Friday, July 9, 2010
Suka Suki aku dan famili d Kuching Sarawak
Pada 17-20 Jun 2010, saya sekeluarga pergi jalan2 di sekitar Kuching Sarawak, ngeh~~ Er, time tu patutnya ada kelas, tapi minta 'excuse' dari lecturer nak pergi Sarawak seh, bila lagi boleh pergi sana kan (evil), berpeluh nak bagi tahu alasanku itu, takut tidak diterima, hehe. Tetapi last2, dapat gak 'excuse' tu, hehe, member2 ku, jangan jeles~~
Ibu dan ayahku mengambilku terus dari kampus kerana sesungguhnya saya rasa malas la nak ulang 2 kali balik nanti, bazir tiket bas je, tiket mahal tau sekarang ni,hehe~~ Er, dalam pukul 10 pagi lebih, ibu, ayah , adik beradikku tiba di kampus untuk mengambilku. Time tu pulak, kelasku sepatutnya dah habis, terkantoi oleh segelintir classmateku yang ternampakku ponteng, uishhh, bising betol diorang, tapi saya hanya senyum and jalan je la, nak buat cam mane, dah ponteng pun, ngeh~~
Hanya bawa beg sandang and bag pack, ku tinggalkan laptopku di dalam loker, selamat tinggal lappyku dengan berat hati pula tu. Ayahku kata kat sana nanti takda pape pun hiburan, pergi sana semata2 jalan saja, tak kisah pun, memang tu la motifku , pergi jalan sejalannya.
Kitorang sampai airport kat LCCT Sepang dalam pukul 2 lebih kot, 3:30 flight ke sana, nak cerita nie, masa kene cek dengan kastam, ada bunyi seh, tak pasal2 je 'forcep' (a.k.a gunting praktikal) ku kene rampas, mahal woo~~ Pada ketika itu, saya sememangnya blur ah time tu, rasa macam nak nangis pun ada.. ~~
~ to be continued ~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment