Sunday, February 13, 2011

Objek punya hal~

Pada suatu malam, dikala aku sedang bermain game online Myth War di PC rumah aku sorang2, tiba2 aku terdengar bunyi "cit cit cit". Aku tercari2 bunyi tu, tapi tetibe senyap. So aku pun teruskan game aku. 




THE END.... 

.
.
.
.
.
.
.
.


Eh tak habis lagi la, haha~ Dah ler gelap time tu, tetibe aku ternampak satu bayangan sekilas lalu, jantung aku berdebar2~ Apa tu,aku takut!!!
then aku nampak objek itu bergerak depan aku, seekor tikus sebesar anak kucing rupanya, kalah saiz anak kucing , aku rasa besar mak kucing,bewarna kelabu~ OMG!!! dengan selamba nenek moyang dia je lalu depan aku,lari terkencet-kencet, kyaaaaaa~ aku terjerit sebentar, ye la kalau benda ni kena kat nko pun jerit juga kan, jangan mengada nak tipu aku yang ko still and steady je, aku baling dengan meja karang. Heh~ Selepas itu, aku berfikir sebentar, macam mana dia boleh panjat tingkap rumah aku yang 2 tingkat tu, FUYOOO~ dia pakai magic apa, gila terer sang tikus tu, i salut you.. Memang tak dapat nak dibayangkan, tapi dengan mata kasar aku ni, aku rasa pelik dan aneh, laju pula tu tikus tu berlari kat dinding, dah ler badan besar, wahh~ HEBAT!! 
Walauweehhhh~

But still, aku geli la dengan tikus ni, kalau hamster tu acceptable la juga. Ini TIKUS!! saiz macam kucing, datang dari mana pun aku tak tahu,diberi free pun aku enggak mahu!!

Sejak hari itu, aku asyik dengar bunyi2 tikus kat area tu, kat kawasan bumbung padahal, atas bumbung ada makanan ke, i wonder~ Ajak geng apa, lepas sekor, sekor~ Agenda apa pun aku tak tahu~ So in the end,ayah aku pun letak la perangkap tikus,  tunggu tikus itu masuk perangkapnya,wuuu~


Saturday, February 12, 2011

Rindu kamu

Geng rumah tingkat 16 !

Gua rindu sama korang, zaman remaja-dewasa-ish kita bersama. Tak payah nak perasan remaja sangat lah kan. Hmm sejak kita grad, semua orang dah buat haluan masing-masing. Ada yang dah kerja jadi SN dekat hospital, ada yang lari cabang, ada yang sambung kos lain, ada yang tak tahu nak buat apa sebenarnya dan etc.


Banyak kenangan kita bersama dulu, bersuka ria, bergaduh sesama sendiri, tikam belakang masing-masing, usha budak kos lain, tidur sekatil, mandi sama sama EH ? semua dah jadi kenangan. Ada yang siap kahwin sudah, gatal lettew lol. 

Sebelum grad dulu, kemain nak cepat habis belajar sebab tak nak buat assignment, suka ponteng kelas anatomy, bel dengan psikologi. Assisgment copy paste. Time exam bawa toyol, nakalkan kita ? Siapa entah pengasas lol. Dari semester 1 sampai la semester 6, perangai tak berubah. Hei korang, matang la sikit. Eceh, cakap orang.

Walaupun macam macam rintangan dan dugaan sepanjang belajar, tapi gua rasa puas bersama korang. Korang memang terbaik. Rindu dekat kosmet yang seramai 166 lepas tambah tolak darab bahagi. Apa pun yang korang buat sekarang, gua harap korang puas hati dengan jalan yang dipilih. Eh, kenapa tetibe gua rasa macam terasa ? lol








Malam pra graduan - sepatutnya nak amik satu batch punya gambar, tapi tak muat 160+ orang *sobs




Thursday, February 10, 2011

kanak kanak



Hmm~ rindunya aku pada zaman kanak2 ribena aku dulu, aku tak perlu memikirkan masalah yang bertimbun macam sampah berlonggok kat depan rumah aku tu. Tak payah risau pasal duit, hal itu ini yang dialami oleh orang dewasa. Tapi setiap budak akan memebesar,akan alami benda2 yang dialami oleh orang dewasa,huaaaa~ Alangkah seronoknya jikalau aku masih budak2 yang tak membesar dan tak matang, adakah itu normal? Oh semestinya tidaklah dol,hehe~ Aku jeles tengok adik aku yang bongsu itu, umurnya nak masuk 5 tahun, tapi tak sekolah lagi, mulut petah berkata2~ tak boleh nak senyap, macam burung pipit bercakap. Burung pipit bercakap ke,woo~

Zaman kanak2 aku banyak kenangan baik dan pahit. Disepak terajang, dipukul ditendang adalah perkara biasa dalam kehidpan aku. Sebab aku ni nakal sangat, memberontak saja. Keras kepala, tak suka mengalah memang sikap aku sejak dari dulu. Kerja sekolah pun malas nak buat, sampai buku sekolahku dikoyak2kan oleh ayahku yang garang macam harimau kelaparan. Dulu ayah aku memang garang dan tegas terhadap aku dan adik beradikku. Takut gile man, nak tidur pun asyik terpikir beliau. Kami 3 beradik memang sangat tertekan ketika itu.

Budak2 sekarang tak sama macam time kami dulu, pukul sikit melalak macam dah 2 hari tak makan. Bila marah, muncung mulut 10cm, mengajuk taknak makan. Tak nak makan nko punya pasal la,lapar nanti pandai ler cari makanan nanti,hehe~ Seperti adik aku yang no 4 & 5, jarang kena sepakan2 hebat dari ayah aku, kena terjah je pun dah terkencing,hahaha~ Kadang2 aku rasa macam tak aci je,hehe~ Tak pelah, condition ayah aku pun tak berapa baik, beliau semakin tua dan sakit2 menyerang, so biarlah aku yang menggantikan tempat beliau dalam menyepak terajang adik2 aku, AHAHAHA!! Syaitan semakin suka, ahaha~ EHEM~ gurau je la, ingat aku ni jahat sangat ke,diorang dah besar, boleh fikir sendiri la,hehehe

Semestinya setiap orang mempunyai saat2 suka duka masa kanak2 kan!! Banyak lagi aku nak mencoret disini sebenarnya, tapi biarlah dulu. Bosan pula tengok banyak sangat ayat menjela, huaaaaaa~