Monday, June 24, 2013

Elife change my life - Part 2

YO ! gua nak sambung cerita lepas, tapi versi pendek

Oke, sesampainya kami di sebuah bagunan buruk macam kena tinggal, luar je buruk. Gua dibawa ke suatu tempat di mana semua orang kat dalam tu seolah olah macam dah kenal 10 tahun, ramah gila bagai. Dengan gua pun ramah gila, macam fake pun ada juga. No offense.  Sila terasa. Gua layankan je la sebab tak tahu apa apa. 

Gua ingat diorang cakap pasal pasal elife je then terkeluar satu ayat iaitu one community worldwide. Ingatkan produk semata tapi ada terselit bisnes. Jujur la gua cakap, gua tak kisah la kalau benda ni betul ke tipu ke itu terpulang kepada individu itu sendiri nak terima ke tidak terhadap komuniti ini dan produk. Tak payah nak panas bontot sangat bila gua macam mengelak. Itu hak gua. 

Gua oke je bila diorang nak over explain kat gua dan repeat benda yang sama berulang kali. Tapi serious shit bosan tahu ? Mindset diorang macam sama je, cakap benda yang sama, pergi jumpa A cakap ini, jumpa B pun cakap ini dan berterusan. So gua macam malas je nak join. Masalahnya ialah si N and member member dia ni paksa gua cara halus suruh gua join dah gua terjoin tanpa sedar. Seriously what the fish. At least gua tak pokai in the end. Dan gua senyap tanpa berita. Pergi meninggal la siapa yang paksa

So dipendekkan lagi cerita, tak kisah la komuniti ni betul atau scam itu lantak la, whatever korang cakap gua ego ke, sebab orang macam gua la, kita tak maju ke. Kalau gua rasa benda tu bagus, korang tak ajak pun gua akan join. Tapi kalau dah desak desak paksa rela suruh gua amik cuti bagai semata mata untuk event berbayar pula tu gua memang pangkah la weh. Gua tak minat jadi usahawan, tak semestinya gua takkan berjaya seumur hidup kan ? Nak berjaya bukan satu cara je. Pilihan di tangan sendiri, I choose my way. Korang tak payah nak riak sangat dengan pangkat dan 4 flat bagai boleh ? Lagi satu, jangan gunakan mak ayah dan agama untuk pancing orang. Bullshit. Nak join, gua tak halang, pilihan di tangan anda, anda yang tentukan. Semua bidang ada risiko.  peace !


Tuesday, June 11, 2013

ELIFE - change my life ? - Part 1

Salam dan hai losers yang annoying sekalian ! hiks

Oke, pernah dengar produk elife tak ? Tak ? oke, kuno dowh korang ni. Hiks. Macam MLM, tapi fanatik produk ni sekeras kerasnya cakap bukan. Damn, fine ! duit korang yang habis, bukan gua. Cerita ni dah lama, tetapi berlaku dalam tahun ni - 2013. 

Ceritanya bermula begini, gua ada kenal seorang rumet ni tapi tak pernah bertegur. Sekadar cakap hai dan perbualan ringkas sahaja antara kami. Perbualan kami kadang kadang agak kekok mungkin tiada keserasian di situ. Oke, itu semua bullshit. Suatu hari, rumet ni atau N bukan nama sebenar mahupun nama betul kena kicked out dari rumah sewa. KENAPA ? sebab tak bayar duit rumah sewa, antara masalahnya gua tak ambil port. No money no rent. 

The next day, gua balik kerja agak awal dalam pukul 3 petang. Tetibe ada mesej masuk, dari N. Katanya nak ajak gua lepak tengok wayang. Oke, ini awkward, kami tak pernah bermesej pun, setakat bertukar no telefon in case terlupa bawa kunci je. Anyway, dia dah berambus kot dari rumah sewa. Gua pula masa tu macam bongok, otak tengah lembab kot, terima je pelawaannya. Damn, masuk mulut buaya. N amik gua dekat area rumah gua, dalam perjalanan, TIBA TIBA kami borak borak macam best friend dah kenal 5 tahun. Paiseh dowh, ini semua lagha.

Gua tak syak apa apa, gua cuma syak maybe dia nak berkawan dengan gua since masa dekat rumah sewa dia pendiam macam pantung cendana. Fine with me. Dia ajak gua makan dulu, lapar katanya. Oke , gua turutkan sahaja permintannya. Sesampainya di kedai makan, terus dia pergi dekat satu grup manusia ni, Lebih kurang 6 orang satu meja. Ciskek, gua ingat gua berdua je, rupanya ramai shit.  Time makan, gua pula terasa awkward sebab gua paling tua di antara mereka. Diorang ni friendly gila, masih student. Gua yang naif ni layankan saja

Bla bla bla lepas makan kami pergi tengok wayang seperti yang dijanjikan. Cerita action gua dah lupa tajuk yang pasti ada mamat rambo gila bapak best. Habis tengok cerita lebih kurang almost maghrib, ingatkan nak balik. Sekali N ni kata nak bawa gua pergi buat treatment dengan member member dia. Gua terpaksa la ikut sebab gua menumpang kan.

Kemudian kami pergi ke destinasi seterusnya, welcome to jigoku.

Bersambung . . .


Saturday, June 8, 2013

saya seorang ejen perisik

FOR REAL ? mestilah tak, kalau mesia ni ada recruit orang macam borang upu atau spa, dah lama gua apply. Hiks. Senyum sesorang. 

Gua suka tengok movie berunsur ejen ejen perisik, macam cerita ALIAS, james bond dan whatsoever dengannya. Nampak bergaya bukan ? Kalau UPU ada kos ejen perisik, dah lama gua apply, start dari diploma sampai ler ke perasaan hasad dengki (PhD). Macam ulangan je. lol. Tahu la jadi macam diorang ni bukannya senang, bahaya, kena jaga identiti lagi. Risiko untuk mati tinggi. Arghhhhhhhhhhhhh, dalam mimpi gua adalah hero weh hero ! Muah ha ha. 

Gua suka berangan. Ye berangan. Sampai di suatu tahap, orang klasifikasikan gua sebagai retard schizo. Jari middle untuk kamu, haters. Hiks. Gurauan, gua tahu. 

Motif tajuk hari ni, entah gua tak pasti. Gua kan retard. lol

Cabut gigi kali pertama bukanlah kenangan yang seronok

Setahu gua, gua memang tak ingat bila gua start pergi cabut gigi. Tapi yang pasti, semuanya bermula ketika gua berumur lingkungan 7 tahun. Gua tak suka doktor gigi, nurse gigi dan seuniform dengannya. Bagi gua, mereka semua cakap manis sahaja, gua benci mereka sekeras kerasnya. *tetibe - Perasaan itu wujud masa gua kanak kanak je. Sekarang gua dengan diorang bestfriend. Oke, tak payah nak troll sangat

Oke, berbalik kepada cerita yang gua nak sampaikan. Dulu, kalau gigi goyang, gua lebih rela cabut manual. Bagaimana ? Manual la duh ! Pertama, Ikat tali dekat pintu bersambung dengan gigi. Hasilnya kurang memuaskan. Kerana jeritan gua je yang lebih lebih. Gigi masih di gusi. Cara kedua, suruh adik gua tumbuk muka gua sekuat hatinya. Hasilnya gua balas balik tumbukan beliau, sial sakit tau. Cara ketiga, gua melalak sepanjang malam sampai subuh, tapi gigi tak gerak se-cm pun. Gua. Kecewa. 

Akhirnya, bapa gua fedup dengan gua sebab setiap hari melalak macam orang gila. Dia nekad hantar gua ke klinik gigi berdekatan untuk cabut gigi gua ni. Dalam perjalanan, gua mengeluh dan menangis tak henti henti, kalau ada baldi, komfem baldi tu penuh ditangisi air mata gua. Sesampai di sana, gua cuak, bau ubat di klinik memang harum sampai buat gua tak berhenti bernafas. Eh ? Bapa daftarkan gua, takkan gua nak daftar sendiri kan ? Kepala pun tak cecah kaunter pertanyaan. 


Setelah diberi kertas no giliran, gua tunggu. dengan tenang.Pandang kiri pandang kanan.  Bapa gua janji akan belikan eksrem banyak banyak jikalau gua tak meraung macam tengok kucing mati. Masa berlalu, misi panggil nama ku. Gua masuk, duduk diam. kekok


Dipendekkan cerita, doktor tu belek belek gigi gua kiri kanan atas bawah, muntah dekat muka dia baru tahu. Hiks. Setelah dikenal pasti gigi yang nak dicabut, doktor tu mula ambil jarum sambil ejas ejas ubat. Ubat bius katanya, I'm like oh fak ! jarum oiii, hampir terkencis di situ. Part gua paling ingat, doktor tu belum buat apa apa lagi gua dah start jerit macam pesakit mental, arghhhh tolong tolong, tak nak tak nak I'm scareeeeeed  !!!!!. Oke terspeaking

Seingat gua, ada dua tiga misi satu doktor cuba pegang gua. Gua tendang sana tendang sini. Sungguh betul gua bergelut masa tu. Akhirnya, doktor pun fedup dengan gua. Berhenti, letak jarum. Muka frust. Gua cakap dengan doktor tu, boleh cabut gigi gua, tapi tanpa bius. Doktor kata mana boleh nanti sakit gila lepas cabut. Gua tak kira, gua tak nak ada jarum dalam mulut gua. Akhirnya, kami mencapai kata sepakat, cabut gigi tanpa bius, sakit nanti sendiri tanggung. 

Hampir sejam emput puluh minit tiga puluh saat di situ, mungkin. Barulah gua keluar dari bilik rawatan. Nafas lega. Berlagak bajet bagus sebab ada gauze dalam mulut. Eceh. Senyum bangga. Padahal pesakit yang tunggu kat luar semua pandang gua. Ye la, ada budak terjerit jerit dalam bilik rawatan. Hiks. Senyum menyeringai.

Seperti dijanjikan, bapa gua belanja eskrem. Konklusinya, part dapat eksrem je yang seronok. Hiks