Thursday, July 8, 2010

yosh.........!!

Hosted by Cute Icons.NET

Salam sejahtera,
Saya rasa dah lama tak update blog ni sebab rasa malas nak update (sudah pastinya). Saya dah lama tak tulis pasal kisah sendiri, asyik dok tulis pasal cerita2 and movie2 japan dalam blog ni, mungkin kerana saya tak ada idea lagi untuk tulis pasal diri saya. Bukan apa, saya malas nak cerita pasal diri sendiri lagi. Antara faktor2 yang menyebabkan saya tak mahu tulis adalah kerana, yang baca saya rasa saya sorang je kot, member2 saya, adik mak bapak saya bukannya tahu saya ada blog pun, kiranya blog ni hanyalah untuk tatapan saya jer, koh3~~ Saya tak bagi tahu pun kekawan, adik mak bapak saya dan yang seangkatan dengannya bahawa saya ada blog, uish saya malu nak bagi diorang baca sebenarnya, sebab apa yang saya tulis ni semua dari hati saya, hehehe~~ kantoi kang, biarlah yang bacanya saya tak kenal pun, hahaha. syok sendiri namanya.

No comments: