Adik gua, atirah (memang nama sebenar pun) sudah pun berangkat ke sydney, australia beberapa hari lepas melanjutkan pelajaran di sana bersama teman se-batch beliau di University of South Wales (UNSW) dalam bidang engineering under MARA.
First of all, sumpah gua jeles dengan beliau. Bijak betul beliau, untunglah bijak lol. Gua tumpang bangga. Masa dekat airport, gula la orang paling sedih, bukan menangis je, melalak kalah bayi. oke, tipu. Tapi memang gua la orang paling sedih sebab gua rapat dengan beliau, buli buli sepak sepak beliau buat kerja rumah perkara biasa bagi gua. Gua selalu gaduh dengan beliau sejak kecil lagi. Bila dapat berita yang beliau akan sambung belajar di sydney, gua rasa macam wah, lepas ni gua lonely lol. Tapi bila masa sudah tiba, gua redha je la, nanti tunggu la dia balik cuti semester, kalau dia balik la.
Ala, sekarang bukan1990-an, teknologi dah canggih. skype, twitter kan ada. Podah ! Sebulan sekali kontek beliau sudah. Moga moga beliau berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu
P:S/ belajar rajin rajin, kirim salam mat luthfi lol. Balik mesia nanti jangan lupa bawa kangaroo dengan koala bear. Nak yang real, no patung. Patung is too mainstream lol