Saturday, June 8, 2013

Cabut gigi kali pertama bukanlah kenangan yang seronok

Setahu gua, gua memang tak ingat bila gua start pergi cabut gigi. Tapi yang pasti, semuanya bermula ketika gua berumur lingkungan 7 tahun. Gua tak suka doktor gigi, nurse gigi dan seuniform dengannya. Bagi gua, mereka semua cakap manis sahaja, gua benci mereka sekeras kerasnya. *tetibe - Perasaan itu wujud masa gua kanak kanak je. Sekarang gua dengan diorang bestfriend. Oke, tak payah nak troll sangat

Oke, berbalik kepada cerita yang gua nak sampaikan. Dulu, kalau gigi goyang, gua lebih rela cabut manual. Bagaimana ? Manual la duh ! Pertama, Ikat tali dekat pintu bersambung dengan gigi. Hasilnya kurang memuaskan. Kerana jeritan gua je yang lebih lebih. Gigi masih di gusi. Cara kedua, suruh adik gua tumbuk muka gua sekuat hatinya. Hasilnya gua balas balik tumbukan beliau, sial sakit tau. Cara ketiga, gua melalak sepanjang malam sampai subuh, tapi gigi tak gerak se-cm pun. Gua. Kecewa. 

Akhirnya, bapa gua fedup dengan gua sebab setiap hari melalak macam orang gila. Dia nekad hantar gua ke klinik gigi berdekatan untuk cabut gigi gua ni. Dalam perjalanan, gua mengeluh dan menangis tak henti henti, kalau ada baldi, komfem baldi tu penuh ditangisi air mata gua. Sesampai di sana, gua cuak, bau ubat di klinik memang harum sampai buat gua tak berhenti bernafas. Eh ? Bapa daftarkan gua, takkan gua nak daftar sendiri kan ? Kepala pun tak cecah kaunter pertanyaan. 


Setelah diberi kertas no giliran, gua tunggu. dengan tenang.Pandang kiri pandang kanan.  Bapa gua janji akan belikan eksrem banyak banyak jikalau gua tak meraung macam tengok kucing mati. Masa berlalu, misi panggil nama ku. Gua masuk, duduk diam. kekok


Dipendekkan cerita, doktor tu belek belek gigi gua kiri kanan atas bawah, muntah dekat muka dia baru tahu. Hiks. Setelah dikenal pasti gigi yang nak dicabut, doktor tu mula ambil jarum sambil ejas ejas ubat. Ubat bius katanya, I'm like oh fak ! jarum oiii, hampir terkencis di situ. Part gua paling ingat, doktor tu belum buat apa apa lagi gua dah start jerit macam pesakit mental, arghhhh tolong tolong, tak nak tak nak I'm scareeeeeed  !!!!!. Oke terspeaking

Seingat gua, ada dua tiga misi satu doktor cuba pegang gua. Gua tendang sana tendang sini. Sungguh betul gua bergelut masa tu. Akhirnya, doktor pun fedup dengan gua. Berhenti, letak jarum. Muka frust. Gua cakap dengan doktor tu, boleh cabut gigi gua, tapi tanpa bius. Doktor kata mana boleh nanti sakit gila lepas cabut. Gua tak kira, gua tak nak ada jarum dalam mulut gua. Akhirnya, kami mencapai kata sepakat, cabut gigi tanpa bius, sakit nanti sendiri tanggung. 

Hampir sejam emput puluh minit tiga puluh saat di situ, mungkin. Barulah gua keluar dari bilik rawatan. Nafas lega. Berlagak bajet bagus sebab ada gauze dalam mulut. Eceh. Senyum bangga. Padahal pesakit yang tunggu kat luar semua pandang gua. Ye la, ada budak terjerit jerit dalam bilik rawatan. Hiks. Senyum menyeringai.

Seperti dijanjikan, bapa gua belanja eskrem. Konklusinya, part dapat eksrem je yang seronok. Hiks

Saturday, February 25, 2012

selamat jalan arashi-freak !

Adik gua, atirah (memang nama sebenar pun) sudah pun berangkat ke sydney, australia beberapa hari lepas melanjutkan pelajaran di sana bersama teman se-batch beliau di University of South Wales (UNSW) dalam bidang engineering under MARA.

First of all, sumpah gua jeles dengan beliau. Bijak betul beliau, untunglah bijak lol. Gua tumpang bangga. Masa dekat airport, gula la orang paling sedih, bukan menangis je, melalak kalah bayi. oke, tipu. Tapi memang gua la orang paling sedih sebab gua rapat dengan beliau, buli buli sepak sepak beliau buat kerja rumah perkara biasa bagi gua. Gua selalu gaduh dengan beliau sejak kecil lagi. Bila dapat berita yang beliau akan sambung belajar di sydney, gua rasa macam wah, lepas ni gua lonely lol. Tapi bila masa sudah tiba, gua redha je la, nanti tunggu la dia balik cuti semester, kalau dia balik la. 

Ala, sekarang bukan1990-an, teknologi dah canggih. skype, twitter kan ada. Podah ! Sebulan sekali kontek beliau sudah. Moga moga beliau berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu

P:S/ belajar rajin rajin, kirim salam mat luthfi lol. Balik mesia nanti jangan lupa bawa kangaroo dengan koala bear. Nak yang real, no patung. Patung is too mainstream lol 


Friday, November 4, 2011

stress itu perlu ke ?


S-T-R-E-S-S !! perlu ke ada perkataan tu dalam kamus hidup kita ? oke oke stress tu sebenarnya mengajar kita macam mana kita nak handle suatu keadaan, ya tengok keupayaan kita sama ada kita boleh selesaikan suatu masalah atau tidak. Bagi gua, stress itu perlu, kalau tak ada stress dalam kehidupan agak aneh bukan ? sedikit sebanyak dapat pupuk sifat sabar dan tabah dalam perut gua. lol

So kalau korang stress, pergi tidur yakni mujarab lalala