Wednesday, September 22, 2010

Jom main Virtual Orchestra Studio(vos) Piano Game

Yosh oyasumi~
  korang pernah tak main game piano VOS ni, best sangat~ bagi saya la, semua benda best bagi saya hua3~
 terer la kalau main selalu, sunggu syokk~ macam-macam lagu boleh main dalam tu. Kalau nak download lagu baru pun boleh, tapi saya tak tahu macam mana nak buat.. wakakaka~ tapi adik saya tau coz dia memang terer bab-bab game ni. Game ni boleh la start dari beginner baru la boleh main dengan baik,betul tak?? Takkan nak terus main lagu yang susah pulok kan.. try la main game ini,sangat syokk~ lalala~




THE END






Suka cerita Delightful Girl Choon-Hyang,wee~

Selamat malam semua~
korang semua mesti dah tengok kan cerita korea ni, tajuk 'Delightful Girl Choon-Hyang',gila best betul cerita ni, ntah berapa kali dah saya tengok cerita ni, touching and best++,hua3~ Cerita ni dah lama dah ditayang kat TV dulu suatu ketika. OK, nak bagi sinopsis sedikit~~Cerita ini bila bermula Lee Mong-ryong berpindah dari Seoul ke sekolah di Namwon. Macam-macam la berlaku sepanjang perkenalan si Mong Ryong dengan Chun Hyang ni. Si Chun Hyang ni berusaha untuk tolong si Mong Ryong,anak kepada Ketua Polis Namwon untuk masuk ke Universiti. Diorang ni terjatuh cinta juga la sepanjang perkenalan diorang ni. Tetapi suatu hari tu, first love Mong Ryong ni muncul pula,Chae rin, Apa lagi, si Mong Ryong ni mula la pergi balik kat first love dia, kesian kat si Chun Hyang ni. Padahal Chun Hyang ni sayang gila kat Mong Ryong ni. Tak berhati perut langsung la si Mong Ryong ni,hua3~

Pada suatu hari, Byeon Hak-do, CEO salah sebuah kompeni hiburan terkenal muncul dalam hidup Chun Hyang. Dia mengaku dan konfiden mengatakan dia boleh buat semua perempuan kat dunia ni jatuh cinta dengan dia (kerek gila mamat ni). Tetapi, si Chun Hyang tidak menunjukkan dia berminat dengan mamat ni (padan muka,hua3~) Apa lagi, bengang gila la mamat CEO ni. Dia tekad supaya si Chun Hyang ni jatuh cinta dekat dia. Gila apa mamat ni, kalau kata tak nak tak nak la.. ahahah~ So, endingnya korang dah tau kan. Aku cerita sampai sini je la.. 





THE END

LIAR GAME: Season 2



Konbanwa minna~ korang dah tengok cerita 'Liar Game 2'? Cerita Jepun adaptasi daripada novel karya sapa tah, saya tak ingat nama beliau, hua3~ Erm sebelum tu korang sudah tengok 'Liar Game' yang pertama tak? 'Liar Game 2' adalah sambungan daripada cerita 'Liar Game'. Sila baca ini Liar Game
kalau korang tak tau sinopsis cerita Liar Game yang pertama. Kalau tak tengok 'Liar Game' lagi, kompem tak faham sambungan dalam 'Liar Game 2' hee~ Cerita ini berkisarkan satu permainan yang melibatkan duit yang banyak. Permainan ini memerlukan peserta-peserta ini memerah otak untuk menang dalam semua permainan ini. Babak final akan diakhiri dalam judul 'LIAR GAME: The Final Stage' syokk~