samurai High School as Mochizuki Kotaro (NTV, 2009)
Gokusen 3 SP as Kazama Ren (NTV, 2009)
Bloody Monday as Takagi Fujimaru (TBS, 2008)
Gokusen 3 as Kazama Ren (NTV, 2008)
Binbo Danshi as Shiraishi Ryo (NTV, 2008)
14 Sai no Haha as Kirino Satoshi (NTV, 2006)
Gokusen: The Movie as Kazama Ren (2009)
Crows ZERO II (2009)
Naoko (2008)
Negative Happy Chainsaw Edge as Noto (2007)
Koizora as Hiro(2007)

Tesco 'Cheng'

Well, ni kali ke-2 saya pergi Tesco Cheng yang semestinya dekat la dengan rumah saya, heh~~ Ibu dan Bapa saya mengajak saya makan di sana, kebetulan pula tengah bosan tahap tak terkata dengan ayat( aku merepek lagi), so saya decide untuk ikut mereka berdua dan diikuti 2 adikku yang x reti2 nak duduk diam~~

Er~~ perjalanan kami mengambil masa tak sampai 10 minit pun, cari parking je lambat sikit, koh3~~ Erm kitorang datang pun nak makan2 saja, ayah saya dari tadi nak makan 'nasi goreng cina' sebab murah, RM 2.50 je, murah la tu, sedap, kat kolej saya pun jual RM 3.50 seh, mahal, cekik darah betul, nak bunuh orang ke. Tapi, saya taknak order 'nasi gireng cina' seperti yang ditempah beliau kerana, malas ar.. Baik makan benda lain, koh3~~ Err, di situ saya meng'order' 'nasi goreng ayam lada hitam', bunyik macam sedap kan, bila dapat, biasa je pun tengok, siap xbape nak habis pun, nyesal tak amik gambar tadi, betapa biasa je rasanya, brand Tesco, hahaha~~ harga RM 5.90, nasibla bukan duit sendiri kan, hahaha~~ kalu tak,terasa macam rugi gak, koh3~~

Satu famili dok makan 'nasi goreng cina', saya je yang lain, koh3~~~ Ini tidak adil kan, tapi nasib la..hahaha~~ (jahat) . Lepas habis makan2, ibu dan bapa saya masuk tesco jap beli barang, saya terpaksa teman adik (Herin) yang kecik nie makan la pula, hampeh betol la budak nie, saya nak ikut masuk sekali (wooo~~)

Barang yang dibeli tak banyak pun, pek susu adik , santan dan benda2 kecil je saya tengok, cett~~ ye la, tesco dah nak tutup, time tu pula dah pukul 10.40pm, agak lewat la tu, hoho~~

Akhirnya saya balik kekenyangan ,koh3.. speechless~~~

Hosted by Cute Icons.NET

Suka Suki aku dan famili d Kuching Sarawak



Pada 17-20 Jun 2010, saya sekeluarga pergi jalan2 di sekitar Kuching Sarawak, ngeh~~ Er, time tu patutnya ada kelas, tapi minta 'excuse' dari lecturer nak pergi Sarawak seh, bila lagi boleh pergi sana kan (evil), berpeluh nak bagi tahu alasanku itu, takut tidak diterima, hehe. Tetapi last2, dapat gak 'excuse' tu, hehe, member2 ku, jangan jeles~~

Ibu dan ayahku mengambilku terus dari kampus kerana sesungguhnya saya rasa malas la nak ulang 2 kali balik nanti, bazir tiket bas je, tiket mahal tau sekarang ni,hehe~~ Er, dalam pukul 10 pagi lebih, ibu, ayah , adik beradikku tiba di kampus untuk mengambilku. Time tu pulak, kelasku sepatutnya dah habis, terkantoi oleh segelintir classmateku yang ternampakku ponteng, uishhh, bising betol diorang, tapi saya hanya senyum and jalan je la, nak buat cam mane, dah ponteng pun, ngeh~~

Hanya bawa beg sandang and bag pack, ku tinggalkan laptopku di dalam loker, selamat tinggal lappyku dengan berat hati pula tu. Ayahku kata kat sana nanti takda pape pun hiburan, pergi sana semata2 jalan saja, tak kisah pun, memang tu la motifku , pergi jalan sejalannya.

Kitorang sampai airport kat LCCT Sepang dalam pukul 2 lebih kot, 3:30 flight ke sana, nak cerita nie, masa kene cek dengan kastam, ada bunyi seh, tak pasal2 je 'forcep' (a.k.a gunting praktikal) ku kene rampas, mahal woo~~ Pada ketika itu, saya sememangnya blur ah time tu, rasa macam nak nangis pun ada.. ~~

~ to be continued ~~

Thursday, July 8, 2010

Tokyo DOGS (最悪で最高のパートナー )

OK, saya ingin sambung tulis pasal cerita2 kesukaan saya yang tak ada penghabisan,hehe~~
Hari ni saya mahu share story pasal 'Tokyo DOGS', i love this drama, ye la hero hensem, sape tak nak tengok kan, LOL

Jenis Film

Police

Episode

10

Theme Song

Futatsu no Kuchibiru by EXILE





Cast...

# Oguri Shun as Takakura So
# Mizushima Hiro as Kudo Maruo
# Yoshitaka Yuriko as Matsunaga Yuki





Sinopsis...

So Takakura (Oguri Shun) menyaksikan pembunuhan ayahnya ketika muda, di mana ketika itu mereka berdua sedang memancing ikan bersama. Sejak itu, dia berjanji dan bersumpah akan menangkap pembunuh dengan tangan sendirnya. Dia membesar dengan menjadi seorang polis di New York dan kini bekerja di Tokyo,Jepun.

So Takakura mempunyai karakter yang dingin, keras kepala tapi baik. Di sana, dia bekerja dengan Kudo Maruo (Hiro Mizushima) seorang detektif yang kadang kala agak menyusahkan dan dia adalah detektif yang berdarah panas bila bekerja dan agak kecoh. Namun demikian, kedua2 detektif ini dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka bersama2 berusaha untuk mengembalikan ingatan seorang gadis yang bernama Matsunaga Yuki (Yoshitaka Yuriko) untuk menjejaki Jinno.

yosh.........!!

Hosted by Cute Icons.NET

Salam sejahtera,
Saya rasa dah lama tak update blog ni sebab rasa malas nak update (sudah pastinya). Saya dah lama tak tulis pasal kisah sendiri, asyik dok tulis pasal cerita2 and movie2 japan dalam blog ni, mungkin kerana saya tak ada idea lagi untuk tulis pasal diri saya. Bukan apa, saya malas nak cerita pasal diri sendiri lagi. Antara faktor2 yang menyebabkan saya tak mahu tulis adalah kerana, yang baca saya rasa saya sorang je kot, member2 saya, adik mak bapak saya bukannya tahu saya ada blog pun, kiranya blog ni hanyalah untuk tatapan saya jer, koh3~~ Saya tak bagi tahu pun kekawan, adik mak bapak saya dan yang seangkatan dengannya bahawa saya ada blog, uish saya malu nak bagi diorang baca sebenarnya, sebab apa yang saya tulis ni semua dari hati saya, hehehe~~ kantoi kang, biarlah yang bacanya saya tak kenal pun, hahaha. syok sendiri namanya.