Saturday, February 12, 2011

Rindu kamu

Geng rumah tingkat 16 !

Gua rindu sama korang, zaman remaja-dewasa-ish kita bersama. Tak payah nak perasan remaja sangat lah kan. Hmm sejak kita grad, semua orang dah buat haluan masing-masing. Ada yang dah kerja jadi SN dekat hospital, ada yang lari cabang, ada yang sambung kos lain, ada yang tak tahu nak buat apa sebenarnya dan etc.


Banyak kenangan kita bersama dulu, bersuka ria, bergaduh sesama sendiri, tikam belakang masing-masing, usha budak kos lain, tidur sekatil, mandi sama sama EH ? semua dah jadi kenangan. Ada yang siap kahwin sudah, gatal lettew lol. 

Sebelum grad dulu, kemain nak cepat habis belajar sebab tak nak buat assignment, suka ponteng kelas anatomy, bel dengan psikologi. Assisgment copy paste. Time exam bawa toyol, nakalkan kita ? Siapa entah pengasas lol. Dari semester 1 sampai la semester 6, perangai tak berubah. Hei korang, matang la sikit. Eceh, cakap orang.

Walaupun macam macam rintangan dan dugaan sepanjang belajar, tapi gua rasa puas bersama korang. Korang memang terbaik. Rindu dekat kosmet yang seramai 166 lepas tambah tolak darab bahagi. Apa pun yang korang buat sekarang, gua harap korang puas hati dengan jalan yang dipilih. Eh, kenapa tetibe gua rasa macam terasa ? lol








Malam pra graduan - sepatutnya nak amik satu batch punya gambar, tapi tak muat 160+ orang *sobs




Thursday, February 10, 2011

kanak kanak



Hmm~ rindunya aku pada zaman kanak2 ribena aku dulu, aku tak perlu memikirkan masalah yang bertimbun macam sampah berlonggok kat depan rumah aku tu. Tak payah risau pasal duit, hal itu ini yang dialami oleh orang dewasa. Tapi setiap budak akan memebesar,akan alami benda2 yang dialami oleh orang dewasa,huaaaa~ Alangkah seronoknya jikalau aku masih budak2 yang tak membesar dan tak matang, adakah itu normal? Oh semestinya tidaklah dol,hehe~ Aku jeles tengok adik aku yang bongsu itu, umurnya nak masuk 5 tahun, tapi tak sekolah lagi, mulut petah berkata2~ tak boleh nak senyap, macam burung pipit bercakap. Burung pipit bercakap ke,woo~

Zaman kanak2 aku banyak kenangan baik dan pahit. Disepak terajang, dipukul ditendang adalah perkara biasa dalam kehidpan aku. Sebab aku ni nakal sangat, memberontak saja. Keras kepala, tak suka mengalah memang sikap aku sejak dari dulu. Kerja sekolah pun malas nak buat, sampai buku sekolahku dikoyak2kan oleh ayahku yang garang macam harimau kelaparan. Dulu ayah aku memang garang dan tegas terhadap aku dan adik beradikku. Takut gile man, nak tidur pun asyik terpikir beliau. Kami 3 beradik memang sangat tertekan ketika itu.

Budak2 sekarang tak sama macam time kami dulu, pukul sikit melalak macam dah 2 hari tak makan. Bila marah, muncung mulut 10cm, mengajuk taknak makan. Tak nak makan nko punya pasal la,lapar nanti pandai ler cari makanan nanti,hehe~ Seperti adik aku yang no 4 & 5, jarang kena sepakan2 hebat dari ayah aku, kena terjah je pun dah terkencing,hahaha~ Kadang2 aku rasa macam tak aci je,hehe~ Tak pelah, condition ayah aku pun tak berapa baik, beliau semakin tua dan sakit2 menyerang, so biarlah aku yang menggantikan tempat beliau dalam menyepak terajang adik2 aku, AHAHAHA!! Syaitan semakin suka, ahaha~ EHEM~ gurau je la, ingat aku ni jahat sangat ke,diorang dah besar, boleh fikir sendiri la,hehehe

Semestinya setiap orang mempunyai saat2 suka duka masa kanak2 kan!! Banyak lagi aku nak mencoret disini sebenarnya, tapi biarlah dulu. Bosan pula tengok banyak sangat ayat menjela, huaaaaaa~



Wednesday, February 9, 2011

对不起,请问。。。??


Apa kejadah aku tengah cakap kat title aku tu?? Ahakz~
(ping yin) dui bu qi, qing wen....??
excuse me, tumpang tanya???

Eheh, berlagak seh perempuan ni cakap cina, macam dia sorang je,berlambak la orang boleh cakap bahasa asing,hua3~

Tak tak, macam ni~
everywhere i go, orang ingat aku cina,kah kah kah~ Ada ke??
Tapi kalau Melaka taklah, sebab melaka memang banyak cina, baba nyonya muka cina tak geti cakap cina and macam2 lagi. Insiden ini berlaku kalau aku pergi melepak kat tempat yang banyak melayu la, kat tempat aku kerja pun ada gak, aku pakai tudung apa, terang-terang weh, nko cakap cina dengan aku. Aku cakap dah tak pandai dah sebab aku tak praktikkan bahasa cina, setakat paham boleh la. Aku mana ada ramai kawan cina sekarang,time sekolah je.

 Konfiden je nko cakap bahasa nko dengan aku, pastu cakap
 "owh, sori i ingat you cina, sebab macam cina la". Amoi tu cakap

"isokay, ramai ingat macam tu" aku berkata dengan bangga sambil tersengih. Dalam hati aku, cina pakai tudung ke?? tergelak sendirian.
Banyak kejadian macam ni berlaku dekat aku, sangat kelakar tapi aku suka.. haha,what the heck??

Nasib baik aku paham tau diorang cakap apa, tak sia2 mak bapak aku hantar aku adik beradik pergi sekolah cina, at least paham la kan. 

Satu insiden yang tak boleh blah pasal ayah aku la. Muka bapak aku nampak Chinese sikit. So ada suatu hari tu, aku temankan ayah aku pergi bank, tapi aku duduk dalam kereta je la, malas aku nak ikut, setakat bank, lain la shopping baru ler aku ikut sekali, ahuhahuha~ pastu aku nampak la ada sorang amoi cina ni tengah promosikan barang ape tah,aku pun tak tahu. Ayah aku baru keluar dari bank tu nak balik ke kereta,pastu amoi tu pun dok promote barang (kalau tak silap air ape tah) dalam bahasa cina,aku dengar la sebab dekat je dengan aku. Amoi tu konfiden je cakap dalam bahasa dia, tetibe ayah aku pun balas amoi tu

"mei you mei you" ayah aku berkata kepada amoi itu

Muka amoi tu nampak pelik time tu, SEBAB ayah aku patut cakap "Bu yao bu yao", bukan "mei you" la. "Mei you" tu kan tak ada. "Bu yao" tu kan tak mahu. Ayah aku ni pun satu, konfiden cakap cina tapi tak tahu dia tengah cakap apa. Kelakar kot masa tu, aku dengan ayah aku tergelak sampai la sampai rumah. Aku cerita kat adik beradik aku, mak aku. Semua gelakkan ayah aku, gila kelakar time tu, paling tak boleh blah muka amoi tu berkerut,hahahaha~~