Wednesday, December 29, 2010

Malu punya hal

Gua teringat masa gua freshie lagi, time tu gua semester 1~ 
Tempat kejadian:Di kampus UiTM - ada la kawasan tu
MasaPagi (waktu rehat)

Cet~ Apahal tetibe gua nak story benda yang buat gua malu satu hari~ macam haram~ Ehem2, gua cuma nak cerita pengalaman gua,hua3~

Dipendekkan cerita, time tu gua baru habis kelas anatomy. Time tu dalam pukul 10 lebih la, waktu tu tengah rehat la. Gila apa kelas start pukul 8 habis pukul 12, terjun gua dari tingkat 4 tu kang,koh3~ Otak gua pun tengah benak time tu, oksigen kurang, makanan dalam fikiran~

So, gua dengan member2 gua pergi la turun jap,kononnya nak pergi isi perut dekat kafe, perut gua lapar kot~ Kebetulan,semua rehat pula time tu,ramai yang baru keluar dari kelas dan terhegeh2 nak pergi makan juga~ buat menyemak je,huu~ 

Tak silap gua hari itu hari isnin, so kena pakai baju kurung la. Pada ketika itu, mak cik cleaner sedang mencuci lantai dengan selamba padahal orang lalu lalang kat situ pijak je lantai tu, gua nak je cakap " oh mak cik, buat susah je cuci lantai tu, orang pijak gak,koh3~ " Gua kesian kat mak cik tu tapi apakan daya hati kecil gua berbisik lantak ko la,koh3~

Tengah bebel sorang2 tu, gua ditinggalkan member gua,macam haram~ Sampai hati mereka,uwaaaa~ Gua menangis dalam hati.Diorang semua jalan cepat macam watson nyambek,lari ke apa~ Gua pula jalan terhegeh2 macam mak nenek, pastu gua jerit kat diorang

"Oi, tunggu la aku. Cepat sangat la korang jalan". Gua berkata

"Filza, ko ni lambat la~ Cepat sikit,ramai ni" .Member menjawab

" Ye la ye la, aku datang la ni" Gua menjawab balik

Then, apa lagi time tu kan lantai tengah licin




**********


Korang paham2 je la apa berlaku, gua berlari macam gua tengah menggelongsor kat atas lantai tu,rasa macam puteri ais skate kat atas lantai berais tu, dengan baju kurung nya, terselak pula tu,macam haram~ Budak2 kat blok atas boleh tengok je gua kat bawah ni,malu  gila time tu, mana gua nak letak muka aku yang comel lagi suci ini,ahah~ Rasa macam nak pergi terjun bangunan je time tu,arghhhhhhhh~ Betapa jatuhnya maruah gua ketika itu.

Member gua boleh gelakkan gua, macam haram~ Bukan nak tolong papah gua ke, tolong gelak, macam siot~ Pastu, gua pun teraba2 kat lantai, bangun perlahan2, terpinga2 gua berjalan masuk tandas, rasa tak nak keluar dari bilik air, malu nyah~ Semua tengok gua , wah~~ Gua rasa gua macam artis yang tak femes.

In the end, gua tak jadi makan sebab malu,ikut perut la sampai balik umah,haha~ tak boleh nak cover ayu lagi,koh3~

No comments: